Assalamualaikum WTB Salam Sejahtera…
Pinggang Sakit
Sudah lama tak mencoret sesuatu..Kesibukkan semakin membataskan di samping masalah SchoolNet dan juga TM Net… Geng2 net ni amat membuatkan saya pening kepala…. Sekitar bulan 7 dulu ditimpa sedikit musibah…Akibatnya mengalami masalah tulang belakang, bermasalah di disk tulang belakang. Hinggakan di papah ke Wad Kecemasan Hospital Umum Kuching (HUK) . Saya kemudiaanya di rujuk ke Klinik Pakar, Alhamdulillah.. Kecederaan tak teruk..Cuma kena berjaga2 la dalam bergerak… Akibatnya hamper saban minggu terpaksa ke HUK untuk rawatan Fisioterapi.. Terima kasih pada pentadbir SK Jaie tempat saya berpraktikum, memberikan keizinan pada saya untuk menerima rawatan.. Juga pada Staf Jabatan HEP IPTAR, yang sanngup menyediakan surat pengenalan untuk saya yang membolehkan saya mendapat rawatan pakar secara PERCUMA.
Dan pada 4 November baru2 ini saya berjumpa lagi doctor pakar. Doktor Cina.. namun amat sporting, dan selepas di chek, saya di sahkan bebas dari masalah slip disk, namun ia tetap menjadi sejarah perubatan saya dan pastinya akan berulang masalah yang sama jika tanpa langkah berjaga-jaga. Kesannya amat terasa di bulan2 mula kesakitan, tidak dapat berceramah sambil berdiri, tidur yang tidak cukup kerana kerap terjaga pada waktu malam, terutama bila berubah posisi badan, kesakitannya membuat kan saya terkejut dari tidur dan beradoi sekejap sebelum tidur semula…
Seminar Politik PAS
Saya berbangga dengan PAS yang berani membincangkan masalah dalaman Jamaah di samping menjemput orang yang kritik Jamaah untuk hadir ke seminar mengemukakan pandangan.. Ini perkembangan yang baik.. Soal kalau kritiknya tak betul, kita jawab kemudian dengan penjelasan daripada individu terlibat, namun tindakan kurang matang beberapa ahli Parlimen dan ustaz2 PAS (Ustaz ABC ke) amat membuatkan saya kecewa, yang dijemput membentangkan secara ilmiah, namun yang bertanya pula kemukakan soalan secara provokasi dan emosional….
Saya sedikit berbangga.. 4 Tokoh pujaan saya dalam berpidato ada dalam senarai 5 pemimimpin PAS yang dikenali generasi muda iaitu 1. TG Nik Abdul Aziz Nik Mat. 2. Ir Nizar Jamaluddin. 3. Mat Sabu dan juga yang ke 4. Dato Seri Ustaz Azizan Abdul Razak. Saya ambil 1, Ustaz Azizan dah tua, namun hujahnya matang, jawapannya kerap mematikan soalan pemberita. Ini berdasarkan pengalaman saya hadir ke beberapa press conference Ustaz Azizan dengan Media. Walaupun sikap “cenge”nya kurang disenangi sesetengah orang, namun kerana sikapnya itulah, saya rasa dalam 2 tahun ini belum ada media yang berani putar belitkan kenyataan medianya. Sikap sesetengan pimpinan PAS yang kerap menggunakan ayat berbunga, mudah di salah tafsirkan oleh pengamal media. Kepada PAS, pastikan resolusi itu di laksanakan.
LCD baru
Saya ucapkan terima kasih pada sahabat saya Dato Mukhlis, kerana atas bantuannya saya telah memperolehi sebua LCD ACER untuk kegunaan dakwah di sekitar bumi Sarawak ni, Jazakallah atas bantuan ye, ada masa datanglah ke Kuching untuk semarakkan dakwah di sini. Moga2 dengan kehadiran “teman” baru berceramah ni, saya tidak akan Tanya lagi kepada penganjur program, “Nta ada LCD tak?”
Berita Gembira
Rakan Saya (kristian- Bidayuh) memeluk Islam pada tahun 2006, peringkat awal disisihkan keluarga, namun tidak lama kemudian, berkat kesabarannya serta tekun memberikan penerangan, Abangnya telah memeluk Islam dan baru2 ini Ibunya pula memeluk Islam.. Allahu Akhbar!! Benarlah hidaya itu milik Allah..
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 8 November 2009
Kota Samarahan