Tuesday, December 30, 2008

Tinggalkan sikap tidak hormati ulama - Timbalan Yang di-Pertuan Agong

PUTRAJAYA, 29 Dis - Timbalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menyeru umat Islam di negara ini supaya melakukan perubahan demi memartabatkan dan memperkasakan kedudukan Islam ke tahap lebih gemilang.

Baginda bertitah sehubungan itu umat Islam perlu memahami dan menzahirkan wawasan yang diamanahkan oleh Allah s.w.t melalui kitab suci Al-Quran dan Al-Hadis di mana Islam dan umatnya perlu memberi sinar "rahmatan lil a'lamin" (pembawa rahmat bagi seluruh alam).

Wawasan itu juga perlu dijadikan tunggak ke arah memupuk semangat perpaduan sesama Islam dan bukan Islam agar rangkaian kehidupan sosial yang mantap dapat diwujudkan, titah baginda pada majlis sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1430H/2OO8M di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini, lapor Bernama.

"Sikap tidak menghormati para ulama, suka mengambil jalan mudah dengan mengenepikan ajaran agama, malas berfikir dan berusaha, bermusuhan sesama umat Islam dan mengutamakan kepentingan peribadi tanpa mempedulikan hukum halal dan haram perlu ditinggalkan oleh semua umat Islam kerana unsur-unsur inilah yang telah menjadi kekangan bagi membangunkan ummah yang gemilang," titah baginda.

Turut hadir pada majlis sambutan Ma'al Hijrah yang bertema "Menjana Ummah Gemilang" ialah Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Baginda bertitah sempena kedatangan tahun 1430H amat wajar bagi umat Islam di negara ini bermuhasabah, melihat perkembangan dan perubahan hidup yang telah dilalui sepanjang tempoh tersebut.

"Beta percaya, melalui muhasabah diri, kekuatan dan kelemahan yang ada boleh dinilai dengan sebaiknya dan akhirnya umat Islam mampu bergerak ke tahap yang lebih gemilang seperti yang diharapkan," titah baginda.

Baginda menyeru seluruh umat Islam supaya menyorot kembali kelemahan dan kesilapan diri yang telah dilakukan selama ini sebagai ikhtibar dalam mencorak masa depan yang bakal dihadapi dan juga menilai kembali segala kekuatan yang telah dikurniakan tuhan.

"Beta yakin tema yang sama dipilih bagi sambutan Ma'al Hijrah pada tahun ini mampu mendorong umat Islam untuk berfikir dan menyusun perjalanan masa depan yang lebih teratur sehinga berupaya meletakkan diri dalam persaingan global yang begitu mencabar pada hari ini," titah baginda.

Baginda menggesa seluruh umat Islam agar sama-sama berusaha dan mempertingkatkan lagi keupayaan serta melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna dan penuh keikhlasan kerana untuk mencapai sebuah kegemilangan, ia memerlukan pengorbanan dan kegigihan.

Sunday, December 28, 2008

Salam Maal Hijrah

Assalamulaikum wtb..

Saya mengambil peluang yang terbatas ini untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah 1430H kepada semua pengunjung blog ini..Moga-moga dengan ketibaan tahun baru ini, ketaqwaan kita kepada Allah swt dapat dipertingkatkan dan kita juga mampu menempah pelbagai lagi kejayaan yang berharga..

Insya Allah, selepas ini saya akan berada di Negeri Perlis Indera Kayangan, yang saya rasakan ini merupakan aktiviti terakhir Jelajah 2008 saya..Pelbagai perkara yang ingin dicoretkan, terbantut dengan kesibukan, akan ditulis kemudian..

Salam Maal Hijrah 1430 H

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Teratak Bonda 28 Disember 2008

Kenangan bersama..

