Wednesday, April 29, 2009

Tahniah : Timbalan Presiden PMRAM

Tahun kedua berada dalam PMRAM sudah tentunya memberikan banyak pengalaman yang luas buat Timbalan Presiden PMRAM, Ustaz Shahrizan Mohd Hazime. Untuk sesi ini, beliau diamanahkan untuk menduduki jawatan kedua dalam hirerki PMRAM sekaligus menjawat portfolio Ketua Lajnah Perancang dan Panitia PMRAM-satu lajnah yang amat mencabar bagi menyusun takwim perjalanan program dan aktiviti PMRAM serta penyelarasan takwim di peringkat BKAN dan DPM. Portfolio tersebut tahun lalu disandang oleh Presiden PMRAM sesi ini iaitu Ustaz 'Abdul Mu'izz Muhammad.

Ustaz Shahrizan dilahirkan tanggal 17 Oktober 1986, berasal dari Taman Ria, Sungai Petani, Kedah merupakan anak keempat dari tujuh adik-beradik. Bapanya bertugas sebagai pegawai polis manakala ibunya adalah suri rumah sepenuh masa. Mendapat pendidikan peringkat menengah di Maktab Mahmud, Alor Setar dan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan memperolehi pangkat Mumtaz. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 2005 dan kini berada di tahun empat, Kuliah Syariah Islamiyah, Kaherah. Kelebihan yang dianugerahkan padanya dalam pencapaian akademik dan persatuan digunakan sebaik-baiknya bagi membantu teman-teman lain dan beliau merupakan salah seorang tenaga pengajar Madrasah Imam Syafie kelolaan PMRAM. Bermula tahun satu hingga tahun tiga beliau memperolehi pangkat Jayyid dalam peperiksaan yang diduduki.
Sementara itu, beliau juga aktif dalam Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK), sebuah persatuan anak negeri Kedah yang bernaung di bawah PMRAM. Beliau diamanahkan memegang jawatan Ketua Badan Dakwah MKKK selama dua penggal berturut-turut iaitu pada sesi 2006/2007 dan 2007/2008. Bagi beliau, bekerja dalam PMRAM amat bermakna bagi beliau apatah lagi baginya PMRAM sebuah persatuan yang kompleks. Prinsip hidup, beliau berpegang kepada kata-kata Syeikh Ibnu 'Atoillah As-Sakandari dalam kitab Hikam yang bermaksud, "Tanamlah kewujuduan dirimu ke dalam tanah yang gersang, maka sesungguhnya apa-apa yang tumbuh daripada sesuatu yang tidak ditanam maka tidak akan sempurna natijahnya." Harapan beliau agar PMRAM dapat dijadikan sebuah pertubuhan yang mampu menggabungkan sekalian mahasiswa dan mahasiswi di Mesir.
---------------
- Rujukan Di sini..
- Tahniah juga kepada Ustaz Shahrizan.. Saya memanggilnya Abg Shah ketika di Maahad.. senior setahun dari saya.. Pernah berkerja bersamanya di dalam Badan Dakwah & Kebajikan (BDK) Maahad.. Beliau sebagai exco Lujnah Maklumat dan Perhubungan dan saya memegang salah satu Unit (Unit Maklumat) dalam lujnah tersebut..
- Seorang ketua yang berdedikasi.. Mudah tersenyum (semua pasti tertawan).. namun ilmunya.. Masya Allah..Hebat.. Moga terus berjaya.. Ada masa kita YM ya Abg Shah…

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 29 April 2009

Ustaz Fadhil Dan Perubahan Umat

>[artikel ini ditulis oleh DR MAZA hampir sembilan tahun lalu (tahun 2000) dalam Majalah Tamadun semasa beliau masih pelajar di IIUM. Semasa itu al-marhum Dato’ Fadhil Noor masih hidup. Tulisan disiarkan semula sekadar bahan bacaan ‘sejarah’ yang pernah ditulis oleh DR MAZA semasa belum memiliki Ph.D, belum menjadi pensyarah universiti, mufti dan belum dikenali seperti sekarang]

Y.B Dato’ Fadhil Noor terkenal sebagai tokoh yang terbuka dalam menilai keadaan dan suasana. Wataknya ini telah banyak mencetus rentak perubahan berfikir sebahagian mereka yang jumud. Saya menyanggap beliau sebagai tokoh politik pro-Islam yang moderat.

Baru-baru ini saya agak tertarik dengan kenyataan Y.B Dato’ Fadhil Noor, dalam suatu temuramah dengan beliau oleh wakil malaysiakini mengenai penubuhan negara Islam. Kata beliau: “Penubuhan negara Islam tidak boleh dicapai serta merta sebab umat Islam telah begitu jauh meninggalkannya selepas kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah dan kebangkitan penjajahan Eropah. Ini memerlukan masa yang panjang dan tidak dapat dilaksanakan secepat mungkin terutama di negara demokrasi. Kita perlu mencari strategi bertemu dengan rakyat supaya ia dapat diterima oleh semua pihak”

Mungkin ada sebahagian di kalangan yang kurang faham menganggap Ustaz Fadhil dengan kenyataan ini seolah-olah mula longgar dengan perjuangannya. Namun bagi yang mengkaji nas-nas Islam secara meluas dan mendalam akan menilai kenyataan ini, sebagai suatu kenyataan.yang pengucapnya memahami tabiat Islam. Golongan yang gopoh, yang berkempen negara Islam tanpa ilmu yang masak, seperti yang menghafal sepatah dua ayat dan berceramah tidak mungkin dapat mengucapkan satu unggapan yang begini. Ucapan ini lahir daripada memahami hakikat dan tabiat din yang sebenar.

Kita perlu faham bahawa di dalam agama ada perkara yang sebut sebagai adillah qat`iyyah iaitu dalil-dalil yang putus yang hanya memberi suatu makna jelas yang tidak difahami selain makna tersebut yang ianya juga qat`iyyah al-thubut iaitu yang sampai kepada kita secara mutawatir. Dan ada pula yang disebut sebagai adillah zanniyyah ianya boleh ditafsir lebih dari satu makna dan kepastian tentang ketulenannya juga zan (tidak putus) atau kita katakan tidak sampai ke darjat mutawatir. Bahagian inilah yang mencetuskan khilaf pendapat di kalangan ulamak mujtahidin.

Dalam hukum-hakam dan dalil-dalil syarak kebanyakan adalah zaniyyah dalam ertikata ianya boleh menyebabkan khilaf dalam memahaminya. Inilah yang disebut para penulis Usul al-Fiqh yang klasik mahu yang baru. Kebanyakan hadith-hadith yang termaktub dalam kitab-kitab sahih mengandungi dalil-dalil zaniyyah, samada disebabkan ianya hadith-hadith aahad yang tidak sampai ke darjat mutawatir atau disebabkan ianya boleh difahami dengan berbeza-beza maksud”

Malangnya, ada yang dipanggil ustaz tetapi tidak dapat membezakan dua perkara di atas. Umpamanya, dalam suatu forum kebetulan saya salah seorang panelnya, seorang tokoh, beliau menyatakan Rasulullah dalam baiah tidak bersalam denga perempuan, itu adalah dalil qat`i haram bersalam dengan perempuan” Inilah tanda jahilnya dia terhadap maksud dalil qat`i. Saya bukan menyokong bersalam dengan perempuan ajnabi atau bukan mahram, tetapi ianya adalah masalah khilaf. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam dalam buku al-Fatwa al-Mu`asarah mengharuskannya. Itu adalah tarjih beliau disebabkan dalilnya tidak qat`i. Al-Syeikh `Abd al-Hamid Qafa mentarjihkan sebaliknya.

Semua kita yakin, perlunya ditegakkan kerana pemerintahan yang menjunjung titah perintah Allah dan RasulNya s.a.w. Namun strategi untuk sampai kepadanya memerlukan kebijaksanaan yang cukup. Apatah lagi Islam tidak menentukan suatu cara khusus dalam menegakkan daulah Islamiyyah. Kita juga tidak dapat menerima kenyataan sebahagian orang yang menyatakan bahawa seperti mana Islam mengajar solat demikianlah juga Islam mengajar tentang pembentukan negara Islam. Ini tidak benar, solat diajar oleh Islam dari awal hingga akhir dengan tidak boleh kita membuat sebarang penambahan melebihi apa yang diajar oleh Nabi s.a.w. kerana itu adalah bid`ah, adapun negara Islam, kita hanya diajar beberapa asas-asas utama sahaja dan baki adalah masalah ijtihadiyyah (ijtihad)

Kita juga perlu tahu bahawa zaman dan tempat tidak menentukan rupa bentu Islam, tetapi Islam meraikan perubahan manusia, tempat dan zaman. Inilah yang disebut oleh ulamak usuliyyin: Taghair al-Fatwa bi taghair al-Amkinah wa al-Azminah iaitu berubahnya fatwa disebabkan berubahnya tempat dan zaman. Umpamanya di dalam hadith-hadith yang sahih termasuk yang diriwayatkan oleh al-Bukhari Rasulullah s.a.w. melarang menyimpan daging korban lebih daripada tiga hari. Pada tahun berikut para sahabat bertanya Nabi s.a.w.apakah mereka perlu buat seperti tahun lalu? Kata Nabi s.a.w.: Makan dan simpanlah kerana pada tahun lepas orang ramai dalam keadaan susah dan aku mahu kamu menolong mereka”. Dalam riwayat yang lain disebutkan disebabkan daffah iaitu orang ramai yang datang dari luar Madinah. Jelas sekali bahawa adanya larangan Nabi s.a.w. disebabkan oleh keadaan tertentu atau punca tertentu yang sebut dalam usul al-Fiqh sebagai illah al-Hukum. Apabila hilang punca dikeluarkan sesuatu hukum maka hukum pun dipadamkan. Dengan itu, al-Imam as-Syaf`i sebagai tokoh terawal menulis dalam Usul al-Fiqh memasuk bab al-`Ilal fi al-Ahadith (`ilah-ilah di dalam hadith-hadith) dalam kitabnya al-Risalah.

Banyak lagi contoh-contoh yang lain di dalam hadith kalau nak disebutkan, yang menunjukkan perubahan zaman mengubah fatwa. Inilah juga amalan para sahabah yang menghukum beberapa perkara tidak sama seperti hukuman pada zaman Nabi s.a.w. disebabkan perubahan yang berlaku, umpamanya Saidina Umar tidak memberi zakat kepada golongan al-muallaf qulubhum (yang cuba didekatkan kepada Islam) pada zamannya sekalipun hak mereka disebut di dalam al-Quran dan mereka diberikan zakat oleh Rasulullah s.a.w.. Ini disebabkan perubahan keadaan dan suasana dengan kata Umar : Allah telah memuliakan Islam dan tidak memerlukan mereka!” Sesiapa yang ingin pendetilan dia boleh menyemak tuisan para ulama termasuk tulisan Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh al-Zakah.

Para ulama ketika mengeluarkan pendapat, fatwa dan huraian juga melihat perubahan keadaan dan masa. `Umar bin `Abd al-Aziz ketika mentadbir Madinah hanya menuntut seorang saksi dan sumpah. Namun ketika di Syam beliau menuntut dua orang saksi disebabkan orang Syam tidak seperti orang Madinah. Inilah juga yang menyebabkan Ibn Khaldun dalam al-Muqaddimah ketika mengulas hadith “Para pemimmpin itu dari kalangan Quraish” (Riwayat Ahmad, kata al-Munziri dalam al-Targhib wa al-Tarhih: sanadnya jaiyyid) ialah disebabkan kerana ketika itu Quraish memilik kekuatan kaum dan puak. Maka mana-mana bangsa dan individu yang mempunyai kekuatan seperti itu dia layak sekalipun bukan Quraish. Ini disebabkan beliau menilai punca lahirnya arahan Nabi s.a.w.

Begitu juga dalam hadith riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi dengan al-Tirmizi mensahihkannya, baginda Nabi s.a.w enggan menetapkan harga barang untuk para peniaga pada zaman baginda sekalipun diminta berbuat demikian. Jika kita laksanakan hadith ini pada zaman ini dengan tidak ditetapkan harga siling untuk para pedagang pasti orang ramai akan kesusahan dan para peniaga akan bermaharajalela dengan menaikkan harga gula, beras, daging dan sebagainya mengikut kehendak mereka. Dengan itu para ulama menyatakan Rasulullah s.a.w tidak menetapkan harga disebabkan tidak ada sebarang keperluan untuk berbuat demikian ketika itu. Para fuqaha mengizinkan untuk para pemerintah mentapkan harga jika perlu. Ini dibahaskan oleh mereka termasuk al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya al-Turuq al-Hukmiyyah, bahkan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dalam Majmu’ al-Fatawa menyatakan kadang-kala wajib ditetapkan harga jika keadaan menuntut demikian.

Apa yang saya ingin nyatakan ialah kita perlu menilai perubahan kerana ini tuntutan Islam itu sendiri. Islam agama yang hidup setiap masa dan zaman. Barangkali inilah yang menyebabkan Ust. Fadhil menyebut: “Penubuhan negara Islam tidak boleh dicapai serta merta sebab umat Islam telah begitu jauh meninggalkannya selepas kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah dan kebangkitan penjajahan Eropah. Ini memerlukan masa yang panjang dan tidak dapat dilaksanakan secepat mungkin terutama di negara demokrasi”

Sebenarnya dalam banyak keadaan, melaksanakan Islam pada zaman ini jauh lebih susah daripada zaman lampau. Memegang Islam bagaikan memegang bara yang panas. Umpamnya, riba dengan mudah sahaja diharamkan pada zaman Nabi .s.a.w.. Dengan penegasan baginda s.a.w., para sahabah berhenti berurusan dengan riba dan negara bersih dari riba. Namun pada zaman ini pengharaman riba memerlukan usaha yang jauh lebih besar dan susah. Ianya bukan hanya melibatkan individu, tetapi bank-bank, bukan sahaja bank-bank biasa tetapi juga Bank Negara, bank negara pula berusan dengan bank-bank di peringkat antarabangsa yang mengamalkan riba. Usaha kita perlu jauh lebih besar.

Dalam keadaan sekarang jika kita ingin menguasai syarikat-syarikat besar dan utama yang menentukan kepentingan umat seperti elektrik negara, air negara dan seumpamanya, terpaksa terjerumus ke dalam kancah riba. Jika dibiarkan pula golongan pihak lain akan mengambilnya dan masa depan umat dalam bahaya. Inilah menyebabkan beberapa tokoh ekonomi Islam seperti al-Syeikh Mustafa al-Zarza, mengizinkan penglibatan muslim dalam hal yang sebegini.

Pemikiran dan kefahaman terhadap agama perlu mendalam dan jauh menjangkau agar Islam tidak dipinggirkan dan dianggap tidak mampu. Usaha mengujudkan daulah Islamiyyah yang memayungi umat adalah kewajipan kita. Namun usaha ke arah itu perlu dengan kefahaman yang mantap terhadap ruh syariat.
---------------------
Rujukan Di sini…

Tahniah Azrul Ismail


Menerajui Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM, merupakan satu cabaran baru buat Ustaz Mohd Azrul Ismail. Tanggungjawab bagi memperkasakan muzakarah berkelompok di bawah Jabatan Nuqaba' serta menggarap peranan Unit Hisbah serta Bait Muslim terpundak atas bahu beliau selain Unit Biah Solehah yang merupakan unit di bawah pantauannya. Ia juga meletakkan beliau ditempat ketiga selepas jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam hirerki PMRAM. Pada sesi lalu, jawatan ini disandang oleh Ustaz Md.Khairul Anuar Mohd Arif. Nama beliau, Mohd Azrul bin Ismail. Berasal dari Kampung Gelok, Lenggong, Perak merupakan anak kedua dari tiga adik-beradik. Dilahirkan tanggal 16 Mei 1987. Bapanya bertugas sebagai pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) sementara ibu merupakan suri rumah sepenuh masa.

Mendapat pendidikan peringkat menengah di Maktab Mahmud, Alor Setar, Kedah selama lima tahun bermula tahun 2000 hingga akhir 2005. Sewaktu di Maktab Mahmud beliau cukup aktif dalam persatuan hingga diamanahkan sebagai Pengerusi Badan Dakwah dan Kebajikan, Exco Asrama serta Exco Lembaga Pengawas dan Tatatertib. Memperolehi pangkat Mumtaz sewaktu menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan seterusnya melanjutkan pengajian di Bumi Mesir tahun 2006 dalam Kuliah Usuludin, Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kini berada di tahun tiga kuliah tersebut dalam Jabatan Hadith. Berpengalaman luas dalam aktiviti berpersatuan di Mesir hingga dilantik sebagai Ketua Biro Dakwah Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) sesi 2007/2008. Sewaktu masih menjawat jawatan tersebut, beliau dilantik sebagai anggota Badan Pengurus PMRAM tahun 2008 dengan diamanahkan sebagai Ketua Badan Pengetahuan dan Penyelidikan. Untuk sesi 2009, beliau dilantik sebagai Naib Presiden I merangkap Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM. Misi beliau dalam memimpin Lajnah Dakwah ini iaitu memartabatkan kefahaman mahasiswa dan mahasiswi mengenai kepentingan amal Islami.
------------------------
- Rujukan di
sini
- Alhamdulillah..memang selayaknya Ustaz Azrul berada di posisi tersebut.. Seorang yang berhati lembut.. Mudah mengalirkan air mata dengan kebesaran Allah dan cukup kenal erti persahabatan.. 6 tahun bersamanya di Maktab Mahmud menjadikan saya mempunyai kenangan indah yang cukup berbekas di hati…

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 29 April 2009

Monday, April 27, 2009

Gambar Hari Ini : Sami Buddha Revert to Islam

Perjumpaan yang bermakna...

Sesi perbincangan antara Sami Buddha dan seorang Tuan Guru Pondok di Selatan Thai

Tuan Guru menerangkan erti memeluk Islam


Segala persoalan dijawab dengan penuh HIKMAH


Ikut apa yang saya ucapkan....

"Aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.."

Tunaikan solat berjamaah....

Sujud menyembah Tuhan yang satu, yang esa yang ahad...

Larangan Makan dengan Tangan Kiri


Diriwayatkan dari Jabir bin Abdillah r.a. dari Rasulullah saw. bahwa beliau bersabda, "Janganlah kalian makan dengan tangan kiri, karena syaitan makan dengan tangan kiri," (HR Muslim [2019]).

Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda, "Janganlah sekali-sekali salah seorang dari kamu makan dengan tangan kirinya dan jangan pula minum dengan tangan kiri. Karena syaitanlah yang makan dan minum dengan tangan kiri," (HR Muslim [2020]).

Diriwayatkan dari Salamah bin al-Akhwa' bahwa ada seorang laki-laki makan dengan tangan kirinya di hadapan Rasulullah saw. Rasul berkata kepadanya, "Makanlah dengan tangan kananmu!" Ia menjawab, "Aku tidak bisa!" Nabi terheran sambil berseru, "Tidak bisa?!" Dan tidak ada yang menghalanginya kecuali kesombongan. Perawi berkata, "Kontan saja laki-laki itu kemudian tidak mampu mengangkat tangannya ke mulutnya," (HR Muslim [2021]).

Kandungan Bab:

Haram hukumnya makan dengan tangan kiri. Karena hal itu adalah kebiasaan syaitan. Maka kita harus menyelisihinya dan tidak menirunya.

Ancaman dosa ini berlaku atas orang yang tidak punya udzur, seperti sakit atau terluka. Akan tetapi bila ada udzur maka tidak ada dosa atasnya. Hal ini secara jelas ditegaskan dalam hadits yang terkahir dalam bab terdahulu, wallahua'lam.

Sumber: Diadaptasi dari Syaikh Salim bin 'Ied al-Hilali, Al-Manaahisy Syar'iyyah fii Shahiihis Sunnah an-Nabawiyyah, atau Ensiklopedi Larangan menurut Al-Qur'an dan As-Sunnah, terj. Abu Ihsan al-Atsari (Pustaka Imam Syafi'i, 2006), hlm. 3/99-100

Sunday, April 26, 2009

Isu Status Agama Anak bawah 18 tahun


DRAF CADANGAN PENYELESAIAN ISU MOHD RIDZUAN ABDULLAH DAN KELUARGA


1. PENDAHULUAN


Isu pengislaman Saudara Mohd Ridzuan Abdullah atau K Patmanathan, 40, bekas penganut Hindu, telah menimbulkan satu polemik yang perlu dinilai dari sudut Syarak terhadap beberapa isu. Isu yang akan dibincangkan di sini adalah


a- Status agama tiga orang anak beliau [ iaitu Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun). ]

b- Hak penjagaan anak.

c- Status perkahwinan selepas pengislaman.

2. STATUS AGAMA ANAK-ANAK SELEPAS SALAH SEORANG PASANGAN SUAMI ISTERI MEMELUK AGAMA ISLAM

2.1 - Pandangan Islam Terhadap Status Anak Apabila Hanya Salah Seorang Ibu Bapa Memeluk Islam.

Dalam menjelaskan status anak-anak selepas salah seorang ibu bapa memeluk Islam sedangkan pihak yang kedua tetap berada dalam agama asal, para fuqaha Islam telah berselisih pandangan kepada beberapa pandangan:

Pandangan Pertama:

Anak-anak adalah mengikut agama Islam sama ada yang memeluk Islam adalah bapa ataupun ibu.

Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh kebanyakan para fuqaha Islam daripada mazhab al-Hanafiyyah, al-Syafi`iyyah dan al-Hanabilah[1].

Maka berdasarkan kes yang berlaku, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) adalah diiktibar sebagai beragama Islam kerana mengikut agama yang dianuti oleh bapanya.

Hujah pandangan pertama ini adalah hadith Rasulullah yang berbunyi:

قَالَ : (( الإسْلاَمُ يَعْلُوْ وَلاَ يُعْلَى )) . رواه البيهقي والدارقطني والروياني

Daripada A'idz bin Amr Almuzani, daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Islam tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya."

Pandangan Kedua:

Anak-anak adalah mengikut agama Islam apabila yang memeluk Islam adalah bapa. Sekiranya yang memeluk Islam adalah ibu, anak-anak tidak dianggap beragama Islam. Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh al-Imam Malik.

Hujah yang dipegang oleh al-Imam Malik adalah seseorang anak adalah dinasabkan kepada si ayah dan bukannya dinasabkan kepada si ibu. Maka kerana itulah keislaman si ayah sahaja yang akan menyebabkan si anak turut beragama Islam sebagai mengikut agama si ayah[2].

Maka berdasarkan kes di atas, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) adalah tetap diiktibar sebagai beragama Islam kerana mengikut agama yang dianuti oleh bapanya.

2.2 - Cadangan Terhadap Penyelesaian Isu Ini

Berdasarkan kajian ringkas di atas, dapatlah disimpulkan bahawa anak-anak kepada saudara Mohd Ridzuan Abdullah adalah beragama Islam kerana mengikut agama Islam yang telah dianuti oleh beliau.

Namun disebabkan pihak isteri beliau masih beragama Hindu yang berkeras untuk menjaga anak-anaknya dan membesarkannya dalam agama Hindu, semestinya kenyataan kita untuk mengekalkan status ketiga-tiga anak mereka berdua sebagai beragama Islam akan menimbulkan satu ketegangan antara masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam secara umumnya.

Atas dasar ingin mencari jalan yang paling baik dengan meraikan pandangan-pandangan para ulama, kami mencadangkan perkara-perkara di bawah:

a) Menerangkan kepada masyarakat di Malaysia bahawa maksud anak-anak tersebut berstatuskan agama Islam adalah mereka bertiga dianggap sebagai seorang Islam sepanjang tempoh mereka belum lagi mencapai umur baligh. Status keislaman mereka sebelum tempoh baligh akan berkait rapat dengan pembahagian harta pusaka khususnya[3].

b) Apabila anak-anak tersebut telah mencapai umur baligh, mereka akan diberikan hak untuk memilih sama ada ingin memeluk agama Islam ataupun memeluk agama Hindu. Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh al-Imam al-Thauriyy ( الثوري ) .[4]

c) Kami tidak mendapati sebarang masalah sekiranya nama ketiga-tiga anak saudara Mohd Ridzuan Abdullah dikekalkan dengan nama asal melainkan sekiranya makna nama mereka mengandungi unsur-unsur syirik dan makna-makna yang buruk.

3. HAK PENJAGAAN ANAK

3.1 - Pendapat Ulamak

Para ulama di dalam keempat-empat mazhab membincangkan tentang perkara ini . Para ulama bermazhab Syafie dan Hanbali rahimahumullah meletakkan bahawa hak penjagaan mestilah kepada seorang Islam. Orang bukan Islam tidak layak untuk mendapat hak penjagaan anak tersebut.

Manakala para ulama bermazhab Hanafi dan sebahagian ulama Maliki rahimahumullah tidak meletakkan Islam sebagai syarat untuk penjagaan. Ini bermakna jika penjaga tersebut (ibu atau bapa) salah seorang daripada mereka masih di dalam agama asal (non muslim) maka mereka masih boleh mempunyai hak untuk menjaga.

Ini berdasarkan kepada hadis Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud , al-Nasa'ie , Ibn Majah , Ahmad bin Hambal , al-Baihaqi , al-Hakim Naisaburi, Ibn Abi Syaibah rahimahumullah dan para ulama hadis yang lain . Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam membenarkan untuk budak tersebut memilih dengan siapakah dia ingin tinggal, sama ada dengan ayahnya yang Muslim atau Ibunya yang Non-Muslimah. Ini kerana hak penjagaan adalah atas rasa belas kasihan dan ianya tidak menjadi masalah walaupun berbeza agama. Nas hadis tersebut adalah seperti berikut:


حدثنا عبد اللَّهِ حدثني أبي ثنا هُشَيْمٌ ثنا عُثْمَانُ أبو عَمْرٍو البتي عن عبد الْحَمِيدِ بن سَلَمَةَ أَنَّ جَدَّهُ أَسْلَمَ في عَهْدِ رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ولم تُسْلِمْ جَدَّتُهُ وَلَهُ منها بن فَاخْتَصَمَا إلى رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فقال لَهُمَا رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ان شِئْتُمَا خَيَّرْتُمَا الْغُلاَمَ قال وَأَجْلَسَ الأَبَ في نَاحِيَةٍ وَالأُمَّ نَاحِيَةً فَخَيَّرَهُ فَانْطَلَقَ نحو أُمِّهِ فقال رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم اللهم اهْدِهِ قال فَرَجَعَ إلى أبيه[5]

Maksud: Diriwayatkan daripada Saidina Abdul Humaid bin Salamah radhiyallahu anhuma bahawa datuknya telah memeluk Islam pada zaman Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam, tetapi neneknya enggan. Hasil perkahwinan mereka, dikurniakan seorang anak. Mereka berdua datang mengadu kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam (berkenaan hak penjagaan terhadap budak tersebut).

Sabda Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam kepada mereka berdua : Jika kamu berdua mahu, budak tersebut akan diberikan pilihan untuk memilih kamu berdua. Kata Abdul Humaid bin Salamah : Si ayah diletakkan di suatu sudut, dan si ibu juga diletakkan di suatu sudut, maka budak tadi diberi pilihan . Didapati budak tersebut bergerak ke arah ibunya.Maka Baginda sallallahu alaihi wasallam berdoa: Ya Allah berikanlah hidayah kepadanya. Kata Abdul Humaid bin Salamah :Maka budak tersebut kembali kepada ayahnya (mengikut ayahnya).

Tetapi para ulama di dalam mazhab Hanafiyah dan Malikiyah berbeza pendapat pula berapa lamakah tempoh budak tersebut perlu berada di bawah penjaganya yang bukan Islam:

1) Ulama Hanafiyah berpendapat : Kanak-kanak tersebut boleh berada di bawah jagaan penjaga yang bukan Islam sehinggalah dia mampu berfikir tentang keagamaan(iaitu setelah mencapai umur 7 tahun). Hak penjagaan juga akan tamat jika budak tersebut tidak terjamin keselamatan agamanya jika berada bersama penjaga tersebut(seperti dibawa ke tempat ibadah mereka, budak tersebut mempelajari perkara berkaitan agama penjaga tersebut, diberi minum arak atau memakan makanan yang haram)

2) Ulama Malikiyah berpendapat: Kanak-kanak tersebut boleh berada di bawah jagaan penjaga yang bukan Islam tersebut sehinggalah tamat waktu hak penjagaan[6]. Tetapi penjaga tersebut perlu menjaga hak-hak penjagaan terhadap budak tersebut seperti tidak memberi makanan yang haram dan memberi minum arak kepadanya. Tetapi jika dikhuatiri akan berlaku perkara tersebut maka hak penjagaan tersebut perlulah diberikan kepada golongan Muslimin demi menjaga budak tersebut daripada kesesatan[7].

3.2 - Cadangan Terhadap Kes Yang Berlaku

1) Berdasarkan pendapat para ulama yang kita telah bincangkan, anak kepada Mohd Ridzuan bin Abdullah @ K Patmanathan, 40 tahun iaitu Tevi Darsiny (12 tahun) dan Karen Danish ( 11 tahun ) tidaklah dibenarkan untuk berada dibawah penjagaan si isteri yang enggan memeluk Islam. Ini kerana, keadaan kedua-dua anak mereka jika berada di bawah jagaan ibu sahaja dibimbangi persekitaran yang tidak baik akan mempengaruhi mereka.

2) Manakala anak yang ketiga iaitu Prasana Diksa (1 tahun), dibenarkan untuk berada di bawah jagaan si ibu (dengan syarat diadakan giliran antara ibu dan bapa) berdasarkan pendapat yang disebutkan oleh Mazhab Hanafiyah dan Malikiyah. Ini kerana Prasana Diksa masih kecil dan belum mencapai umur yang memungkinkan untuknya berfikir tentang keagamaan. Ini juga menunjukkan bahawa Islam bukanlah agama yang bersikap kuku besi yang menghalang secara semberono hak individu.

4. STATUS PERKAHWINAN SELEPAS PENGISLAMAN SALAH SEORANG SUAMI ISTERI

4.1 - Pendapat Para Ulama


Syariah Islam menetapkan, apabila seorang suami memeluk Islam, maka si isteri juga perlu diminta untuk memeluk Islam. Jika si isteri memeluk Islam di dalam tempoh ‘iddahnya, maka perkahwinan tersebut boleh diteruskan seperti biasa(tanpa perlu diperbaharui akad nikahnya).

Islam bukanlah satu agama yang memecah belahkan institusi kekeluargaan, bahkan Islam itu sendiri mengajar ummatnya untuk membina sebuah keluarga yang bahagia. Perbezaan agama antara suami dan isteri bukanlah penghalang kepada ikatan pernikahan mereka, tetapi keengganan si isteri untuk berbuat demikian menyebabkan berlakunya perpisahan [8].

Keempat-empat mazhab Islam iaitu Hanafi, Maliki, Syafie, dan Hambali menetapkan perkahwinan mereka berdua akan terfasakh[9]. Para ulamak hanya berselisih pendapat dari sudut bilakah waktu fasakh itu berlaku, samaada daripada saat pengIslaman suami atau saat isteri enggan memeluk Islam. Perpisahan tersebut akan berlaku melalui kuasa qadhi[10].

Fasakh atau perpisahan tersebut bukan bermakna si suami meninggalkan tanggungjawabnya ke atas isteri dan anak-anaknya dari sudut nafkah dan perbelanjaan. Islam sangat menjaga hak setiap manusia samaada Muslim atau Non Muslim. Perpisahan yang berlaku di antara pasangan suami isteri disebabkan perbezaan agama tidak menggugurkan kewajipan suami kepada isterinya dan anak-anaknya.

4.2 - Hak Pemberian Nafkah[11]

a - Nafkah kepada anak

Si ayah wajib memberikan nafkah dan keperluan kepada anak-anaknya selagi mana mereka masih kecil sehingga mampu berdikari sendiri jika anak tersebut adalah anak lelaki. Manakala bagi anak perempuan, bapa perlu memberi nafkah kepadanya sehingga anak tersebut berkahwin sahaja.

b - Nafkah kepada isteri

Suami wajib memberi nafkah kepada isteri tersebut selama mana di dalam tempoh ‘iddah sahaja.

Ini jelas menunjukkan hujah yang mengatakan bertukar agama adalah satu cara untuk lari daripada tanggungjawab adalah hujah yang amat dangkal. Ini kerana Islam sama sekali tidak memberikan ruang kepada penganutnya untuk lari atau cuai menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Disediakan oleh :
Fellow MANHAL PMRAM 2009
Hasil kajian:
1. Al Fadhil Ustaz Syed Abdul Qadir Al-Jofree
2. Al Fadhil Ustaz Abd Rahman Mohd Tharin
3. Al Fadhil Ustaz Mohd Nazrul Abd Nasir
4. Al Fadhil Ustaz Hairul Nizam Mat Husain
-------------
[1] Sila lihat al-Mawsu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah 4/270.
[2] Sila lihat al-Mawsu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah 4/270.
[3] Sebagaimana yang dimaklumi, apabila anak-anak tersebut berstatuskan Islam, mereka berhak mewarisi harta saudara Mohd Ridzuan Abdullah kerana persamaan agama antara pihak ayah dan anak-anak. Walau bagaimanapun sekiranya anak-anak tersebut meninggal dunia sebelum mereka mencapai umur baligh, maka berdasarkan pandangan Islam jenazah mereka akan diuruskan sebagai seorang Muslim. Ini dijangka akan menimbulkan satu lagi masalah perebutan jenazah antara si isteri yang beragama Hindu dan si ayah yang beragama Islam.
[4] Sila lihat al-Mawsu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah 4/271. Para pembaca perlu menyedari bahawa pandangan yang kami pilih ini bukanlah pandangan majoriti ulama Islam.
Adapun pandangan majoriti ulama Islam, anak-anak tersebut secara automatik akan menjadi seorang muslim sebaik sahaja si ayah memeluk agama Islam. Sekiranya anak-anak tersebut setelah baligh memilih untuk tidak beragama Islam, berdasarkan pandangan majoriti ulama, mereka akan menjadi murtad.
Pandangan al-Thauri yang kami pilih ini adalah semata-mata memikirkan situasi masyarakat non Muslim di Malaysia yang mungkin tidak akan dapat menerima keputusan bahawa kesemua anak-anak terbabit hendaklah beragama Islam. Sekurang-kurangnya dengan berpegang pandangan al-Thauri, masyarakat non Muslim dapat menerima keputusan kerana hak untuk memilih agama diserahkan kepada anak-anak tersebut selepas mereka baligh.
[5] Musnad al-Imam Ahmad bin Hambal, hadis 23807 jilid 5 mukasurat 446 Darul Nasyr, Muassasah Qurtubah
[6] Bagi budak perempuan, hak penjagaan terhadapnya ialah sehingga dia berkahwin, manakala bagi budak lelaki pula hak penjagaan terhadapnya ialah sehingga dia baligh.
[7] Fiqh al-Islami wa Adillatuhu jilid 7 mukasurat 727-728 cetakan Darul Fikr Cetakan Kedua 1985
[8] Bada'ie Sana'ie, Imam al-Kasani, m.s 1558 jilid 3.
[9] Mughniyul Muhtaj, Khotib as-Syarbini, m.s 244 jilid 3.
[10] Fiqhul Islami Wa Adilatuh, Dr. Wahbah Az-Zuhaili, m.s 7163 jilid 9.
[11] Al-Mughni, Imam Ibn Qudamah, m.s 402 - 409, jilid 7.

100 NGO Bantah


KUALA LUMPUR 24 April - Lebih 100 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini membantah keputusan Kabinet yang menetapkan kanak-kanak bawah umur kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama.

Menurut mereka, keputusan yang bersifat reaktif terhadap tekanan daripada masyarakat bukan Islam tidak wajar dilaksanakan kerana ia dibuat tanpa melibatkan perbincangan menyeluruh dengan para mufti, pakar perundangan dan NGO Islam.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd. Ralip berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan keputusan Kabinet itu kerana ia telah menafikan hak ibu atau bapa yang telah memeluk Islam untuk mendidik anak-anak mengikut agama baru yang dianutinya.

Beliau berkata, ibu atau bapa harus dibenarkan untuk mengislamkan anak-anak mereka selaras dengan kaedah fikah yang menetapkan apabila seseorang itu telah memeluk Islam maka dia hendaklah mempertahankan agama dan keturunannya.

''Keputusan Jemaah Menteri bertentangan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2007 yang memberikan hak kepada Muhammad Shafi Saravanan Abdullah untuk mengislamkan kedua-dua anaknya tanpa pengetahuan atau mendapat persetujuan isterinya, R. Subashini yang masih beragama Hindu.

''Walaupun tiada peruntukan khusus dalam enakmen keluarga Islam berhubung perkara itu, kita tetap perlu mengikut keputusan mahkamah tertinggi iaitu Mahkamah Persekutuan," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar bersama-sama wakil daripada lebih 100 NGO Islam di Sekretariat PGSM di sini hari ini.

Mohamad Isa mengulas keputusan Kabinet itu yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semalam.

Keputusan itu adalah berdasarkan syor yang dibuat oleh jawatankuasa khas Kabinet bagi menyelesaikan kes K. Pathmanaban, 40, atau nama Islamnya, Mohd. Ridzuan Abdullah yang bertindak menukar agama anaknya, Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, setahun, serta memohon hak penjagaan terhadap tiga anaknya itu di Mahkamah Syariah Ipoh.

Langkah itu telah dibantah oleh ibu kanak-kanak terbabit, M. Indra Ghandhi, 35, yang masih beragama Hindu kerana mendakwa Mohd. Ridzuan berbuat demikian tanpa pengetahuannya.

Setiausaha Agung Peguam Pembela Islam (PPI), Zainul Rijal Abu Bakar pula berkata, Kabinet seharusnya mengambil kira pandangan kebanyakan ulama yang secara jelas menyatakan bahawa apabila salah seorang daripada ibu atau bapa memeluk Islam, maka anak-anaknya mesti menganut agama itu.

Menurut beliau, sebarang keputusan untuk mengekalkan anak-anak dengan agama asal ibu bapa juga harus mengambil kira Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut salah seorang ibu atau bapa boleh menentukan agama anak-anak.

''Peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah disahkan menerusi keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes R. Subashini yang memutuskan adalah memadai salah seorang ibu atau bapa membuat keputusan untuk anaknya yang di bawah umur memeluk Islam," ujarnya.
------------------------
Ulasan Saya
Yang saya herannya, jawatankuasa cabinet ini dipengerusikan oleh al-Fadhil Ustaz Dr Koh Tsu Koon dan dihadiri juga oleh Ustaz Dr Subramaniam.. Oh lupa pulak.. Kan negara kitani konsepnya One Malaysia..

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 26 April 2009

Amanah Saham Kita di Malaysia

Sedikit sejarah mengenai ASM..ianya dilancarkan pada 20 April 2000..berikut adalah perfomance ASM pada tahun 2006 hingga 2008..

2006=6.75 Net Distribution per unit (sen)
2007=6.80 Net Distribution per unit (sen)
2008=7.80 Net Distribution per unit (sen)


Source: Extracted from annual reports of Amanah Saham Malaysia which were audited by an independent certified ..http://asnb.com.my/english/asm

Disebabkan oleh prestasi yg memberangsangkan tidaklah begitu menghairankan kenapa kaum cina begitu berminat dan sememangnya menunggu utk merebut saham tersebut..

Namun begitu mengikut laporan Utusan Malaysia..daripada 1.665 bilion unit baru yang ditawarkan kepada bumiputera, hanya 7.65 juta sahaja berjaya dijual ....

persoalan disini mengapa senario sebegini terjadi kepada kaum Bumiputera/Melayu ?..adakah promosi yang dijalankan oleh PNB tidak berkesan menarik perhatian Bumiputera utk melanggan ASM..namun begitu semasa pelancaran terbaru di Johor baru-baru ini boleh dikatakan peratusan pengunjung yg hadir majoritinya Bumiputera/Melayu...adakah Bumiputera/Melayu ini hanya berminat utk menghadiri majlis pelancaranya sahaja kerana terdapat berbagai-bagai aktiviti yg dijalankan oleh pihak penganjur dari berminat utk melanggan saham-saham yang ditawarkan kepada mereka...?

Apa yg bermain difikiran saya..apakah punca-puncanya kaum Bumiputera/Melayu tidak mempunyai "nafsu" utk merebut saham ASM..disini ingin saya lontarkan pendapat peribadi yg berlegar difikiran sebaik sahaja habis membaca akhbar Utusan Malaysia...


1) Inilah pendedahan sebenar salah satu faktor kegagalan DEB utk menjulang kaum Bumiputera/Melayu...mereka ini tidak mempunyai dana utk simpanan hari masa depan disebabkan faktor ekonomi yang menekan mereka utk berdiri sama tinggi dengan kaum cina khususnya..

2) Peranan Media cetak/elektronik utk memberi pendedahan berterusan mengenai pelaburan didlm saham-saham amanah amatlah mendukacitakan..ramai golongan kelas pertengahan dan bawahan kaum Bumiputera/Melayu boleh dikatakan hampir tidak mengetahui langsung apa itu saham-saham amanah...media dinegara ini majoritinya hanya menfokuskan hiburan semata-semata..

3)Pendedahan awal yang berterusan di peringkat sekolah menengah hinggalah ke universiti mengenai saham-saham amanah boleh dikatakan tiada langsung...oleh itu utk memupuk minat terhadap saham-saham amanah dikalangan Bumiputera/Melayu sememangnya "tiada".


Cukuplah setakat 3 sebab kenapa Bumiputera/Melayu tiada langsung "nafsu" memiliki saham-saham amanah yang ada di Malaysia..


Di dalam pemikiran kedua saya adakah ini satu propoganda untuk menarik sokongan rakyat Malaysia terhadap UMNO/BN yg kini diterajui oleh kepimpinan "Satu Malayasia.. khususnya kaum bukan Bumiputera?...ini dapat dilihat dengan pelancaran unit baru ASM dan unit baru ASW 2020 yang akan dilancarkan pada 27 April ini.Unit baru ASW 2020 akan diagihkan secara percuma dengan peruntukan sebanyak 100juta..namun begitu terdapat beberapa pendapat yg meragui perlaksanaan pengagihan unit ASW 2020 secara percuma itu..ini dapat dilihat dari laporan Utusan Malaysia;-

Timbalan Presiden Unit Amanah PNB, Idris Kechot memberitahu Utusan Malaysia, PNB akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk menetapkan model pengagihan ASW 2020 yang diberikan percuma itu.

‘‘Saya tidak boleh mengulas bagaimana pengagihan akan dibuat, kena tunggu rundingan bersama EPU,’’ kata beliau.

Jelasnya, mengambil kira pelaburan maksimum sebanyak 20,000 unit bagi setiap pemegang akaun, setiap golongan miskin itu akan menerima unit amanah bernilai RM5,000 seorang.

Adakah peluang yg ditawarkan ini hanya dinikmati sesetengah golongan sahaja seperti mana telah berlaku kepada Pinjaman Tekun yg mana perlu ditandatangani oleh seseorang yg bergelar Ketua Bahagian parti politik tertentu..?

Ditengah-tengah rakyat cuba melepaskan diri dari belenggu krisis ekonomi global dan dibebani dengan skim pemberhentian pekerja yg mana majoritinya diterima oleh kaum Bumiputera/Melayu sanggupkah mereka mengeluarkan sedikit wang utk jaminan pelaburan di masa hadapan ?..atau menggunakan dahulu wang tersebut utk mengimbangi ekonomi mereka yang semakin menekan dan terus tertekan..?

Ada pendapat yang mengatakan kaum bukan Bumiputera khususnya kaum cina belajar dari krisis matawang Asia yang berlaku pada tahun 1997-1998 dimana menyaksikan mereka mengumpulkan wang/dana utk menghadapi krisis ekonomi yang berkemungkinan akan melanda negara setiap 10 tahun..?...Dengan senario yang berlaku kini telah membenarkan pendapat tersebut dimana unit saham ASM yg diperuntukan oleh kaum cina telah habis dilanggan kini...

Akhir sekali utk menutupkan pemikiran saya ini.......ingin saya melihat satu perubahan yg dapat dilakukan utk menarik minat kaum Bumiputera khususnya utk melanggan unit saham-saham amanah....dan bukan hanya menarik minat utk menghadiri majlis-majlis pelancaranya sahaja...

Pendedahan berterusan untuk memupuk minat yang mendalam dari peringkat awal sekolah menengah sehingga universiti dan juga golongan rakyat kelas menegah dan rendah khususnya Bumiputera/Melayu tentang Unit Saham-Saham Amanah..

http://apadianie.blogspot.com/

Lantang menentang Israel


KATALAH apa saja tentang keburukan Israel, ia pasti akan berakhir dengan kecaman dan bantahan bahawa ia mempunyai unsur antisemitik. Tidak kiralah dilakukan oleh orang Islam atau eropah, semua mereka tidak akan terlepas daripada menerima kecaman sebagai anti Yahudi.

Peliknya, kecaman ini kemudiannya akan diikuti dengan sokongan dan kata-kata yang mendewa-dewakan Israel serta perasaan simpati terhadap kesengsaraan yang dilalui ketika peristiwa Holocaust. Peristiwa ini telah mengorbankan enam juta Yahudi di bawah pemerintahan pemimpin Nazi Jerman, Adolf Hitler.

Bagi umat Islam, sejak Israel wujud dalam peta dunia pada 1948, ia telah menjadi "barah" kerana ada sahaja kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin sehingga akhirnya mereka ini terpaksa merempat di tanah air sendiri.

Sesungguhnya perjuangan rakyat Palestin ini telah mendapat sokongan dan pembelaan dari mereka yang seagama dari seluruh dunia. Sama ada sokongan material dan moral, itu soal lain namun yang pasti umat Islam di seluruh dunia akan tersentuh dan menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Namun sehingga kini hanya segelintir pemimpin dunia yang bersuara tentang kerosakan yang dilakukan Israel dalam nada yang berani dan berterus-terang. Salah seorang daripada mereka adalah Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad.

Kelantangan beliau mengkritik Israel bukanlah sesuatu yang baru. Ahmadinejad pernah melakukan perkara yang sama tidak lama selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden Iran, pada 2005. Beliau dengan lantang mendesak Israel 'dihapuskan dari peta dunia' dan menyifatkan negara kejam itu sebagai satu 'dongeng'.

Selain itu kedegilan Iran untuk terus melaksanakan program pembangunan nuklear yang mendapat bantahan keras dari Amerika Syarikat (AS) dan Israel turut memanaskan lagi keadaan. Malah Israel dan AS telah beberapa kali mengancam untuk mengambil tindakan tegas termasuklah melancarkan serangan sekiranya Iran masih terus berdegil.

Terbaru pada Isnin lepas, Ahmadinejad sekali lagi bertindak berani mengkritik Israel dalam Persidangan antiperkauman Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva. Kali ini beliau dengan lantang menuduh Barat menggunakan Holocaust sebagai 'alasan' untuk melakukan kekerasan ke atas rakyat Palestin.

Kecamannya itu telah membuatkan semua pemimpin negara Kesatuan Eropah (EU) bertindak keluar dari dewan dan sekali lagi drama pembelaan terhadap Israel bermula.

Beliau menyampaikan ucapan selama lebih setengah jam dengan melemparkan kritikan terhadap AS dan Eropah yang didakwa membantu penubuhan negara Israel selepas Perang Dunia Kedua dengan mengorbankan rakyat Palestin.

"Mereka menggunakan kekerasan tentera untuk menjadikan seluruh rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal atas alasan penderitaan yang dialami oleh Yahudi semasa Holocaust," kata Ahmadinejad.

Ahmadinejad turut menuduh Israel sebagai 'rejim paling kejam dan kuat menindas' selain menyalahkan pencerobohan AS ke atas Iraq sebagai salah satu konspirasi Zionis.

Kritikan beliau itu menyebabkan kira-kira 40 diplomat dari Britain, Perancis dan beberapa negara EU keluar dari dewan persidangan, malah mengancam untuk meninggalkan persidangan jika ia terus diselubungi dengan ucapan antisemitik dan retorik mengutuk Israel.

Namun apa yang pasti, tindakan oleh Ahmadinejad ini telah dijangka dan bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Malah sejak awal lagi AS dan tujuh negara Barat iaitu Kanada, Israel, Australia, Jerman, Itali, Belanda dan New Zealand telah memboikot persidangan ini kerana membantah kandungan dokumen akhir yang boleh menjadikan Israel sebagai sasaran kritikan.

Presiden AS, Barack Obama mempertahankan pendirian Washington itu dengan berkata, sungguhpun ada perkembangan dalam rundingan sejak beberapa minggu lalu, ulasan anti Israel dalam kenyataan draf akhir 'selalunya hipokrit dan tidak produktif'.

Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) menunjukkan penyatuan terhadap hak asasi manusia antarabangsa apabila Britain, Perancis dan Ireland menghadiri sidang tersebut.

Kritikan pedas oleh Ahmedinejad ini walaupun ditujukan tepat kepada Israel dan sekutu-sekutunya, namun dianggap oleh pengkritik sebagai mempunyai agenda tertentu. Mungkin ada kebenarannya. Dengan tarikh pilihan raya Presiden yang bakal menyusul pada Jun ini, sememangnya tindakan sebegini bakal memberikan kelebihan serta meningkatkan populariti beliau di mata rakyat.

Apatah lagi beliau kini diserang oleh musuh politiknya dengan tuduhan terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan kronisme membabitkan rakan dan sekutu rapatnya. Sebagai ahli politik, tindakan beliau mengeluarkan kritikan pedas terhadap Israel ini dilihat sangat tepat pada masanya bagi mengendurkan tekanan sebelum pilihan raya.

Namun pada dasarnya kedudukan beliau dilihat sangat cerah untuk menduduki semula kerusi Presiden di sebalik pelbagai kritikan dan agenda politik pembangkang di negaranya.

Politik

Sejarah Iran atau empayar Parsi sebelum ditukar namanya pada tahun 1935 oleh Raja Shah Reza sememangnya tidak boleh dipertikai oleh sesiapa. Namun seperti negara-negara Islam lain Iran turut berhadapan dengan zaman gelap akibat penjajahan. Namun sejarah Iran kembali mewarnai dunia politik antarabangsa dengan kebangkitan revolusi Islam yang diketuai Ayatollah Khomeini.

Sejak itu, Iran tidak lagi menoleh ke belakang sebagai sebuah negara bebas merdeka namun mempunyai taringnya tersendiri terutama dalam perkara-perkara berkaitan Islam. Kecaman yang diluahkan oleh Ahmadinejad mungkin dilihat oleh dunia Arab sebagai cubaan untuk menjadi ketua dunia Islam berbanding mereka. Namun jika dilihat dengan mendalam apakah negara Islam mempunyai pilihan lain kerana kebanyakan negara-negara Arab sendiri sering bertelingkah sesama mereka serta menjadi boneka kepada AS dan Israel.

Oleh itu sikap skeptikal dan keberanian yang ditunjukkan oleh Ahmadinejad terhadap dunia Barat merupakan sesuatu yang sangat diperlukan ketika ini sekurang-kurangnya bagi menunjukkan bahawa masih ada negara Islam yang bertindak menentang arus.

Di sebalik kekalutan dan sikap hipokrit dunia Arab masih terdapat pemimpin Islam walaupun bukan dari dunia Arab yang berani menyuarakan pandangan secara konsisten tentang kekejaman yang dilakukan oleh Israel.

Sama ada suka atau tidak inilah hakikatnya bahawa Iran kini mendahului dalam perjuangan menentang hipokrasi dan penguasaan Barat. Hakikatnya negara-negara Islam sendiri tidak bersatu sesama sendiri dan sering diperkotak-katikkan oleh Barat. Hasilnya, Iran kini lebih kehadapan dan dihormati kerana pendirian dan keberaniannya.
-------------------
Rujukan di sini..

Saturday, April 25, 2009

Deklarasi antiperkauman yang janggal


ADA kejanggalan jika dilihat kepada resolusi mengenai rasisme, xenophobia dan tiada toleransi yang dicapai pada persidangan antiperkauman di Geneva, semalam.

Deklarasi tersebut dicapai pada hari terakhir persidangan empat hari anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Switzerland itu.

Janggal bukan kerana tindak-tanduk Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad yang secara terbuka mengecam kezaliman Israel ke atas penduduk Palestin.

Sebaliknya, janggal kerana kuasa-kuasa besar terutamanya Eropah dan Amerika Syarikat (AS) - yang mengaku sebagai negara yang tegak atas nilai demokrasi dan kesamarataan kaum - memilih untuk memulau persidangan itu.

AS dan beberapa negara tonggak utama PBB bertindak memilih untuk berkecuali - sekali gus tidak mengiktiraf resolusi itu - sebagai tanda protes.

Negara-negara itu akur bahawa resolusi yang dicapai adalah lanjutan daripada persidangan serupa yang berlangsung di Durban, Afrika Selatan pada 2001.

Persidangan awal itu dirumus oleh negara-negara berkenaan sebagai forum anti-Semitisme dan retorik mengutuk Israel.

Kelibat Ahamdinejad sendiri menjadi faktor mengapa negara-negara blok Barat itu menolak persidangan tersebut.

AS terutamanya sangat yakin Ahmadinejad akan menggunakan persidangan itu untuk mengaitkan kekejaman Israel dalam serangan 22 hari awal tahun ini dengan isu rasisme dan tiadanya toleransi.

Kerana itu juga, dunia pastinya bersetuju apabila Peguam Negara Kenya, Amos Wako yang memimpin persidangan menyifatkan deklarasi itu sebagai satu "kesepakatan dunia yang bersejarah".

Bersejarah kerana deklarasi mengenai rasisme, xenophobia (membenci orang asing) dan tiada toleransi itu sebenarnya ditujukan kepada kuasa besar Eropah, AS dan semestinya Israel.

Hakikat yang sama turut dikongsi oleh Pengarah Pusat Dasar Teknologi & Kajian Antarabangsa (CENTEPIS), Universiti Teknologi Malaysia, Azmi Hassan.

"Deklarasi itu secara tersirat menyindir tindakan negara yang memulau dan ia tidak ada kena mengena dengan tingkah laku Ahmadinejad," katanya.

Dunia pastinya memahami mengapa Ahmadinejad dengan amarah yang mendalam, menyifatkan rejim Zionis itu sebagai lambang bangsa rasisme.

Di Palestin ketika ini, rakyatnya terutamanya penduduk di Genting Gaza hidup dalam keadaan terpenjara di negara sendiri.

Sekatan darat, udara dan laut oleh Israel termasuk pembinaan tembok yang memagari wilayah itu menafikan hak penduduk Gaza untuk meneruskan hidup.

Inilah sebenarnya yang cuba diperlihatkan oleh Ahmadinejad kepada masyarakat dunia. Beliau mahu dunia sedar, rasisme dan perkauman sedang berlaku di depan mata.

Kerana itu secara dasarnya, deklarasi itu sangat bertepatan untuk diguna pakai dalam penyelesaian konflik di Asia Barat.

Ketiga-tiga elemen rasisme, xenophobia dan tiada toleransi itu menjadi faktor utama kepada konflik yang berlanjutan lebih enam dekad tersebut.

"Tetapi jika persidangan itu boleh diboikot oleh negara yang mempunyai pengaruh untuk menyelesaikan konflik tersebut, maka amat mustahil deklarasi yang dicapai boleh memberi perubahan yang nyata terhadap konflik berkenaan," katanya.

Justeru timbul persoalan di sini kepada siapa sebenarnya deklarasi itu akan diguna pakai?

Adakah kepada negara-negara dunia ketiga yang diancam kemelut peperangan dan politik yang tidak berkesudahan?

Yang pasti, sukar untuk melihat akan tercapainya hasrat mengenai penyatuan antara kaum, toleransi dan xenophobia.

Atau kepada kuasa besar dunia yang menggunakan pengaruh mereka untuk menekan negara-negara miskin demi kepentingan bangsa sendiri?

Lebih jauh, adakah deklarasi itu sebenarnya memberi makna kepada masyarakat dunia sejagat?

Menjawab kepada persoalan itu, Azmi berkata, secara tersurat deklarasi tersebut ditujukan kepada negara dunia ketiga yang sering dilabel sebagai tidak demokrasi dan tidak menghormati hak asasi manusia.

Tetapi jika dinilai secara terperinci dengan mengambil kira apa yang berlaku semasa persidangan itu, maka maksud tersiratnya ialah deklarasi tersebut bertepatan kepada negara yang menganggap mereka lebih bertamadun.

Namun, biar apa pun yang boleh disimpulkan daripada deklarasi itu, sesuatu yang pasti, kelibat Ahmadinejad kekal menjadi bayangan menakutkan negara blok Barat.

Ahmadinejad yang sinonim dengan gelaran "Singa Asia Barat" sememangnya menantikan pentas antarabangsa seperti itu untuk mengecam tindakan pencabulan hak asasi manusia oleh kuasa-kuasa Barat.

Ahmadinejad juga mengulangi kecaman itu sewaktu wawancara dengan beberapa stesen televisyen berbahasa Perancis di Switzerland, sehari selepas ucapan kontroversi itu.

Antara lain, Ahmadinejad menegaskan negara yang tidak menghadiri persidangan itu perlu menjawab kepada bangsa mereka apakah mereka menentang rasisme atau sebaliknya.

Ketika disogok dengan pertanyaan mengenai peristiwa Holocaust, Ahmadinejad dengan berani memulangkan soalan dengan bertanya di manakah sebenarnya peristiwa itu terjadi?

"Seandainya peristiwa itu benar-benar merupakan sejarah, mengapa pula penduduk Palestin yang menjadi mangsa?" tegas Ahmadinejad.

Hakikatnya, Ahmadinejad dalam menentang penghapusan bangsa ke atas penduduk Palestin tidak berseorangan.

Sebaliknya, beliau turut memanjangkan suara daripada beberapa negara dunia Arab lain yang berdiri di belakangnya.

Antara yang menyatakan sokongan ialah Syria menerusi Menteri Luar, Walid Muallem.

Ini menunjukkan bahawa dunia Arab meskipun diakui masih berada di bawah telunjuk AS, namun berani menongkah arus sekiranya ada pemimpin yang sanggup ke hadapan.

Ahmadinejad pula dilihat mempunyai keberanian untuk memimpin perubahan tersebut.

Seperti kata Azmi, tinggal lagi sejauh mana dunia Arab secara keseluruhannya benar-benar mempunyai kesungguhan untuk keluar daripada pengaruh Barat.

Dan AS juga telah dapat membaca fenomena kebangkitan sentimen penentangan tersebut.

Maka, jalan terbaik untuk mengelak daripada sentimen itu terus berkembang ialah dengan menyisihkan Iran.

"Tindakan memboikot Ahmadinejad pada persidangan itu misalnya hanyalah sebahagian kecil daripada proses untuk menyisihkan Iran daripada masyarakat antarabangsa ketika ini," ujar Azmi.
------
Rujukan di sini

Friday, April 24, 2009

Saya pohon derhaka pada Mufti Perak..


Dato’ Seri Dr SS Haji Harussani bin Zakaria Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan.
Dato’ Seri.. Tinggal beberapa jam sahaja lagi satu program budaya mungkar akan berlaku di dalam Pengkalan TLDM Negeri Perak.

Apakah Dato Seri tidak tahu akan program ini… saya dan penduduk daerah Seri Manjung ingin memaklumkan kami yang cintakan Islam sebagai Addin dan takutkan bala Allah bila-bila saja boleh berlaku.

Dato’ Seri.. Saya dan penduduk Islam Manjung tidak mempunyai kuasa, tidak mempunyai autority untuk bersuara yang kami tidak suka budaya mungkar ini..Bahkan anggota TLDM yang menetap dalam Pengkalan TLDM itu sendiri pun tak suka akan program tersebut.

Justeru itu kami memohon pada Dato Seri, bersuaralah akan hal program tersebut.. beritahulah pemerintah akan program mungkar ini adalah tidak ada dalam ajaran Islam.

Dato’ Seri.. Bersuaralah sebagaimana Dato’ Seri bersuara sewaktu program ini berlaku pada tahun 2007 dahulu di Bandaraya Ipoh.

Dato’ Seri.. Bersuaralah sebagaimana Dato Seri bersuara bila Dato Seri IR Nizar bin Jamaludin bekas MB Perak yang mohon Sembah Derhaka kepada Paduka Sultan Perak.

Dato’ Seri.. Bersuaralah sebagaimana Dato Seri bersuara bila ada manusia bernama Nga Khor Meng yang ingin mendekati Islam dengan membaca Al-Quran.

Dato’ Seri, Saya dan penduduk Islam Seri Manjung tidak mahu derhaka pada Allah S.W.T. Hanya ini sahaja yang kami mampu lakukan. Hanya ini sahaja tempat kami menyatakan rasa bencinya kani akan program tersebut. Moga-moga Allah S.W.T memahami niat kami. AMIN YA RAB BAL ALAMIN.
------------
-- Luahan Rasa Rakyat Manjong

Thursday, April 23, 2009

Buku-buku ku : Mac & April 2009

Secara dasarnya, saya bersetuju bahawa perjuangan KEMERDEKAAN Malaysia dimulakan oleh para Ulama..Yang dalam buku sejarah yang kita baca itu adalah "Rombongan Kemerdekaan" dan bukannya Perjuangan Kemerdekaan.. Banyak Ulama yang dapat di kenali melalui pembacaan buku ini..

Bertambah bersemangat baca buku ini..Karya Ustaz Riduan Md Nor..Kisah peperangan nabi menjadi santapan.. Selama ini hanya maklum mengenai peperangan Badar, Uhud dan Khandak sahaja.. Maklumat baru untuk saya..dan Tahniah buat penulis.. Bahasa yang diolah amtlah mudah untuk difahami...

Asalnya tajuk ini merupakan salah satu dokumentari yang ditayangkan di ASTRO OASIS..Dah didokumentasikan dalam bentuk buku pula... Maklumat baru juga buat saya yang amat meminati bahan bacaan yang berunsurkan Sirah, Tarikh dan sejarah...

Pejuang ini tetap di hati..al-Matsurat merupakan karyanya yang kekal hingga ke hari ini.. Orang kuat Ikhwan Mesir ini mepunyai kehebatannya yang tersediri hinggakan ditakuti oleh Kerajaan Mesir...

Pemimpin pada hari ini adalah Mahasiswa pada asalnya.. Buku ini saya baca untuk mengetahui sejarah politik Kampus yang pernah gemilang satu masa dahulu.. Namun telah suram sesuramnya pada masa kini akibat ditali kerbaukan....

Sebagai bahan rujukan saya bila membicarakan Isu Palestina.. Ghazzah merupakan sumbu perjuangan umat Islam Palestina...Sekali lagi gaya bahasanya membuatkan saya amat tertarik... Maklumat di dalamnya juga setanding dengan bahasa yang digunakan...

Majalah untuk di baca pada masa lapang...

Majalah untuk di baca pada masa lapang...

Dakwah bil hal pikat Jerald..


SESEORANG yang tidak mempunyai pegangan agama atau tidak menyatakan agama apa yang dianuti dianggap sebagai tidak mempunyai identiti diri. Begitulah pentingnya agama kepada warga Amerika Syarikat, Dr. Jerald Dirks.

Bukan sahaja atas nama identiti, agama kepada Jerald turut bermakna mesti dipertahankan dan disebarkan kepada orang lain!

Namun bagaimana beliau yang merupakan seorang penganut Kristian yang sangat taat, akhirnya tunduk kepada Islam?

Ini berlaku pada tahun 1993, Jerald akhirnya memeluk Islam. Nama Abu Yahya dipilih untuk menyerlahkan lagi identiti agama yang beliau baru anuti itu.

Jika ditelusuri kehidupan lampau beliau, kita mendapati Jerald adalah 'umat' Kristian terbaik yang pernah ditemui.

"Pada lewat 1950-an, dengan tiga buah gereja terdapat di pekan kelahiran saya, menjadikan seluruh penduduk begitu kuat berpegang kepada agama itu," katanya.

Beliau melakukan pelbagai aktiviti untuk gereja milik keluarganya, Gereja Methodist. Jerald tidak pernah gagal menghadiri sebarang upacara sembahyang sehingga pernah dianugerahkan pelbagai trofi kejuaraan kerana kehadiran penuh dan berjaya menghafal ayat-ayat dari Bible.

Pada usia 17 tahun, ketika memasuki Kolej Harvard atas nama cintakan agamanya, dia memilih kursus yang membolehkannya menjadi paderi bertauliah.

Ini termasuk keperluan kursus Perbandingan Agama yang membolehkan buat pertama kalinya Jerald mengenali Islam. Kursus itu diajar oleh seorang pensyarah iaitu Wilfred Cantwell Smith, yang mempunyai kepakaran dalam pengajian agama itu.

Bagaimanapun, Jerald tidak begitu memberi tumpuan terhadap pengajian Islam berbanding minat yang tinggi terhadap pengajian agama Hindu dan Buddha.

Hollis Scholar

Atas kesungguhannya, kalangan warga Harvard menggelarkan beliau Hollis Scholar.

Tamat pengajian, beliau menyambung pengajian tinggi di Harvard Divinity School atas tajaan Biasiswa Stewart iaitu sumbangan dari pihak gereja bagi membolehkan beliau beroleh Ijazah Master of Divinity pada tahun 1974.

Sebaik sahaja tamat pengajian, Jerald terus dihantar bertugas sebagai paderi di dua buah Gereja United Methodist. Sekali gus di kawasan pedalaman Kansas yang menyaksikan semakin ramai kembali mengunjungi gereja berbanding keadaan yang sebelumnya.

Semua ini 'berkat' kesungguhan Jerald sebagai seorang paderi yang berwibawa.

Dengan latar belakang pendidikan dan prestasi kerjaya yang sebaik itu tentunya Jerald seorang yang tidak lagi dalam pencarian. Sebabnya, segala-galanya kini telah terjawab dan tidak mungkin iman akan tergugat dengan apa juga gejala yang melanda.

"Tetapi mungkin secara luaran saya dilihat begitu tetapi jauh di sudut hati, saya sebenarnya berperang!" ujarnya.

Walaupun sudah semakin jauh dan begitu mengenali agama sendiri, namun beliau akhirnya menyedari beberapa aspek yang tidak kena dengan agama asalnya.

Antaranya 'Keaslian Bacaan' daripada pelbagai teks-teks kitab Bible, konsep triniti yang sentiasa mengalami evolusi sebagai 'Tuhan Yang Satu' namun tetap meletakkan Nabi Isa itu sebagai tuhan.

Mengenali Islam

Ketika inilah, buat pertama kalinya, beliau dan isterinya mula mengenali Islam yang kebetulan mereka berdua sedang membuat kajian mengenai sejarah Kuda-kuda Arab. Matlamat utama kajian itu untuk menyelamatkan dokumen-dokumen atau naskhah-naskhah sejarah Arab lama.

Tugas itu memerlukan beliau mendapat pertolongan kalangan bangsa Arab, terutama untuk menterjemahkan teks-teks berbahasa Arab dan memberi panduan mengenai sejarah kuda serta Arab itu sendiri.

Seorang berbangsa Arab bernama Jamal akhirnya menawarkan diri membantu mereka dengan hadir ke rumah Jerald hampir setiap hari.

Selain membantu Jerald, Jamal melakukan dakwah secara halus yang berjaya menyentuh hati Jerald yang mula kagum dengan cara hidup yang ditunjukkan oleh Jamal.

Ini kerana sebelum pulang, Jamal akan meminta kebenaran mengambil air sembahyang diikuti meminta hanya sehelai kertas sebagai alas atau sejadah. Jamal kemudiannya solat tanpa sebarang ragu dan janggal walaupun di dalam sebuah rumah milik seorang paderi Kristian.

"Tanpa kami sedari bahawa Jamal sebenarnya sedang menunjukkan satu bentuk dakwah yang sangat cantik yang menyebabkan hati kami begitu tertarik," katanya.

Jamal benar-benar menjayakan konsep dakwah bil hal (dengan contoh) dengan tidak pernah mengambil kesempatan untuk bercerita mengenai Islam. Jauh sekali untuk memaksa Dr Jerald dan isterinya memeluk Islam, walaupun peluang itu ada untuk Jamal berbuat demikian.

"Banyak yang saya belajar dari Jamal yang tidak pernah cuai mendirikan solat, sampai masa dan waktunya dia akan segera solat tetapi itupun dengan terlebih dahulu meminta kebenaran dari saya sebagai tuan rumah," katanya.

Jerald suami isteri benar-benar tertarik dengan cara Jamal mengendalikan kehidupannya baik untuk soal kerja dan cara beliau bersosial. Malah cara Jamal mendidik anak-anaknya juga amat menarik perhatian keluarga Kristian ini.

"Jika Jamal memberi penerangan mengenai Islam pun, dia memberitahu dengan begitu profesional tanpa menyelitkan sebarang propaganda mengenai Islam di situ," katanya.

Ini termasuklah Jamal membantu Jerald memahami mengenai sejarah tanah Arab, sejarah Islam, Nabi Muhammad, al-Quran termasuk terjemahan-terjemahan penting daripada kitab itu.

Cantiknya Islam

Sehinggalah Jamal kemudiannya memperkenalkan Jerald dengan beberapa keluarga Arab lain, beliau semakin mengagumi Islam apabila melihatkan cantiknya Islam yang dibawa oleh keluarga-keluarga tersebut.

Pada Disember 1992, Jerald mula memikirkan dengan lebih serius akan kedudukan diri atau lebih tepat agama yang menjadi anutannya.

Ini membuatkan beliau mengkaji semula mengenai Islam terutama melalui al-Quran yang beliau baca dari dua kitab terjemahan.

"Saya tidak pernah memberitahu kepada rakan-rakan Islam pencarian yang saya lakukan secara bersendirian itu.

"Akhirnya, saya dan isteri mengakui bahwa tidak ada apa yang perlu diragukan mengenai Islam. Malah saya juga mula menerima hakikat mengenai kerasulan Nabi Muhammad dan saya dapat menerima sepenuhnya bahawa tuhan yang wajib dipercayai dan disembah hanyalah Allah, tiada yang lain selain dari-Nya!," katanya.

Begitupun beliau masih ragu-ragu untuk membuat keputusan yang pasti kerana merasakan banyak lagi mengenai Islam perlu diketahui.

"Saya cukup sebati dengan Kristian, iaitu hampir 43 tahun lamanya. Jadi untuk menanggalkan label Kristian itu bukan sesuatu yang mudah kerana dengan agama itu juga saya sebenarnya dapat menikmati kehidupan yang selayaknya untuk dinikmati," kata beliau.

Namun Jerald akui bahawa beliau begitu berat untuk meletakkan Kristian sebagai perakuan agama ketika mengisi borang pasport, dokumen untuk memohon perjalanan ke Timur Tengah.

"Saya ketawa bagi melindungi perasaan sebenar saya yang masih begitu bermain sedangkan dari akademik dan logik, saya dapat mengakui Islam," katanya.

Sehinggalah pada suatu hari ketika sedang khusyuk membaca al-Quran terjemahan yang ketiga di sebuah restoran Arab, beliau ditegur oleh Iman, isteri tuan punya restoran itu. Sebabnya, hanya mereka yang memeluk Islam sahaja yang akan membaca al-Quran mahupun terjemahan kitab suci itu.

"Secara spontan saya menjawab, tidak!," kata Jerald. Beliau kemudiannya menyedari telah bersikap kasar lalu menemui semula Iman dan menjelaskan kepadanya.

"Bahawa sekiranya dia bertanya sama ada saya percaya tuhan yang satu, pasti saya menjawab 'ya' dan sekiranya ditanya saya mempercayai Nabi Muhammad, jawapan saya sama, saya percaya kerasulan baginda!," katanya.

Mungkin dengan jawapan Dr Jerald itu sebenarnya beliau telah mengucap dua kalimah syahadah tanpa beliau sedari. Namun beliau masih belum mempunyai kekuatan yang jitu bagi membulatkan sebarang perubahan baru yang akan mengubah seluruh hidupnya dan apatah lagi untuk berhadapan dengan pandangan masyarakat terhadap beliau selama ini.

Begitu pun kunjungan beliau ke Amman, ibu negara Jordan merupakan titik yang menjadi transformasi kepada Jerald dan isterinya.

Ketika melakukan kajian di negara itu, secara tiba-tiba Jerald ditegur oleh seorang rakyat Jordan yang beliau tidak kenali.

Selepas memberi salam kepada Jerald yang hanya mampu menjawab dengan menganggukkan kepala, tidak semena-mena lelaki ini bertanya sama ada beliau seorang Muslim.

"Ketika itu saya-saya benar terperangkap, saya tidak mampu lagi bermain dengan sebarang permainan perkataan yang intelektual untuk menipu kebenaran yang ada.

"Semudah sama ada saya menjawab Na'am (ya) atau La' (tidak). Lalu saya benar-benar membuat satu pilihan apabila saya akhirnya menjawab "Na'am ana Muslim" (ya, saya seorang Muslim)" katanya.

Allahu Akbar! Tuhan Maha Besar!

Sejurus jawapan itu keluar dari mulut Jerald, beliau dapat merasakan seluruh beban kini bagaikan telah jatuh luruh daripada dirinya.

"Saya berasa sungguh ringan dan satu ketenangan yang luar biasa menyelinap masuk ke dalam hati saya.

"Keputusan ini bukan satu kesilapan walaupun saya menyedari pelbagai risiko dan cabaran yang bakal saya hadapi," katanya.

Rujukan di sini.

Wednesday, April 22, 2009

Sumber Ispirasi

Sebelum program..di bawa berjalan-jalan di bandaraya Miri..

Sumber Inspirasi

Letihnya...Setelah habis praktikum sebelah pagi..terus sahaja ambil flight terbang ke Miri pada sebelah petang..Menghadiri program yang tak kurang pentingnya..Berkali di tanya pada diri.. Apa hasil yang aku dapat..Persoalan itu di buang jauh2..aku di sini adalah Jundullah..Aku di sini untuk pendakwah..Lantas di buka File gambar Keluarga..di Tatap gambar sumber inspirasi.. Ayah dan mak.. Ayah dengan kerja dakwah bersama Jamaah..emak lebih pada kerja kebajikannya.. Mereka dah pencen.. Belum pernah diungkap letih..Paling tidak di hadapan aku sebagai anak..Kenapa aku harus letih sekarang..Ayuh..Bingkas bangun!!!
--------------------
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 22 April 2009

Dapatkan Buku Ini!!



Si ayah bergelut dengan gelombang.
Si ibu bergelumang dengan perit harian.
Lantas si anak menyemat tekad untuk terus berjuang melepaskan mereka dari kesengsaraan.
Kesempitan hidup yang menyesakkan nafas tidak pernah sekalipun mematahkan semangatnya untuk berjaya. Malah itulah tangkal dan azimat yang menjadi bekalan untuknya mengatur langkah, mencari permata yang tak ternilai harganya – ILMU! Menyalin semula sebuah kamus dengan tulisan tangan sendiri kerana tak punya wang untuk membelinya. Sering berpuasa menahan lapar dan dahaga demi untuk menjimatkan belanja. Menahan keinginan hati untuk memiliki barang-barang sendiri. Bukan senang mencapai bintang. Namun, tiada yang mustahil dalam kehidupan. Kepada Allah dia menyandarkan harapan. Agar diberi kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan cabaran hidup. Semoga diberi kesempatan untuk membalas keringat dan jasa ayah bonda.
Tekad si anak bukan mainan kerana di hujungnya adalah permulaan kepada sebuah KEJAYAAN!


PELAJAR SPM TERBAIK MALAYSIA 2008-20A

************************
PERINCIAN BUKU 8 :
Penerbit / Editor Urusan : Mohd Faizal Osman Penulis : Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal & Ummu Hani Abu Hassan Editor / Pruf / Rekaletak / Aturhuruf Dalaman : Zuryati Isa Konsep Kulit Buku : Abaios/Bert Rekabentuk Kulit : Fadly Halim Muka Surat : 130 Terbitan : Hijjaz Records Publishing Edaran : Marketing Dept. HRSB Tarikh diPasarkan : April 2009 Harga Semenanjung : RM25.90 Harga Sabah / Serawak : RM27.90 Harga Singapore / Brunei : $15.00

Gambar Hari Ini : Yang Pelik...

Inilah yang dikatakan yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran..

Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima..


Macha!! Tosei wone....Hanya keretapi di india ja macam ni...

Harimau baka baru..nak lawan buaya ni...

Cara baru untuk meningkatkan keluasan hard disk dan juga graphic card

Polis zaman kini...

Silap landing pula...harap air asia jangan macam ni..

Bermuhasabah diri walau di mana sahaja...

Lari..Lari!!! Bom meletup...

Teman Sejati..dunia akhirat ni...

Friday, April 17, 2009

Nik Nur Madihah pilih Jordan lanjutkan pelajaran

KUALA LUMPUR – Pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Muhd. Kamal, 18, memilih Jordan untuk melanjutkan pelajaran di bawah biasiswa Bank Negara Malaysia.

Menurutnya, keputusan itu dibuat setelah melakukan solat Istikharah dengan memilih bidang Fizik Islam.

“Saya akan berlepas ke sana pada bulan Ogos atau September ini.

“Buat masa ini saya sedang membuat penyelidikan bersama pihak Bank Negara untuk memilih universiti terbaik dalam bidang Fizik Islam,” katanya.

Nik Nur Madihah berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan buku kisah hidupnya bertajuk Catatan Hati Nik Nur Madihah terbitan Hijjaz Records Publishing (HRP) di sini semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah ibu dan bapanya, Mariyani Omar dan Nik Muhd. Kamal Husin.

Nik Nur Madihah yang fasih berbahasa Arab memberitahu, dia masih tidak percaya kisah hidupnya dibukukan dan berharap pembaca akan mengambil ilmu dalam buku itu sebagai pengajaran dalam hidup.

Buku berharga RM25.90 itu akan mula dijual hari ini dan ia diterbitkan oleh Pengurus HRP, Faizal Osman dengan dibantu oleh Ummu Hani Abu Hassan.

http://kosmo.com.my

Palestin di ambang bahaya

Nun dari kejauhan, kelihatan tompokan awan kelabu, menyelimut kemas Bandar Gaza. Kami terpinga, lalu terpacul soalan kepada Adnan, si pemandu teksi: "Itulah asap peninggalan dari bom Yahudi..." jawabnya bingkas. Kata-katanya itu membangkit kegusaran. Soalan demi soalan menerjah masuk ke kotak fikiran.

Bahaya masih ada

Awan kelabu itu, apakah sisa-sisa bom kimia? Bom Dime yang mampu menyelinap masuk dalam setiap urat nadi dan menyebabkan pendarahan tidak henti-henti dengan kecanggihan teknologi nanonya itu, masihkah ada sisanya di sana?

Bom sepanjang dua meter, berdinding besi setebal 10 milimeter dan seberat satu tan itu, pastikah tiada yang masih menyala? Sisa bahan radioaktif pembawa kanser untuk satu jangka masa yang lama, pastikah tiada di sana?

Adakah sudah tidak ada lagi ancaman dari Helikopter Apache yang berlegar-legar di udara dengan mesingan beratnya, atau pesawat tanpa pemandu yang mampu mengenal pasti longitud dan latitud sasaran dengan tepat? Dan..bom Fosforus putih buatan Amerika yang amat gemar meratah daging lembut anak-anak kecil yang belum mengenal erti dunia. Sudahkah terpadam semuanya? Tiada siapapun yang mampu memberi jawapan yang benar-benar pasti.

Riehan thoyibah

Pemandangan dahsyat di sana sini, mengalih perhatian kami dari kegusaran dek awan-awan hitam tadi. Malam pertama di bumi Gaza itu, angin bertiup begitu kencang.

Tiga sahabat dalam kamar kecil di Gaza International Hotel itu, telah lama dibalut mimpi. Perjalanan siang sungguh memenatkan. Tekanan perasaan, gelodak jiwa dan mainan minda membuatkan diri lemah lesu tidak bermaya. Sesekali deruan angin menghasilkan siulan demi siulan. Atap zink di rumah berdekatan berkeriut riuh rendah, hingga barisan gigi atas terasa ngilu.
Angin kencang tidak mampu mengejut mereka dari tidur yang sungguh lena. Adakah ini angin rahmat yang menghalau setiap zarah debu-debu beracun yang membentuk awan hitam tadi, atau angin azab yang bakal membadai petualang yang bejat dan zalim itu? Walau apapun, pasti ia angin rahmat. "Ya Allah, kurniakanlah bumi ini riehan thoiyibah (angin rahmat) yang sesuai dengan Samudera Ilmu-Mu yang Maha Luas itu..."

Petikan munajat dari kitab Sheikh Abul Hasan as-Shazili selepas solat tadi seakan terngiang-ngiang kembali... Dan angin semakin kencang..Tentera Allah? Tentera-Nya di mana-mana. Angin, udara, pasir, tanah, air dan api, semuanya patuh kepada kehendak dan perintah-Nya jua.

"Bawakan Rahmat atas umat ini. Nyahkan petaka dari bumi teraniaya ini. Ayuh! Jalankanlah tugasmu, duhai riehan thoyyibah!" Akhirnya, doa dan munajatpun menyatu, berarak pergi bersama angin lalu, bersama detik-detik malam yang penuh rindu.

Rupa Bani Israel

Ini bukan kali pertama berhadapan dengan Yahudi. Tahun lalu, sekumpulan Rabbi berpakaian jaket, seluar dan toga hitam, berbaris melintasi kami semasa transit di Lapangan Terbang Kaherah.

Semasa menziarah Masjid al-Aqsha as-Syarif tahun 1997, seluruh badan diperiksa dengan teliti, selama dua jam sebelum dibenar masuk ke al-Quds melalui Israel.

Pegawai mereka muda belaka. Tubuh mereka tidak sasa. Hanya biasa-biasa. Tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Sederhana, seakan-akan perawakan bangsa Melayu juga. Rangka badan agak lonjong dan kecil. Tidak agam seperti kebiasaan orang Arab.

Kulit mereka putih mulus, kemerah-merahan. Kadang-kadang, sedikit kekuningan. Rambut dan kening mereka hitam, hidung panjang dan mancung.

Namun, ada juga yang berambut keemasan. Bagi yang lebih dewasa, fizikal berubah menjadi lebih bundar. Tidak hairanlah, bukankah mereka cucu cicit Nabi Allah Yusuf yang rupawan itu? Dunia Hollywood tidak pernah sunyi daripada artis berketurunan yahudi.

Bagi peminat dunia hiburan, pasti mereka mengenali Adam Sandler, Nicholas Cage, Elizabeth Taylor, Barbara Streisand dan lain-lain. Siapa tahu, antara idola yang dipuja, rupa-rupanya seorang Yahudi!

Arab dan Israel cucu Ibrahim?

Dahulu mana ada bangsa bernama Israel. Bangsa Arab mahupun Yahudi, keduanya berasal usul daripada zuriat Nabi Ibrahim. Dari Nabi Ibrahimlah maka terbina salasilah keturunan Nabi Muhammad berbangsa Arab, dan salasilah keturunan Nabi Yaakub yang membina susur galur bangsa Bani Israel. Dari Siti hajar lahirnya Ismail. Dari Ismail berjujuran zuriat Adnan hingga ke Nabi Muhammad S.A.W.

Dari Siti Hajar pula lahirnya Ishak. Dari Ishak lahir pula Yaakub. Dan dari Yaakub lahir nabi-nabi berketurunan Bani Israel seumpama nabi Yusuf nan rupawan, nabi Sulaiman seorang negarawan, nabi Daud seniman dan wirawan, sehingga nabi Isa a.s. yang naik ke langit membawa jawapan kepada seribu satu persoalan.

Justeru, Nabi Ibrahim a.s (juga disebut Abraham, atau Ebram) adalah bapa kepada bangsa Arab dan Bani Israel. Dua bangsa pada asalnya bersaudara inilah, Allah SWT kurniakan amanah untuk memelihara kitab dan agama suci-Nya, iaitu risalah keesaan Allah SWT di sepanjang zaman.

Asal nama Israel

Nama Israel berasal daripada nama nabi Allah Yaakub a.s. Baginda digelar Israel, yang membawa maksud 'Hamba Allah' atau Abdullah. Al-Quran memanggil anak cucu Israel (nabi Yaakub) dengan panggilan penuh belaian kasih sayang, "Wahai Bani Israel..(anak-anak Yaakub), ingatkah kamu ke atas nikmat-nikmat yang telah Ku anugerahi kepada kamu, dan Aku telah melebihkan kamu di atas bangsa-bangsa lain di alam ini..."

Mereka juga popular dengan sebutan Yahudi. Dari mana pula datangnya Yahudi ini? Nama Yahudi lahir dari satu puak daripada 13 puak dalam bani Israel. Di antara terdapat satu puak bernama puak Yahuda. Dari Yahuda lahirlah panggilan Yahudi. Jumlah 13 puak ini pula terbentuk hasil daripada keturunan anak-anak nabi Yaakub seramai 13 orang, termasuklah keturunan nabi Yusuf, Bunyamin, Levi, dan lain-lain.

Benar mereka istimewa, tetapi itu suatu masa dahulu. Keistimewaan mereka tetap ada syarat. Syarat perjanjian dengan Tuhan, mereka mesti memelihara iman dan agama. Sepuluh wasiat firman Allah SWT kepada nabi Musa a.s. adalah janji yang perlu dipelihara mereka. Termaktub dalam perjanjian, "Tidak akan terkena janji ini, bagi mereka yang menzalimi" sebagaimana maksud Firman Allah SWT.

Negara Israel

Negara Israel bukan lama, baru sahaja berusia 46 tahun. Sebelum ini, tidak ada di mana-mana inci bumi ini sebuah negara bernama Israel. Di saat negara-negara di dunia telah lama berdaulat, Israel baru terkial-kial untuk mencari tempat di atas muka bumi ini. Kini dengan megah ia berdiri sebagai sebuah negara.

Bermula tahun 1947, dengan helah mainan politik barat bersekutu, dan campur tangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), negara Israel tegak di atas bumi Palestin. Menerusi perjanjian Balfour, Inggeris menyerahkan Palestin untuk dibina penempatan Yahudi.

Kini, yang ada hanya tinggal Tebing Barat dan Tebing Gaza sahaja. Itupun, kedaulatan hanya pada nama. Kuasa legislatif, ekonomi, ketenteraan semua dalam kepungan dan genggaman Yahudi.

Palestin dan mata wang Israel

Baik Gaza maupun Tebing Barat, Palestin tiada mata wangnya sendiri. Semua urusniaga menggunakan mata wang Sheqel, milik Israel. Sebelum ini, rakyat Palestin menggunakan mata wang Lira, Lubnan.


Sejak penguasaan Yahudi, matawang Sheqel telah digunapakai sehingga kini. Semua barangan harus dibeli daripada Israel. Bukan hanya penguasaan politik, Palestin juga dikepung dengan hegemoni ekonomi Israel sehingga kini.

Palestin di ambang bahaya

Lihatlah peta Palestin. Sejak tahun 1947 hingga kini. Apa yang sudah terjadi? Kini, Palestin tidak ubah tahi lalat manis di wajah anak dara sunti. Kelak bakal hilang dari pandangan, jika umat masih leka, ralit dibuai lena.

Adakah Palestin mendapat semula permata yang hilang, atau bakal berputih mata dengan kehilangan tanah yang sekelumit cuma? Tepuklah dada, tanyalah selera. Masing-masing mungkin sudah boleh meneka jawapannya.

Formula yang digunapakai adalah jelas dan mudah. Buat kacau, damai dan serah tanah. Dengan formula inilah negara Israel mendapat kedaulatan. Pepatah Melayu klasik 'Bagai Belanda mendapat tanah' kini mungkin terpaksa diganti 'Bagai Yahudi mendapat tanah'.

Agenda penaklukan Israel

Agenda mereka tertera pada bendera biru putih itu. Menurut Henry Ford dalam bukunya The International Jew, dua palang biru bermaksud Penaklukan di negara-negara yang berada di antara sungai Nil dan sungai Furat.

Jika Palestin berjaya ditakluk sepenuhnya, maka, negara-negara yang terletak di antara dua sungai bersejarah ini harus bersiap siaga.

Ini juga bermakna, Kota al-Quds dengan simbahan cahaya Kubah Keemasan itu, mungkin hanya menjadi foto kenangan. Batu-batu Masjid al-Aqsa, mungkin akan terkubur bersama runtuhan dinding kotanya.


Jika umat masih tidak bersatu, maka percayalah, igauan ngeri ini akan menjadi nyata. Kala itu, kita hanya akan melihat, sambil berkata dengan nada penuh lemah, penuh hina, penuh tidak bermaya, "Apakan daya..kita hanya mampu berdoa..." Na'uuzu billah.

Di mana singa Allah?

Teringat semasa ziarah ke al-Aqsa tahun 1997 itu, dengan nada sinis, bilal tua di Masjid al-Aqsa yang tergagap-gagap itu bersuara, "Wahai umat, teruslah bercakaran. Wahai Arab, teruslah bersahabat dengan mereka (Yahudi). Wahai anak muda, teruslah bermimpi dan hanyut dalam dunia kamu yang indah. Semoga serpih-serpih dari runtuhan al-Aqsa kelak akan menyentap urat leher kamu dan menyentak kamu dari tidur lena nan indah!"

Agaknya, di masa itu, baru kita tercari-cari, di mana saf para pejuang Ilahi. Di mana wira Salahuddin al-Ayyubi? Di mana Tariq Ibnu Ziyad? Di mana Hamzah Singa Allah? Di mana Muhammad Ibni Abdillah?

Namun kala itu, nasi telah menjadi bubur. Semua harapan telahpun hancur. Sesal kemudian, tiada apa lagi yang berguna. Jalan di hadapan hanya dua. Adakah bangun membina saf hadapan atau masih ingin terus dalam dakapan igau lena yang berpanjangan.

Ada akal, fikir. Ada mata, pandang. Ada telinga dengar. Jangan sampai termakan sumpah Summum Bukmun 'Umyum Fahum La Yarj'iuun...! (Mereka itu pekak tuli, bisu, buta dan tidak 'reti' bahasa! Keras, tegas. Bagai jarum tersusuk dalam segenap urat dan nadi. Teruslah wahai Bilal tua. Katakan yang benar, walaupun pahit. Umur kamu tidak lama sahaja yang tersisa. Apa digentar, Tuhan kan ada.

Kami memerlukan orang dewasa seperti dirimu. Di luar masjid, suara-suara bergema, Khaibar-Khaibar Ya Yahud, Jaisy Muhammad Saufa Ya'uud! (Ingat nasibmu dalam peristiwa Khaibar, wahai Yahudi. Tentera Muhammad pasti kan kembali!)

Rujukan Di sini
---------------
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 17 April 2009

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin