Buku yang ditulis oleh Otai Fitrah Perkasa...Membicarakan hal Lelaki yang juga seorang anak, suami, ayah, dan pendakwah...Sesuai buat para dae dalam menilai semula perjalanan hidup seharian...
Buku yang diterbitkan oleh AnBakri Publika... Himpunan jawapan TGNA terhadap isu-isu semasa terutamanya yang berkaitan dengan politik..Namun isu agama juga mengambil tempat dan dikupas halus oleh ustaz Abd Ghani Shamsuddin.. Juga turut disertakan kitab-kitab yang diambil petikan sebagai rujukan...
Buku yang diterbitkan oleh AnBakri Publika... Himpunan jawapan TGNA terhadap isu-isu semasa terutamanya yang berkaitan dengan politik..Namun isu agama juga mengambil tempat dan dikupas halus oleh ustaz Abd Ghani Shamsuddin.. Juga turut disertakan kitab-kitab yang diambil petikan sebagai rujukan...
Sebuah lagi karya Pak Latip..Saya sudah mula bercinta dengannya...Walaupun susunan peristiwa dalam buku ini masih ada yang dapat dipertikaikan..Namun secara umumnya menepati asas perjalanan hidup Imam Syafie...Anda akan lebih mengenali Imam Mazhab ini...
Buku ini digunakan sebagai rujukan utama saya dalam menyiapkan Action Research (kajian Tindakan) yang sedang saya jalankan...
Tak perlu kenalkan lagi...Anda semua sudah mengetahui kehebatan majalah ini....
Saya kagum dengan Dr. Sidek Baba..Bermula sebagai guru yang hanya ada Diploma...Namun terbang tinggi dalam bidang akademik hinggalah ke tahap Dr. Falsafah...Dr Sidek cuba menghuraikan "stand" sebenar yang perlu ada pada Melayu Islam...Baca buku ni tak boleh langkau-langkau, jika tak..kita kehilangan arah pembawakan isu...
Inilah kehebatan Ustaz Riduan..Sentiasa menghasilkan buku-buku yang segar dengan isu semasa...Plural serta liberalnya Islam di Indonesia dan sebahagian negara sub continent..sudah membarah ke Negara kita...Membaca buku ini kita akan lebih maklum terhadap segala dakyah yang ada...
Sebagai persediaan dalam menghadapi salah satu subjek pada semester ini.. Guru juga perlu tahu sedikit sebanyak tatacara menghadapi perkembangan pemikiran, emosi serta psikologi pelajar mereka..Terima Kasih pada Mok Soon Sang..Karyanya banyak membantu akademik saya...
Ceritanya secara jelas...Bersandarkan hadith2 Rasulullah SAW, boleh digunakan sebagai teks tambahan Usrah permulaan dan Usrah Umum...Isinya santai namun berbekas...
Belum habis baca buku ini..Namun niat saya tiada lain...Membaca buku ini adalah untuk BERCINTA dengan Qiam itu sendiri...
Buku ini ditulis oleh pensyarah UUM Dr. Prof Atory..Saya mula membaca bukunya yang diterbitkan sekitar 1985 hinggalah yang sekarang.. Terus terang, beliau menyebelahi BN dalam berpendapat, namun tidak dalam tulisan..Tulisannya bersandarkan hujah akademik serta sains politik....Kupasan tentang 8 Mac mungkin sudah tidak relevan..dalam 2 tahun ini pelbagai yang berlaku..Namun memahami semangat 8 Mac adalah sisipan peristiwa yang tak dapat kita semua lupakan...
Lagi Karya Ustaz Riduan Mohamad Nor..Menulis tentang tokoh yang amat saya kagumi...Segala jatuh bangunnya dalam arena dakwah dijelaskan secara berfakta namun santai... Corak pemikiran TGHH juga boleh diperhalusi dengan kita meneliti beberapa ucapan dasar Muktamar Agung PAS yang turut disertakan di dalam buku ini...
No comments:
Post a Comment