Assalamualaikum wtb.
Alhamdulillah…Segala puji dikembalikan semula kepada Allah dan selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta para keluarga Baginda. Dah lama rasanya tidak menulis sesuatu dalam blog Dakwah Itu Perlu Hikmah.Maka peluang yang ada pada hari ini di gunakan untuk mencoretkan sesuatu sebagai ingatan untuk diri sendiri bagi masa hadapan.
AKU GURU MALAYSIA
Secara peribadi memang agak terkejut bilamana mendapat tahu di postingkan ke Negeri Pahang. Ketika itu saya sedang mengendalikan Kem Kepimpinan Madrasah at-Taklimiah al-Khairiah yang diadakan di Maahad Tahfiz al-Fityan. Tempat tersebut agak dalam di kaki gunung Jerai menyebabkan talian talefon tidak begitu kuat. Namun sepanjang berada di Kem tersebut beberapa kali saya dihubungi oleh teman-teman yang ingin bertanya kemanakah saya bakal dipostingkan. Hari Jumaat tersebut keputusan posting sudah boleh diketahui dengan mengakses lama sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Dalam keadaan line broadband yang agak terhad, saya mendapat tahu saya telah ditempatkan untuk berkhidmat di Negeri Pahang… Subhanallah…Langsung tidak tersangka. Saya mengisi borang posting pada Mei 2010 dengan meletakkan negeri Perak sebagai pilihan. Maklumat ini segera di sampaikan kepada ayah dan juga beberapa orang sahabat yang terdekat..
Terus terang. Hati ini berdebar-debar. Segala persiapan yang patut segera dilakukan. Beberapa teman anak Kedah yang bermastautin di Pahang segera di maklumkan. Saya mempunyai maklumat yang zero mengenai Pahang. Samada bentuk muka buminya atau daerah-daerahnya.
Cuba muhasabah diri. Lima tahun setengah asyik menyanyikan lagu “Kami Guru Malaysia”. Itu adalah ikrar saya. Ikrar Taat setia saya pada profesion ini. Maka tidak ada yang perlu di risaukan. Kuatkan semangat. Ayuh Nazmi. Inilah medannya. Inilah saatnya. Inilah gelanggangnya. Guru adalah pendakwah untuk anak bangsa!
MULA BERMUSAFIR
Setelah berbincang dengan keluarga. Kami mengambil keputusan untuk bertolak ke Pahang pada 5 Februari. Memandangkan ketika itu cuti Tahun Baru Cina. Perjalanan perlu disegerakan. Kerana jika terlewat. Pastinya kesesakkan berlaku di atas jalan raya.
Walaupun cuti CNY masih berbaki sehari. Bermula daripada Permatang Pauh. Kenderaan mula bergerak perlahan. Saya dan keluarga berhenti rehat seketika di Gunung Semanggol di rumah Pak Ngah. Kampung halaman ayahanda saya. Alhamdulillah.. Makan tengahari di sana dan kemudiannya menjamu selera dengan durian Perak pula. Kebetulan, sekarang musim durian di negeri Perak.
Jalan raya mula sesak, perjalanan di teruskan.Perjalanan ke Tapah yang mengambil masa 2 jam menjadi 4 jam. Mujur saya bertolak sehari awal. Bagaimana kalau saya bertolak hari Ahad. Tentu lebih mencabar dan tak dapat bayangkan bagaimana kesesakkan di atas lebuh raya. Tiba di jengka 17 sekitar jam 12 malam. Berehat di rumah datuk saudara yang juga merupakan peneroka di sana. Sudah tidak mampu lagi untuk memandu hingga ke Kuantan walaupun saya dan ayah bergilir-gilir memandu.
No comments:
Post a Comment