Sunday, August 9, 2009

Aku Rindukanmu...

Tahun 2007 tahun kehilangan buat saya.. Kembalinya ke rahmatullah dua insan yang dekat dengan diri saya. Dalam tarikh yang dekat-dekat sahaja. Bermula dengan kembalinya Tok Cik (Rodiah Bt Rejab-31 Julai 2007) dan Wan Umaq (Omar Bin Rejab-Ogos 2009). Tok Cik ialah insane yang menjaga saya dan mendidik saya sewaktu emak dan ayah keluar bekerja. Wan Omaq adalah datuk sebelah mak.. Kedua-duanya rapat dengan saya.

Tok Cik.

“Putih Tok ni”, antara kata tok cik yang masih saya ingat sewaktu saya kecil lagi. Kata-kata itu juga sering di ucap oleh arwah Wan Mat (suaminya-pulang kerahmatullah pada 1994). Barangkali untuk ambil hati saya yang berkulit “gelap” berbanding yang lain. Bagaikan ibu yang ke dua bagi kami adik beradik. Sejak dari PASTI saya akan berjalan kaki berulang alik ke rumahnya, tidur di sana, petang-petang berjalan mengekori ke mana sahaja dia pergi. Ya lah.. Orang tua. Jalan lambat, maka saya akan berlari-lari anak, sekejap ke depan sekejap ke belakang..

Zaman tadika zaman yang banyak saya habiskan masa bersama dengannya.. Tok Cik bukan orang senang, saya selalu ikut ke mana sahaja tok cik pergi. Kami pernah berjalan kaki ke Tandop. Menunggu bas, ke Bandar alor Setar, ke rumah Tok Ngah, ke batu 17 bahkan ke mana sahaja yang dia bawa. Bila dah pandai berbasikal, selalu di suruh untuk membeli keperluan dapur untuknya. Dapatlah upah 2 kupang (RM0.20).
Sekolah rendah.

Sedari usia 7 tahun, saya mengayuh basikal dalam jarak hampir satu batu pergi dan satu batu balik untuk ke sekolah. Hari pulang awal, terus sahaja saya makan di rumah tok cik. Dan menjadi rutin wajib ketika itu untuk mengambil si’a (mangkuk bertingkat) yang dah di isi lauk untuk di bawa pulang oleh saya ke rumah untuk mak dan ayah serta adik beradik lain yang pulang lewat dari sekolah. Pada usia muda begitu, seringkali rumah tok cik menjadi tempat saya menumpang tidur, kadangkala malam, kadangkala tengah hari. Bila petang berjalan kaki pulang ke rumah semula. Kalau nak mandi, saya mandi di sana, dulu, belakang rumah tok cik berhampiran dengan hutan nipah ada “koq”. Sejuk airnya…

Sekolah Menengah.

Anak tunggal tok cik dah kahwin. Saya pun dah di Maahad. Ketika ini saya dah tak lagi tidoq di rumahnya. Dah makin faham. Saya faham. Tok cik pun paham. Kami tak ada hubungan keluarga. Jadi tak cantiklah saya tidoq di sana. Namun kerap berziarah sebagai ahli keluarga. Hari raya, rumah tok cik yang akan saya pergi dulu dengan basikal. Nak duit raya. Tak sebanyak mana. Tapi saya simpan. Saya salam, peluk dan cium tok cik..

Mendapat kejayaan dalam PMR detik manis buat diri, saya bernazar, cukur kepala, selepas mak dan ayah saya beritahu, terus saya ke rumah tok cik.
“Tok cik, Tok Cik, Cek dapat 8A!”
Dia bagi saya RM 5. Tak banyak, tapi bernilai dari yang bagi RM 100.. Kasih sayang nilai di dalamnya.

Bermusafir ke Sarawak

Terpaksa tinggalkan semuanya. Tok cik antara yang hadir hingga ke detik akhir saya di rumah sebelum berangkat. Bagi kata semangat.

“Hang mengaji elok-elok, Tok Cik tak dak duit nak bagi, ni saja tok cik boleh bagi kat hang”

Walaupun hanya sehelai kain pelikat. Saya terus gunakan hingga hari ini. Kerana warnanya yang agak gelap. Matching dengan semua baju Melayu dan jubah yang saya ada, saiznya besar dari biasa dan selesa maka kerap saya memakainya ketika Khutbah Jumaat..


Mula Sakit

Penghujung 2006, Tok Cik mula sakit, sekejap sembuh sekejap sakit. Saya sempat ziarah bila pulang bercuti. Tahun 2007, cuti semester 1. Kenduri di rumah pak long. Tak silap kenduri tu sebelum saya pulang ke Sarawak. Saya jumpa tok cik di dapur rumah Pak Long. Macam-macam kami sembang, pelajaran, jodoh, nasihat dan masa depan. Saya sendiri rasa bahawa saya sembang lama. Lama sangat. Sembang perpisahan. Sukar untuk kami berdua berhenti hinggalah masuk waktu Asar. Saya minta pulang. Saya cium tangan tok cik. Kali terakhir saya cium tangan, lihat wajah dan dengar suara tok cik.

Bila dah berada di Sarawak. Mula dengar-dengar tok cik sakit lagi, saya telefon, Tok cik penat, tak mampu bercakap. Anak dia bercakap dengan saya. Beberapa kali saya hubungi. Tetap keadaan sama. Mak Long (menantu Tok cik) bagitau,

“ Tok Cik nak cakap dengan mi, tapi dia penat, pas tu dia tak mau hang ghisau pasai dia”

Sehinggalah petang 31 Julai 2007, saya ada Gerko (Kokurikulum), Handset di bilik. Bila saya pulang ada banyak panggilan masuk dari ayah. Terus saya hubungi ayah,

“Sabaqlah, Tok Chik baghu tak dak, ptg tadi, hang bacalah apa yang patut, simpan esok pagi…”

Saya tamatkan perbualan dengan ayah. Terkedu, terbayang wajah tok cik… Terbayang saat bila tok cik beritahu pada saya dia dah lama tak tengok bendang (sawah) belakang Kg Tengah. Saya yang baru pandai bawa motor, gunakan Honda C70 bawa dia meronda….

Saya rindu. Rindu banyak benda. Tapi rindu juga pada yang ini. Tok cik kerap berjalan kaki ke rumah saya. Jauh juga. Saya rindu kalimah ini..

Ami, ambik ayaq ais kat tok cik sat…”
Kerinduan ini memang tidak akan terbalas. Aku untung pernah rasa kasih sayang mu. Moga Tok Cik sejahtera di sana . al-Fatihah

…. Dengan linangan air mata,

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 9 Ogos 2009

4 comments:

Cik Skaf said...

salam ustaz, ntah mengapa terkesan sy membaca entri ini. Tanpa sedar sy menangis. Al-fatihah buat allahyarham Tok Cik.

Abd Razak said...

Salam ustaz,

Begitulah ustaz, kita ni kepunyaan Allah, kasih sayangNya terhadap makhluk ciptaanNya melebihi kita. Sampai masa akan pergi menemui Allah jua...moga roh Tok Cik dlm pemeliharaan Allah

Nazmie Samarahan said...

To Cik Skaf

Wsalam...saya sendiri ketika tulis artikel ni mengalirkan air mata.. Walaupun saya sedar artikel ini tidak seberapa.. Tetapi kasih sayang arwah tok cik membuetkan saya masih berasa ada kekosongan dalam kehidupan bila pulang ke kampung...

Nazmie Samarahan said...

To Razak...

Ana akui apa yang nta katakan..Tok cik dah melaluinya.. Giliran kita bila lagi..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin