
Pada tanggal 1 Disember 2010 yang lalu saya berpeluang untuk bersama-sama dengan peserta Kem Bina Shaksiah (KBS) Siri 3 anjuran Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. KBS ini dijalankan di Kompleks Pendidikan Muasassah Darul Ulum, Pokok Sena selama 21 hari 20 malam....

Tajuk yang diberikan pada saya ialah "Rahsia kewujudan Alam" yang mana skop perbincangannya berkisar sains dan al-Quran...Secara peribadi...Tajuk ini amat mencabar..saya sudah meninggalkan aliran sains hampir 6 tahun yang lalu...

Dengan berbekalkan buku yang di tulis oleh Dr. Danial Zainal Abidin, saya membedah 6 isu sains dan Islam..Buat kajian hampir seminggu, mencari artikel, cari gambar yang bersesuaian serta video2 You Tube yang berkaitan...

Teori Bumi Bulat dan kaitannya dengan ayat al-Quran..Cuba membawa minda pelajar ke arah Islam ini sebenarnya masih relevan dengan zaman ini...

Barisan fasilitator yang mantap...

Melawan rasa sakit ketika ceramah ini...Baru saja di timpa sakit pinggang yag bersangatan...

Peserta Muslimat yang hadir...

Moga menjadi serikandi pembela agama....

Moga kita berjumpa lagi...Insya Allah...