Friday, July 6, 2012

Bersedia Mengisi KEKOSONGAN bersedia juga mengisi KEMENANGAN



Hidup kita, semuanya adalah perjuangan. Politik adalah perjuangan, tugas sebagai pendidik juga adalah perjuangan, berkerja juga adalah perjuangan, bahkan, ketika kita dalam bentuk sperma untuk bercantum dengan ovum si ibu juga perjuangan. Kita berjuang dengan yang lain hinggalah Allah memilih kita sebagai si pemenang untuk disenyawakan lalu di angkat Allah dengan piala yang tergenggam kemas di tangan sebagai Khalifah Allah swt di muka bumi ini.

Mengisi Kemenangan

Menjadi cabaran kepada si pemenang untuk mengisi kemenangannya. Sebagai guru, saya berjaya mengajar anak murid membaca surah al-Kautsar dengan betul. Menjadi cabaran untuk saya mengisi kemenangan tersebut dalam memastikan pelajar dapat faham maknanya, kuat ingatannya dan hafazannya serta menghayati maksudnya.

Parti yang menang dalam pilihanraya juga bertanggungjawab untuk mengisi kemenangannya. Manifesto yang berjela dan sudah tentunya manis untuk di baca itu perlu dilaksanakan dengan seratus peratus. Satu peringkat, gerak kerja politik perlu di jalankan, perang saraf perlu dimainkan, kemenangan yang terisi perlu dipertahankan pula.

Bagi yang ingin berumahtangga, itu pun adalah satu perjuangan yang ada menang dan kalahnya, ada tiga cara, dan semuanya akan di capai jika menang. Pertama, cara tradisional. Minta orang tua kita hadir untuk meminang, bertunang dan tunggulah sehingga ke majlis nikah.

Kedua, cara moden. Dengan cara usik-usik dulu, tabur harapan yang tinggi menggunung, kenal hati budi dengan dating-dating dulu. Kemudian meminang dan berkahwin. Kena gaya, bahagia. Namun janji Allah pasti. Bilamana hubungan itu di bina tanpa di jaga hak Allah. Ombak dan gelombangnya lebih tinggi.

Ketiga, gabungan tradisional dan Islam. Sebagaimana Khadijah meminang Rasulullah saw, dengan menggunakan orang tengah, bertaaruf dan akhirnya berkahwin. Indah sekali.

Bagi yang mengikut Harakah Islam, mahupun gerakan Islam. Kaedah ketiga dalam membina perkahwinan ini di panggil sebagai membina Baitul Muslim (Rumahtangga Islam). Tidak kiralah, samada dalam PAS, ISMA, IKRAM, Haluan, JIM dan bahkan Tabligh sekalipun, Unit Baitul Muslim (UBM) pasti ada cuma cara yang menggerakkanya berbeza mengikut jamaah masing-masing. Ini sebagai komitmen jamaah untuk ahli-ahlinya membina baitul muslim dengan cara yang Islam kehendaki. Ada orang tengahnya, ada disiplinnya, ada budayanya, ada akhlaknya dan semua itu demi menjaga hati dan perasaan serta fitrah si pencari jodoh.

Inilah kehendak Islam. Di satukan jodoh dengan UBM ini adalah untuk saling mengenali dan kemudiannya bertunang secara terhormat yang semuanya dilakukan dengan sir (diam/sembunyi) hanya yang dekat-dekat sahaja mengetahui. Islam mendidik kita supaya mendiamkan soal pertunangan, namun menghebahkan soal walimah. Syariat di utamakan. Ibu bapa tidak di buang, maka cara hidup Islam pasti akan terjulang.

Sudah tentu jika berjaya. Cabarannya besar. Akhlak dalam pertunangan perlu dijaga. Tidak boleh sewenang-wenangnya berjumpa dan berbicara jika tanpa tujuan.Itulah yang di sebut. Mengisi kemenangan. Dan kemenangan yang besar ialah apabila bernikah. Di situ, perjuangannya lebih besar. Mengisi dan mempertahankan kemenangan tersebut.

Mengisi Kekosongan.

Adakala hajat kita untuk merisik mana-mana muslimin atau muslimat tidak akan tercapai. Mungkin separuh jalan. Di situ kita dah kalah satu perlawanan. Bukanlah kalah selama-lamanya. Namun  untuk perlawanan itu kita sudah kalah. Kekalahan akan mewujudkan kelompongan. Lompong itu dinamakan kekosongan jiwa. Sebab apa di katakan kosong?

Bagi muslimin yang berhajatkan mana-mana muslimat. Pastinya bukan sekejap ia perlu “berdialog” dengan Allah. Dengan cara berdoa. Doa siang dan malam. Barangkali berbulan-bulan. Mungkin 6 bulan, mungkin setahun dia berdoa. Fokus yang tidak terkira. Pastinya doa untuk hal lain pun di baca juga. Namun tidak setanding dengan fokus yang satu itu.

Apabila hajatnya di tolak. Doanya yang berbulan-bulan itu terhenti. Tentu menjadi janggal bilamana doanya setiap hari terisi dengan hajat yang besar akan menjadi kosong untuk doa pada hari yang seterusnya. Setiap pagi bangun doa untuk jodoh. Namun hari berikutnya, pasti ia bangun pagi dan terpinga-pinga. Apa fokus doa hari ini? Akhirnya dia akan membaca doa yang biasa-biasa sahaja, yang tidak punya roh di dalamnya.

Hidup juga pasti akan menjadi kosong. Hati yang mengharap namun kecewa di tengah  jalan. Ubatnya bukan sehari atau dua hari. Namun mungkin makan masa berbulan-bulan ataupun bertahun-tahun. Itulah penangan Cinta, fitrah yang Allah jadikan dalam diri manusia.

Bagi muslimin atau muslimat yang mengalami masalah ini. Adalah penting buat kita mengisi kekosongan jiwa tersebut. Jika tidak di atasi dengan cara yang betul. Pasti akan menjejaskan diri. Mungkin beberapa perkara berikut boleh diambil perhatian sebagai salah satu cara untuk mengisi kekosongan jiwa.

1.      Teruskan berdoa. Jangan putus untuk berdoa. Doa itulah senjata mukmin yang paling ampuh. Jika hati masih yakin dengan dia. Teruskan berdoa. Kita tidak tahu perancangan Allah, mungkin hari ini tidak terbuka jiwanya. Doa juga boleh digunakan sebagai salah satu cara memohon Allah permudahkan jodoh yang baik pula dari insan yang lain pula.

2.      Isi masa terluang dengan gerak kerja dakwah. Sibukkan diri dengan kuliah, tazkirah, usrah dan lain-lain. Memang tidak dapat lupa. Namun itulah salah satu cara yang ada untuk memastikan masa terus berlalu dan berlalu.

3.      al-Quran jangan di lupa. Itulah pengubat jiwa yang kosong. Moga-moga apabila terisi dengan kalam Allah.. Tenang akan tiba juga di hati, tempat jatuhnya rasa cinta pada Allah, tempat jatuhnya hidayah Allah.

4.      Nilai semula hubungan dengan Allah. Barangkali ada hak Allah yang belum tertunai. Mungkin ada juga yang ditunaikan. Namun tak bersungguh.

5.      Belajarlah untuk bersangka baik dengan Allah. Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kita.

Hafidun Amin
16 Syaaban 1433H
2.30 am

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin