ALASAN ibu mangsa dera, Allahyarham Syafiah Humairah Sahari, 3, Siti Norhanim Aziz, 25, bahawa suami tidak mahu melepaskannya menyebabkannya bersekedudukan dengan suspek yang mendera dan membunuh anaknya menunjukkan masih banyak wanita tidak tahu tentang hak mereka dalam soal nikah dan cerai.
Sepatutnya jika itu berlaku, Siti Norhanim boleh membuat tuntutan di Mahkamah Syariah berdekatan tempat tinggalnya iaitu memohon untuk bercerai.
Namun, apa yang berlaku ibu mangsa seolah-olah tidak berusaha melakukan apa- apa untuk menyelesaikan masalah tersebut sehingga sanggup melakukan kesilapan yang berkali-kali.
Dalam soal nikah dan cerai, wanita Islam mempunyai tiga pilihan untuk membubarkan perkahwinan iaitu bercerai secara taklik, khuluk dan fasakh. Paling mudah adalah suami menjatuhkan talak secara rela ke atas isteri. Habis cerita dan masing-masing, bolehlah memulakan hidup baru dengan orang baru. Atau pilih sahaja cerai taklik kecuali di Perlis atau menebus talak (khuluk) iaitu isteri membayar sejumlah wang kepada suami.
Sungguhpun suami boleh menuntut sejumlah wang, namun Mahkamah Syariah telah menetapkan RM1 untuk menebus talak agaristeri tidak terbeban untuk menjelaskan tuntutan yang dibuat. Dalam kes Muna Lisa Basir lawan A.R. Badul (Jun 2009), Muna Lisa telah diperintahkan oleh Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk membayar tebus talak sebanyak RM1.
Apa pun pilihan cara perceraian, biarlah kemelut rumah tangga itu diselesaikan tanpa mengaibkan mana-mana pihak. Setiap wanita berhak untuk mencari kebahagiaan dengan lelaki lain, jadi lepaskanlah mereka dengan cara yang tidak menyakitkan hati atau terpaksa mengheret kes itu ke mahkamah, misalnya dalam kes tuntutan fasakh Mastura Bakar terhadap suaminya, Datuk Muhamad Mustaffa Idrus.
Biarpun kes itu telah berakhir dan Mastura berjaya dalam tuntutannya, namun kedua-dua pihak terpaksa menanggung aib seumur hidup. Anak-anak terpaksa bertukar sekolah. Ini kerana dalam kes tuntutan fasakh, akan terbongkar segala rahsia rumah tangga yang mengaibkan.
Mahu tidak mahu, pihak isteri perlu mengemukakan bukti dan saksi untuk menyakinkan hakim agar membubarkan perkahwinannya. Justeru, Mastura terpaksa menceritakan kepada hakim mengenai tabiat seks luar tabii suaminya di mahkamah yang kemudiannya dihebahkan di dalam media.
Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof. Datuk Dr. Zaleha Kamaruddin berkata, dalam tuntutan fasakh, perkara yang didakwa itu perlu dibuktikan kepada hakim.
"Pada zaman awal kedatangan Islam, pihak isteri menceritakan permasalahan yang timbul di hadapan hakim sahaja. Hanya hakim yang mendengar. Tidak ada akhbar melaporkan butir-butir perbicaraan, jadi khalayak ramai tidak tahu apa sebenarnya berlaku.
"Berbeza dengan zaman sekarang, setiap butir-butir perbicaraan mendapat liputan akhbar terutama jika kes itu melibatkan golongan selebriti atau apa sahaja cerita yang boleh menjual akhbar," katanya kepada Utusan Malaysia.
Sehubungan itu, katanya, setiap yang dicakapkan di hadapan hakim akan diketahui orang ramai pada keesokan harinya melalui laporan akhbar.
Menurutnya, itulah yang berlaku dalam kes Mastura lawan Muhamad Mustaffa. Semuanya diketahui dan pembaca pula seperti seronok untuk mengikuti kes itu setiap hari.
Namun begitu, segala aib yang diceritakan itu bukan sahaja memalukan diri sendiri, malah suami, anak-anak, ibu bapa, adik beradik dan saudara mara kepada individu yang terlibat.
Jadi penyelesaian kepada masalah itu menurut Zaleha adalah suami melepaskan sahaja isteri yang sudah tidak mahu hidup bersamanya lagi.
"Lebih baik suami ceraikan sahaja isteri dengan menjatuhkan talak di hadapan hakim di Mahkamah Syariah.
"Buat apa memaksa isteri mengheret kes itu ke mahkamah kerana ia akan memalukan suami apabila semua hal-hal dalam 'kelambu' terpaksadiceritakan kepada hakim dan kemudian menjadi tatapan pembaca akhbar di seluruh negara," ujarnya.
Hakikatnya, tidak ada pihak yang menang dalam kes itu walaupun Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur membenarkan permohonan cerai fasakh yang dikemukakan oleh Mastura pada 27 Januari lalu. Ini kerana timbul pula satu kes lain apabila Muhamad Mustaffa memfailkan pula saman malu di Mahkamah Sivil Ipoh pada 17 Februari lalu kerana merasakan dirinya telah diaibkan oleh bekas isterinya.
Dalam perkara itu, bukankah kemelut yang boleh diselesaikan secara mudah menjadi rumit apabila ia berpanjangan?
Zaleha yang pernah menjalankan penyelidikan bertajuk Kajian Tempoh Penyelesaian Kes-Kes Pembubaran Perkahwinan di Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia (1998-2002) berkata, kes Mastura lawan Muhamad Mustaffa juga membuktikan bahawa tempoh penyelesaian kes perceraian di mahkamah-mahkamah syariah di Malaysia tidaklah terlalu lewat untuk diselesaikan.
Walaupun terdapat beberapa kes yang berlarutan sehingga bertahun-tahun, namun katanya itu adalah kes terpencil.
"Bertentangan dengan pandangan umum, rata-ratanya lebih daripada dua pertiga kes yang didaftarkan di Mahkamah Syariah telah diselesaikan dalam tempoh kurang tiga bulan," katanya.
Beliau berkata, jikapun ada kes lewat diselesaikan, kajian itu mendapati ia berpunca daripada beberapa sebab, antaranya masalah plaintif dan/atau defendan tidak hadir perbicaraan.
Menurutnya, punca lain adalah berkaitan dengan saman, notis mahkamah, hakim bercuti, sakit atau berkursus dan waran tangkap.
Selain itu, katanya, statistik perceraian menunjukkan peratusan perceraian orang Islam dari tahun 1998 hingga 2008 adalah sekitar 14 peratus.
Menurutnya, peratusan itu sepatutnya memberi ingatan supaya usaha mengukuhkan institusi kekeluargaan dan pemantapan perkahwinan perlu dipertingkatkan.

UTUSAN MALAYSIA
No comments:
Post a Comment