Saturday, August 22, 2009

Ai..Kerapnya Hang Balik…

Ketika dalam pesawat Egypt Air , Perjalanan Jeddah ke Kaherah
----------------------------------
Dulu, masa mula bermusafir di Sarawak, saya pulang ke Kedah paling banyak pun tiga kali sahaja setahun, dan pernah juga hanya pulang dua kali setahun. Ikut hati, tiap kali cuti memang nak balik, namun tambang penerbangan yang mahal membantutkan hasrat saya. Banyak benda yang saya tidak tahu, pesawat yang sering saya guna hanyalah MAS, kemudian barulah berjinak-jinak dengan Air Asia. Punyalah seronok dulu naik kapal terbang, kalau boleh nak duduk tepi tingkap sahaja. Nak tengok ke luar. Seronok tengok awan yang bergulung. Ada juga yang macam bentuk awan guling yang di naiki oleh Goku dalam komik mutiara Naga.

Sekarang, saya dah tak kisah duduk di mana pun dalam penerbangan. Hasil catatan saya, saya telahpun naik turun penerbangan lebih daripada 80 kali dan jumlah jamnya sudah pun melebihi 300 jam di udara!! Dah boleh jadi pilot tu..

Sekarang dah agak pandai merancang. Bukan apa, nak dapatkan tiket yang murah. Untuk tahun 2009 saya pulang ke Kedah sebanyak 5 kali di tambah lagi dengan dua penerbangan tambahan untuk program di Miri dan juga Shah Alam. Kira semuanya tujuh kali. Tak sampai RM 2000 saya belanjakan. Ternyata, perancangan awal adalah penting untuk dapatkan tiket murah. Semua orang berebut untuk dapatkan tiket murah, tetapi kena awal, saya sarankan semua guru pelatih dan juga mahasiswa merancang awal untuk pulang ke kampung masing-masing terutamanya musim perayaan yang bakal menjelang. Saya ulang, kunci pertama saya ialah perancangan awal. Semua tiket sepanjang 2009 saya beli pada bulan 11 tahun 2008

Artikel ni saya tulis sebagai perkongsian dengan rakan-rakan yang kerap bertanya rahsia kerap pulang ke kampung, mana dapat duit? Dan lain-lain…

“Kami dok UM pun balik 3 , 4 kali sahaja setahun..”

Saya hanya mampu ketawa, sebab saya pun sedar, saya kerap pulang.

Kunci ke dua, saya jarang “bergayut” di handphone.. Ya, topup RM 10 boleh bertahan seminggu dan lebih. Bahkan RM 30 lebih daripada sebulan. Saya lebih senang ber SMS berbanding cakap di telefon. Kalau yang terlibat dalam menguruskan program bersama dengan saya pasti mengerti hal ni. Sangat sukar untuk saya menjawab telefon..Ntah kenapa.. Tetapi berhubunglah dengan saya dengan SMS, kalau perlukan maklumat yang lebih, saya yang akan menghubungi anda. Dan orang yang menerima panggilan dari saya, kira orang tu istimewalah… Mak dan ayahlah serta sahabat-sahabat seperjuangan.. Maka saya dapat berjimat di situ.

Kunci ketiga, Saya bersyukur saya diberikan Allah badan bersaiz 4XL. Menyebabkan hanya kedai tertentu sahaja yang ada pakaian yang sesuai dengan saya. Di Sarawak, sorry la. Tak jumpa lagi kedainya. Menyebabkan saya tak pernah membeli baju kemeja, T-Shirt mahupun baju pagoda di negeri ini. Kalau ada yang tahu kedainya di mana, tolong maklumkan pada saya ya.. Maka tidaklah saya menghabiskan wang untuk membeli pakaian. Maka saya dapat berjimat di situ.

Kunci keempat, MAMNUQ AT-TADHIN, saya tidak merokok. Tak payah cerita kenapa saya tidak merokok. Namun inilah kunci terbesar saya menjimatkan wang.. “Perlaburan” merokok adalah seperti berikut :-
Sehari = RM 5
Sebulan = 30 x RM 5 = RM 150
Setahun = 12 x RM 150 = RM 1800

Kalau saya dapat jimat sebegitu banyak wang, dapatlah beli tiket selalu. Ditambah lagi kunci pertama, kedua dan ketiga. Lebih RM 2000 saya dapat jimat setahun, Duit tu tak nampak di hadapan mata, tetapi di ganti dengan masa dapat berjumpa ahli keluarga pada pertengahan semester dan juga hujung semester. Mampu menaikkan semangat untuk belajar pada semester seterusnya.

Kepada para perokok. Saya sarankan berhenti. Malas nak berhujah panjang. Ada yang terasa dan sakit hati. Saya tak kata cara saya ini terbaik, namun saya selesa dengan penjimatan sebegini. Anda mungkin ada cara yang tersendiri untuk menjimatkan wang anda. Selamat berfikir, selamat berjimat.

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Rumah Sewa Kpg Jaie 19 Ogos 2009

2 comments:

Abdul Walik bin Sulaiman said...

Salam, baru buka blog Ust.

Nazmie Samarahan said...

Wsalam..alhmdlh..Wahid mana ni???

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin