Friday, December 4, 2009

Gambar Hari Ini : Himpunan Pertahan TGNA






Seawal jam 8:00 pagi, Dataran Ilmu mula dipenuhi oleh penyokong-penyokong PAS dan TGNA dari kawasan berhampiran Kota Bharu dan juga luar Kota Bharu. kehadiran mereka kali ini bukan sekadar untuk mengikuti tazkirah yang biasa diberikan tetapi juga untuk menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap pemerintahan dan kepimpinan TGNA.

Hujan renyai-renyai tidak mematahkan semangat para hadirin yang langsung tidak berganjak dari tempat masing-masing walaupun basah disiram hujan.


ira-kira lebih dari 5,000 warga Kelantan berhimpun di Dataran Ilmu dekat ibu pejabat PAS negeri di sini pagi ini bagi mengisytiharkan sokongan kepada kepimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Perhimpunan tersebut bermula kira-kira pukul 10.30 pagi sebaik sahaja tamat kuliah mingguan oleh Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan.

Kumpulan yang terdiri daripada anggota pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kelantan itu juga menyokong usaha kerajaan negeri dalam membuat tuntutan royalti minyak.

Turut hadir dalam perhimpunan itu adalah barisan kepimpinan negeri termasuk anggota exco kanan kerajaan negeri Datuk Husam Musa.

Husam dalam ucapannya semasa perhimpunan itu menegaskan tidak ada salahnya dengan doa Nik Aziz dalam usaha menuntut pembayaran royalty petroleum.

“Tidak membayar royalti itu satu kezaliman jadi dalam Islam kita diharuskan berdoa,” kata Husam dalam ucapannya.

Perhimpunan tersebut, yang diadakan sebagai reaksi kepada perhimpunan anti-Nik Aziz sebelum ini, bersurai selepas menyerahkan memorandum sokongan kepada Menteri Besar.

Selasa lepas Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan yang dipimpin Timbalan Ketua Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa mengadakan tunjuk perasaan di pintu masuk pejabat pentadbiran kerajaan negeri Kelantan di Kota Darul Naim menuntut Nik Aziz meletakkan jawatan atas doanya kepada Datuk Seri Najib Razak dan Umno.

Nik Aziz dalam khutbah Aidiladha minggu lepas menggesa para jemaah supaya berdoa agar hati Najib dibuka untuk membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan.

Beliau juga berkata akan mendoakan kecelakaan ke atas Najib dan Umno sekiranya royalti minyak itu tidak dibayar.

Doa kontroversi Nik Aziz itu telah digunakan oleh pemimpin Umno untuk menekan Mursyidul Am PAS itu.

Selain perhimpunan hari ini, pemimpin PAS di Mekah turut menganjurkan majlis sembahyang hajat di tanah suci umat Islam itu memohon bantuan Tuhan bagi menyelesaikan kemelut tuntutan royalti minyak negeri itu. -MI

KOTA BHARU: Pas Kelantan hari ini menyatakan pendirian dan sokongan penuh terhadap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dalam menangani kemelut yang berlaku dalam pentadbiran dan politik di negeri itu termasuk tuntutan royalti minyak daripada Kerajaan Pusat.

"Pas Kelantan tetap memberi sokongan dan taat setia yang tidak berbelah bagi terhadap kepimpinan Nik Aziz dalam pentadbiran dan parti," kata Setiausaha Badan Perhubungan Pas negeri, Mohd Zaki Ibrahim, ketika berucap di majlis perhimpunan bagi menyatakan sokongan kepada Nik Abdul Aziz yang dihadiri kira-kira 3,000 penyokong di Dataran Ilmu di sini.

Perhimpunan itu diadakan sempena kuliah mingguan Mursyidul Am Pas itu di dataran berkenaan yang bermula 8 pagi tadi.


Hadir sama, Exco kanan kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri.

Beberapa sepanduk dan kain pemidang turut dipasang di sekitar lokasi itu sebagai tanda sokongan dengan sebilangan anggota Pemuda parti memakai lilit kepala berwarna merah yang bertulis "We Love Tok Guru".

Mohd Zaki yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelaboran, kemudiannya menyerahkan memorandum sokongan kepada Nik Abdul Aziz. - Bernama

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin