Anak kecil itu merintih dan menangis. Jeritan suaranya tersekat-sekat memanggil-manggil "Ummi..Ummi..Ummi." Rambut perang ikal terurai itu dibalut kain putih, sambil di sana sini kelihatan tompok-tompok merah darah. Ia belum menyedari, sebenarnya ibu dan ayahnya sudah tiada lagi.
Ibu dan ayahnya gugur syahid di medan perjuangan. Tinggal anak itu keseorangan. Tangisan dan panggilannya mula menggugat rasa. "Kasihan kau anak, apa yang mampu kulakukan untuk menyeka air matamu, wahai anakku..?" Perasaan sebak yang tadinya ditahan-tahan, kini tak mampu untuk dibendung lagi. Tanpa disedari, airmata mula membasahi pipi.
Doa termakbul
Begitulah senario yang berlaku. Saban hari satu-persatu tersiar di dada akhbar dan tertera di kaca televisyen. Naluri untuk membela dan membantu mereka yang teraniaya tercetus dengan sendiri.
"Ah! Kedurjanaan ini tidak boleh dibiarkan lagi!" Meletus jeritan sekuat-kuatnya, sekeras-keras suara, namun ia hanya suara kecil yang terbit dari relung hati". Jika berpeluang untuk pergi.. aku mesti pergi!!".
Rupa-rupanya, itulah doa di hati kecil yang didengar dan dimakbulkan oleh Allah SWT. Memang terkedu dan tergamam seketika, apabila kami di Dewan Pemuda Masjid Malaysia diberi kepercayaan membawa pasukan media masuk ke Gaza.
Pengalaman membantu rakyat menderita di Darfur, Sudan ternyata tidak sia-sia. Terasa kecil diri ini di atas kurnia Allah yang begitu bermakna ini.
Tiba di Mesir
Kami tiba di Mesir diiringi 1,001 persoalan. Adakah kami mampu masuk ke Gaza? Bagaimana? Bila? Mengapa? Atau kami hanya mampu memandang sahaja, menggigit jari dan memendam rasa? Kala itu yang ada hanyalah harapan, yang belum tentu akan ternoktah menjadi suatu kepastian.
Hembusan angin Kota Kaherah pagi itu menusuk tulang. Kami mula berurusan dengan pegawai-pegawai di Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah. Sikap yang ramah dan profesional, bantuan demi bantuan yang diberikan, amat menyenangkan dan harus diberi pujian.
Kami bertolak ke Rafah berbekal dengan surat Kedutaan Malaysia dan kebenaran daripada Bahagian Media Kementerian Penerangan Mesir. Hati mula diulit bimbang di saat van yang dinaiki meninggalkan kota Kaherah. Dari Ismailiah ke Rafah terdapat 11 sekatan jalan.
Iklim kawasan itu umpama zon darurat, kerana berdekatan dengan zon peperangan yang sebenar. Untuk sampai ke Arisy yang hanya 40 kilometer (km) sahaja ke Rafah, sudah dikira satu kejayaan. Apatah pula untuk tiba di gerbang Rafah yang megah itu.
Namun, perjalanan kami menuju Rafah sebenarnya menjadi perjalanan yang begitu mudah. Setiap pos kawalan keselamatan berjaya dilepasi.
Kebimbangan kami sebelum ini, mula menghilang daripada kotak fikiran. Mungkin juga ia berkat doa-doa makbul yang dipanjatkan oleh mereka yang di Malaysia.
Setiap malam si ibu membaca surah Yasin untuk keselamatan anaknya. Guru dan pelajar di sebuah sekolah menengah agama di Hulu Langat turut berdoa di dalam perhimpunan demi sebuah perjalanan ke Gaza yang tiada kepastian. Doa demi doa, akhirnya mengundang satu pertolongan Allah SWT di saat-saat yang amat diperlukan.
Perjalanan kami dipermudahkan. Tiada yang mampu diungkapkan, selain kata pujian dan kesyukuran kepada-Nya yang tiada batasan.
Negara Mesir bukan sembarangan. Ia digelar oleh Rasulullah SAW sebagai bumi Kina-nah, iaitu wadah yang menampung anak-anak panah dalam perjuangan pada jalan Allah. Sifat ini akan berterusan hingga ke akhir zaman.
Ia tempat lahirnya deretan nama-nama besar Qari seperti Sheikh Abdul Basith dan Sheikh Mahmud Khalil Khusairi yang terkenal.
Sebagaimana ia juga melahirkan anak seni tersohor seumpama Umi Kalthum dan Omar Sherif. Sungai Nil merentasi buminya merakam pelbagai peristiwa suka dan duka. Ia juga bumi ilmu.
Di sebalik debu-debu jalanan, terdapat mutiara-mutiara berharga jika pandai mencarinya. Bagi kami, Mesir memiliki nostalgia yang tersendiri. Bak kata pepatah, "Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat mengutip permata berharga."
Di sinilah tempat mengutip permata ilmu dari guru-guru yang disegani, di antaranya Sheikh Muhammad Mutawalli as-Syarawi dengan keindahan tafsirnya, Muhammad Zaki Ibrahim dari segi hadis dan kezuhudannya, dan Sheikh Nuruddin al-Makkiy al-Banjari dengan keahlian fiqhnya dan keberkatan sanad-sanadnya.
Di sini juga tempat mula terbina istana hidup berkeluarga. Jika tidak, masakan Habiburrahman as-Shirazi mampu melakar lukisan hidup di kota Kaherah dengan penuh indah dalam novel Ayat-Ayat Cintanya. Memang benar, Mesir penuh dengan nostalgia.
"Petugas media diminta beratur!" Tempikan kuat dalam pelat Mesir Baladi (desa) yang pekat dan suara yang garau sekelip mata menghilangkan keasyikan bernostalgia. Baru tersedar, rupa-rupanya dua belah tangan sedang berpaut erat di pagar besi berwarna hitam di gerbang Sempadan Rafah Mesir yang amat terkenal itu!
Gerbang Rafah
Tiba-tiba sahaja Rafah mula terkenal. Ia tempat bersejarah, kerana pernah melalui zaman Firaun (925SM), Assyria (720SM), Byzantin, Yahudi dan Islam (635M). Namun kali ini ia terkenal kerana ia adalah satu-satunya pintu masuk ke Gaza. Kemasyhuran nama pintu gerbang Rafah hampir-hampir menenggelamkan populariti penjara Teluk Guantanamo di Tenggara Cuba dan Abu Ghraib di timur Baghdad.
Pintu gerbang Rafah yang kukuh sepanjang 40 meter (m) dan tingginya 15m ternyata bukan mudah untuk dibolosi. Di sinilah tempat keluar masuk makanan, ubat-ubatan, sukarelawan, wartawan dan penduduk keluar masuk Gaza.
Deretan lori-lori kontena, ambulans, orang ramai yang menunggu berjam-jam lamanya, antara pemandangan biasa di kawasan pintu gerbang itu. memang terdapat pintu masuk yang lain, seperti Kerem Shalom, Sufa, Karni, Nahal Oz dan Erez, namun terpaksa melalui Israel terlebih dahulu.
Justeru Rafah adalah satu-satunya saluran bantuan ke Gaza. Maka penutupan pintu di tengah kegawatan perang amat menimbulkan kemarahan dunia dan rakyat tempatan.
Ia juga menimbulkan persoalan, mengapa pintu untuk bantuan tidak dibuka, sedangkan anak-anak yang tidak berdosa sedang dimamah diratah derita dek rejim Zonis durjana? Hanya pemilik pintu gerbang itu sahaja yang mampu memberikan jawapan. Jika pintu Rafah dibuka, maka Mesir menjadi wira kemanusiaan terulung di mata dunia.
Keprihatinan rakyat Mesir
Rakyat Mesir amat prihatin dengan nasib saudara seagama mereka di Gaza. Kaunter derma darah di Baitul Hikmah, bangunan Kesatuan Kedoktoran Arab-Mesir penuh sesak dengan penderma.
Kaunter sumbangan wang ringgit tidak ubah seperti kaunter tiket perlawanan bola sepak. Anak muda, gadis, pelajar universiti, golongan profesional, peniaga jalanan dan pelbagai lagi bersilih ganti. Pengunjungnya bertali arus tanpa henti.
Aneh, memang aneh, kerana belum pernah dilihat keadaan seperti itu di mana-mana. Masjid dan universiti memainkan peranan penting bagi menyemarakkan kempen bantuan Gaza. Andai dibuka pintu Gaza, mungkin setiap inci bumi Gaza penuh sesak dengan sukarelawan Mesir yang prihatin.
Harapan menjadi kenyataan
Pagi itu berita menggambarkan ada harapan pintu Rafah dibuka. Olmert dengan angkuh mendabik dada, ia adalah keputusan sebelah pihaknya. Berita ini sudah cukup menghidupkan harapan. Kerana masa itu, perang masih bergolak hebat, pintu sempadan juga masih tertutup rapat.
Setelah sekian jam bergelut dalam kepekatan malam, berbalam-balam gerbang Rafah mula kelihatan. Perasaan gembira tidak dapat digambarkan. Kedinginan malam yang menyelinap tulang hitam tidak lagi diendah.
Menjejak kaki di atas tanah Rafah adalah satu anugerah. Namun, kegembiraan itu terpaksa disimpan, kerana pintu telah ditutup. Perjalanan masih panjang. Esok pula belum tentu menjanjikan kemenangan. Kami tiba lagi pagi ini, dan seperti biasa kami terpaksa berbaris dan menanti.
Jeritan pengawal bersuara garau tadi memberikan harapan, kerana ada kemungkinan pintu akan dibuka tidak lama lagi. Kumpulan media diminta masuk seorang demi seorang. Nama pun dipanggil, kaki menapak buat kali pertama, melepasi pintu Rafah yang kebal itu, selangkah demi selangkah.
Selang beberapa jam dalam kompleks imigresen Mesir, melintasi sempadan dengan bas yang terpelohong kosong bahagian simpanan bagasinya. Tidak lama di atas bas yang tambangnya RM100 itu, kami mula melihat papan tanda selamat datang ke Palestin. Kesengsaraan mengharung penjara buatan mula terubat.
Imigresen di Palestin tidak sesukar yang dilalui tadi. Urusan dibuat dengan mudah dan segera. Senyuman manis menghiasi wajah petugas-petugasnya. Wajah yang berseri, mungkin tanda kesabaran dan iman yang terpancar dari dalam dada. Seperti dalam mimpi, kami sudah menjejak kaki kami di atas pasir-pasir dan tanah Gaza!
Inilah bumi para wira dan Syuhada penghuni Syurga. Inilah tanah perjuangan. Inilah medan yang menyingkap wajah-wajah pahit manis dunia Arab dan masyarakat dunia. Inilah bumi yang menyimpan bukti kedahsyatan haiwan yang tertirai di sebalik nama Israel. Tiada perkataan untuk mengungkap perasaan. Syukur tidak terhingga, hanya diungkap melalui rasa. Udara disedut dalam-dalam. Setiap detik di tanahnya adalah mutiara. Setiap detiknya dihayati saat demi saat, kerana amat sayang masa yang berharga ini terbuang tanpa terisi dengan ingatan dan fikiran yang mempunyai makna. Gaza.
Salam ke atas mu duhai Gazzatul Haasyim! Allah Maha Besar!
Artikel ini disumbangkan oleh:
Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Pemuda Masjid) www.pemudamasjid.com Tel: 03-6201 2340
---------------
Rujukan di sini

No comments:
Post a Comment