Unit Amal Negeri Kedah

Umat Islam dilarang sertai perayaan agama lain: Ulama

KUALA LUMPUR: Pembabitan umat Islam pada majlis tertentu yang ada kaitan dengan agama lain bukan saja boleh menimbulkan syak wasangka malah melambangkan rasa tidak hormat dan ketidakfahaman penganutnya terhadap ajaran Islam yang sebenar.

Mufti Perak, Datuk Seri Dr Harussani Zakaria, berkata perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia sudah jelas bertentangan dengan akidah dan haram hukumnya.

“Tiada sebarang fatwa perlu dikeluarkan kerana ia sudah jelas bercanggah dengan agama,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kekecewaan seorang pembaca melalui ruangan Surat & E-mel akhbar ini berhubung seorang gadis Islam bertudung menyertai koir sebuah perayaan agama.

“Umat Islam perlu mempunyai pegangan agama yang kuat dan tidak sewenang-wenang mengikuti persembahan yang tiada kaitan dengan agama kita.

“Lebih baik kita faham hukum dengan betul untuk mengelak salah faham. Cukuplah sekadar berziarah untuk mengeratkan hubungan dan mengelak jika ragu-ragu dengan perkara yang kita tidak pasti hukumnya,” katanya.

Pendakwah, Hassan Mahmud Al-Hafiz, berkata umat Islam sepatutnya peka dengan sebarang acara membabitkan agama lain yang ingin mereka sertai kerana ia akan menjejaskan akidah dan kepercayaan mereka terhadap agama.

“Mungkin sesetengah pihak menganggap pembabitan dalam persembahan agama lain adalah sekadar muzik atau nyanyian semata-mata tapi sebagai umat Islam yang prihatin kita perlu memastikan pengisiannya bimbang jika ia boleh menggugat akidah.

Sementara itu, Pensyarah muzik di Fakulti Seni dan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang juga komposer, Azam Sulong (Azam Dungun), berkata tiada sekatan untuk menyertai mana-mana persembahan muzik di negara ini bagaimanapun sebagai umat Islam seseorang itu perlu bijak membezakan sama ada sesebuah persembahan itu bertentangan dengan akidah atau tidak.

“Pemuzik beragama Islam perlu prihatin terhadap persembahan yang mereka ikuti kerana ia sebenarnya boleh menjejaskan akidah jika ia mengandungi unsur agama atau pemujaan dalam lirik lagu.

“Mungkin jika hanya membabitkan pancaragam atau muzik ia masih boleh diterima tapi adalah lebih baik kita mengelak untuk menjaga sensitiviti budaya dan agama Islam kerana ia boleh menimbulkan kontroversi.

“Jadi pemuzik sepatutnya memahami pengisian lagu, lirik dan tujuan majlis supaya tidak berlaku pertikaian di kalangan orang ramai mengenai ketetapan akidah mereka,” katanya.
Kedah La Nie

Gambar Hari Ini : Palestine berdarah

GAZA CITY, GAZA STRIP - DECEMBER 27: (EDITOR'S NOTE: THIS IMAGE CONTAINS GRAPHIC CONTENT) The body of a Palestinian boy is laid out on the ground beside the bodies of other Palestinians outside Shifa hospital on December 27, 2008 in Gaza City, Gaza. Israel's air force fired about 30 missiles at targets along the Gaza Strip on Saturday, destroying several Hamas police compounds, killing more than 155 people and wounding hundreds. (Photo by Abid Katib/Getty Images)
Bodies of Hamas policemen lie on the ground of their destroyed police compound following an Israeli air strike in Gaza December 27, 2008. Israeli air strikes in the Hamas-ruled Gaza Strip on Saturday killed at least 195 Palestinians, health officials in Gaza said. REUTERS/Zoher Dolah (GAZA)

GAZA CITY, GAZA STRIP - DECEMBER 27: (EDITOR'S NOTE: THIS IMAGE CONTAINS GRAPHIC CONTENT) Bodies of Palestinians are laid out on the ground outside Shifa hospital on December 27, 2008 in Gaza City, Gaza.Israel's air force fired about 30 missiles at targets along the Gaza Strip on Saturday, destroying several Hamas police compounds, killing more than 200 people and wounding hundreds. (Photo by Abid Katib/Getty Images)

Bodies of Hamas policemen lie on the ground of their destroyed police compound following an Israeli air strike in Gaza December 27, 2008. Israeli air strikes in the Hamas-ruled Gaza Strip on Saturday killed at least 195 Palestinians, health officials in Gaza said. REUTERS/Zoher Dolah (GAZA)

Palestinians carry a wounded Hamas policeman as others lie on the ground of their destroyed police compound following an Israeli air strike in Gaza December 27, 2008. Israeli air strikes in the Hamas-ruled Gaza Strip on Saturday killed at least 195 Palestinians, health officials in Gaza said. REUTERS/Zoher Dolah (GAZA)
Palestinian woman run for cover during scuffles between Palestinian stone-throwers and Israeli troops at Qalandiya checkpoint near the West Bank city of Ramallah December 27, 2008. Israeli warplanes and helicopters pounded the Hamas-ruled Gaza Strip on Saturday, killing at least 205 people in the bloodiest one-day death toll in 60 years of conflict with the Palestinians. Palestinians staged protest rallies in Arab East Jerusalem, and in the West Bank cities of Ramallah and Hebron, leading to scuffles with Israeli forces. REUTERS/Ammar Awad (WEST BANK)

BANDAR GAZA 27 Dis. - Lebih 155 orang terbunuh manakala 310 lagi cedera, apabila pesawat pejuang Israel melancarkan kira-kira 30 peluru berpandu ke arah kedudukan ibu pejabat polis Hamas di Genting Gaza, hari ini.

Serangan besar-besaran yang bermula pada pukul 11.30 pagi (5.30 petang waktu Malaysia) itu memusnahkan ibu pejabat serta beberapa pekarangan polis Hamas dan menyebabkan kerosakan teruk kepada bangunan lain.

Mangsa yang terkorban termasuk 120 di bandar ini dan 23 lagi di Khan Younis dan Rafah, lapor Al Jazeera dengan memetik kenyataan ketua perkhidmatan ambulans di Gaza.

Antara yang terbunuh ialah ketua polis Gaza, Mejar Jeneral Tawfiq Jabber.

Sejurus selepas serangan itu, Hamas dan puak-puak Palestin lain mengisytiharkan, mereka telah mengarahkan pejuang masing-masing supaya menuntut bela terhadap keganasan rejim Yahudi itu.

"Semua pejuang diarah bertindak balas terhadap pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Israel," menurut kenyataan Hamas, Jihad Islam dan puak bersenjata lain.

Siaran televisyen menunjukkan mayat bergelimpangan di sebatang jalan dan mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital oleh penyelamat.

Jurucakap polis Hamas, Islam Shahwan berkata, serangan itu dilakukan ketika majlis tamat latihan untuk anggota polis baru sedang berlangsung di pekarangan ibu pejabat sebuah pejabat polis di bandar ini.

Pekarangan pasukan keselamatan Hamas selalunya terletak di kawasan awam dan serangan udara pertama dilancarkan ketika kanak-kanak baru hendak keluar dari sekolah.

Kepulan asap tebal kelihatan di bandar ini, bunyi siren kedengaran di jalan raya dan kaum wanita dengan cemas mencari-cari anak mereka.

Di bahagian lain Gaza, 23 orang terbunuh dan 30 lagi cedera dalam serangan ke atas kem pelarian Khan Younis dan Rafah di selatan wilayah ini.

Seorang wartawan Reuters melaporkan bahawa pelabuhan Bandar Gaza dan kemudahan pasukan keselamatan Hamas mengalami kerosakan teruk.

Tentera Israel mengesahkan mereka melancarkan serangan tersebut, yang menyusuli keputusan Kabinet keselamatan Perdana Menteri, Ehud Olmert untuk memperhebatkan tindakan balas ke atas pejuang Palestin yang melancarkan roket ke wilayah Israel.

Israel sebelum ini memberi amaran akan melancarkan serangan ke atas kedudukan Hamas di Gaza berikutan tindakan pejuang Hamas melancarkan roket ke wilayah Israel.

Tempoh gencatan senjata enam bulan antara kedua-dua pihak berakhir di Gaza minggu lepas.

Kira-kira 12 roket dan bom mortar dilancarkan oleh pejuang Palestin dari Gaza semalam.

Sementara itu Presiden Palestin, Mahmud Abbas berkata, beliau sedang berhubung dengan banyak negara ekoran serangan Israel berkenaan.

"Saya sedang berhubung dengan banyak negara Arab dan negara-negara lain bagi mendesak Israel menghentikan serangan berkenaan yang merupakan pembunuhan beramai-ramai," katanya kepada AFP dari Arab Saudi hari ini.
UTUSAN MALAYSIA

Thursday, December 25, 2008

Remaja dan kemandirian teknologi


DENGAN penggunaan teknologi, manusia mampu merentasi sempadan upaya deria serta kudrat diri. Dalam kata lain, teknologi membantu manusia melaksanakan sesuatu kerja dengan lebih cekap, pantas dan berkesan.

Kebergantungan manusia terhadap teknologi dalam kehidupan seharian dilihat semakin bertambah sejajar dengan pengenalan teknologi terbaru. Baik komputer, telefon bimbit, mahupun kereta atau sebagainya merupakan antara teknologi yang tidak dapat dipisahkan dengan suasana hidup zaman moden hari ini.

Teknologi selamanya alat

Bersama teknologi juga datangnya maklumat melalui saluran media massa. Terdapat pelbagai maklumat yang kedapatan dari mana-mana sumber, yang kadang kala begitu sarat untuk ditapis, ditelan dan akhirnya dicerna.

Ada maklumat yang sahih, belum sahih dan tidak sahih. Ada yang relevan dan ada yang tidak. Semuanya memerlukan kebijaksanaan kita dalam mengurus penerimaan maklumat, menilainya secara kritis dan kemudian mengolahnya menurut pedoman akal dan wahyu Ilahi.

Obsesi terhadap teknologi kadang kala membuatkan manusia menganggap teknologi sebagai matlamat, lalu menjuruskan mereka ke arah kehidupan yang materialistik. Pembangunan teknologi menjadi agenda teras sedangkan pembangunan insani sering terpinggir.

Pemilikan teknologi dirasakan dapat membawakan perasaan lebih hebat, lebih tinggi berbanding orang lain, dan kemudiannya mencetuskan rasa ego serta rasa ingin menguasai insan lain, atau mungkin negara lain.

Namun, adakah benar penemuan dan pemilikan teknologi sebagai sesuatu yang ingin dibanggakan atau disalah gunakan untuk menindas yang lain, seperti mana yang dilakukan oleh negara yang menganggap dirinya Polis Dunia?

Justeru, teknologi perlu ditatang sebagai alat untuk mencapai sesuatu yang murni, sambil memelihara kemurnian yang sedia ada. Aspek budaya, bahasa, serta agama tidak seharusnya terhanyut akibat gelombang tsunami teknologi yang begitu deras.

Sebaliknya, aspek-aspek tersebut perlu menjadi penampan arus agar gelombang kemodenan yang melanda tidak menghanyutkan elemen tradisi yang tetap kekal relevan dalam kehidupan seharian.

Teknologi seharusnya membantu manusia mencapai sesuatu manfaat untuk dirinya, insan lain serta makhluk lain di dunia ini. Penggunaan teknologi yang mengabaikan hak orang lain atau makhluk lain tidak akan membolehkan manusia mencapai manfaat sebenar daripada teknologi tersebut.

Penggunaan teknologi untuk penerokaan hutan secara tidak terkawal umpamanya, bukan sahaja akan memusnahkan habitat semula jadi haiwan liar, tetapi juga sebenarnya merosakkan kawasan tadahan air, mengganggu struktur tanah dan sebagainya. Natijahnya, dapat kita lihat kini seperti kejadian tanah runtuh dan banjir.

Dari satu segi, teknologi tetap penting untuk dikuasai kerana bersama teknologi, kita mampu mencapai kemandirian ekonomi, politik, pertahanan, sumber asli dan sebagainya. Dengan adanya teknologi, pembangunan negara akan dapat bergerak seiring kepesatan keperluan penduduk yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Fikir teknologi fikir umat

Kecanggihan teknologi terkini bukan hanya perlu dimanfaatkan dalam konteks penggunaan produk siap sematamata. Pada masa yang sama rasa ingin tahu boleh dijana berkenaan bagaimana teknologi tersebut berfungsi serta asas ilmu sains yang digunakan.

Di samping itu, kita juga perlu berfikir tentang dari mana asal teknologi tersebut, adakah ia dibangunkan oleh umat Islam itu sendiri atau dari Barat. Tambahan lagi, adakah terdapat manamana peranan umat Islam dalam pembangunan teknologi tersebut, umpamanya penyelidikan atau pembuatan, atau mungkin tiada langsung?

Secara objektifnya, kita perlu mengakui bahawa kebanyakan teknologi yang diguna pakai hari ini datangnya dari Barat, bermula daripada proses penyelidikan, disusuli dengan pembuatan, dan kemudiannya pemasaran serta pengedaran. Dan kita sebagai umat Islam mungkin hanya banyak berperanan sebagai pengguna akhir kepada teknologi tersebut.

Melihat kepada perkara ini, kita perlu menginsafi bahawa secara keseluruhannya umat Islam masih lagi jauh ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi berbanding umat lain. Kita masih lagi tidak mampu untuk membangunkan teknologi sendiri bertitik tolak daripada keadaan akar budaya ilmu kita sendiri yang masih belum subur bertunas.

Sedangkan saintis-saintis Islam terdahulu banyak menghasilkan penemuan cemerlang dan terawal dan seterusnya menjadi asas kepada perkembangan bidang sains dan teknologi dewasa kini.

Ibn Haitham umpamanya digelar sebagai 'Bapa Optik Moden' atas sumbangan beliau dalam menghasilkan penyelidikan dan penemuan cemerlang terawal dalam bidang optik. Kini ilmu yang ditemui beliau menjadi asas kepada ilmu optik masa kini serta aplikasi teknologi yang dibangunkan.

Malahan, umat Islam itu sendiri seharusnya merupakan umat yang terbaik, seperti mana maksud firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 110. Kemajuan kita, baik dalam pembangunan fizikal mahupun akhlak seharusnya menjadi tanda aras kepada umat-umat lain agar mereka mencontohi kita.

Justeru, remaja Islam hari ini perlu sedar bahawa harapan untuk memajukan umat Islam tergalas pada bahu mereka. Remaja Islam, yang masih mempunyai kudrat akal dan jasmani yang hebat, adalah diharapkan untuk terus menceburi bidang sains dan teknologi agar umat Islam kelak mampu memiliki kemandirian teknologi yang lebih jauh ke hadapan.

Apabila remaja memiliki jalur berfikir sedemikian, hal ini dapat membantu mencetuskan minat remaja untuk mendalami ilmu sains dan teknologi yang berasaskan kepada kesedaran tentang maju mundur umat Islam hari ini.

Kini negara kita sudah mampu untuk menghantar angkasawan sendiri ke ruang angkasa dengan bantuan teknologi negara rakan kongsi. Adalah diharapkan kelak kita dapat membina roket serta kapal angkasa sendiri untuk menghantar angkasawan kita meneroka alam angkasa atas kapasiti teknologi yang kita miliki sendiri.

Kesimpulan

Kemandirian teknologi yang diharapkan memerlukan upaya berfikir secara saintifik, kreatif dan inovatif. Sistem pendidikan yang menyerapkan kemahiran berfikir yang diperlukan bakal menghasilkan para saintis dan jurutera yang kemudiannya berkebolehan membangunkan teknologi menurut acuan sendiri.

Kemandirian teknologi yang berpaut kepada akar budaya, bahasa dan agama kita sendiri akan mampu mewujudkan masyarakat berteknologi yang masih utuh jati dirinya serta unik dan unggul khazanah ilmunya.
Rujukan di sini

Wednesday, December 24, 2008

Khidmat Maya : Bantulah

BALING 21 Dis. - Bekas operator kilang, Rosma Wahab, 35, merayu ihsan orang ramai untuk membantu suaminya, Ishak Awang, 42, yang menghidap penyakit jantung sejak lima tahun lalu, mendapatkan rawatan segera.

Rosma berkata, dia amat risaukan kesihatan Ishak yang sejak kebelakangan ini kerap mengalami demam dan sering pengsan secara tiba-tiba.

Menurutnya, suaminya kini tidak lagi berdaya untuk bergerak sehingga menyebabkan dia terpaksa memberi perhatian sepenuhnya terhadap Ishak.

"Suami saya sering demam dan akan pengsan kerana dia semakin tidak bermaya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kemangi, Kupang dekat sini hari ini.

Ishak tidak lagi mampu menjalankan sebarang pekerjaan ekoran penyakitnya itu manakala Rosma pula terpaksa berhenti kerja sebagai operator kilang bagi menjaganya.

Pasangan suami isteri tersebut mempunyai tiga anak iaitu Mohamad Al Amin, 13; Nor Shahira, 8, dan Mohamad Syamil Ikhwan yang berusia setahun.

Mereka mengharapkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM35O sebulan sejak hampir setahun lalu.

Lebih memeritkan bagi keluarga itu apabila rumah yang didiami tidak mempunyai bekalan elektrik dan air.

Menurut Rosma, mereka hanya mendapat bekalan air masyarakat manakala bekalan elektrik pula disambung dari rumah ahli keluarga yang jarak hampir 100 meter.

Tambahnya, keadaan semakin merumitkan kerana selain menghidap jantung, Ishak turut disahkan menghidap penyakit buah pinggang.

"Suami saya terpaksa menerima rawatan setiap kali dia pengsan dan lemah menyebabkan kami terpaksa menggunakan sumber kewangan yang banyak bagi membolehkan Ishak mendapatkan rawatan," katanya.

Sehubungan itu, Rosma berharap penyakit yang sedang dihidapi suaminya itu segera menerima rawatan intensif daripada pihak berkenaan.

Orang ramai yang sudi menghulurkan sumbangan kepada keluarga itu boleh berbuat demikian dengan memasukkan wang ke akaun GIRO Bank Simpanan Nasional Ishak Awang di nombor 02300-29-00016575-1.
--------------------------------
- Ini merupakan khidmat maya saya..sama2lah kita membantu mereka yang memerlukan..
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Teratak Bonda 24 Disember 2008

Jom Pakat Pi..




Sambutan tahun baru..

Petang
Persembahan Akill Hay dan Azhan Atan

Malam

Solat magrib & Isya berjamaah (imam akil Hay)

Forum Perdana

Ahli Panel

Dato Dr Haron Din
Dato Ismail Kamus
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man

Moderator
Ustaz Kamal Ashaari

Sambungan persembahan Nasyid (Akill Hay dan Azhan Atan)

Detik 12 Mlm
Bacaan Doa Tahun Baru oleh Dato dr Haron Din

Bertempat di Perkarangan Stadium Darul Aman

Anjuran Yayasan Amal Cawangan Kedah

Wednesday, December 17, 2008

Muntadar, but saiz 10 dan kebebasan media

MUNTADAR Al-Zeidi, 29, kini tiba-tiba menjadi ikon. Kasut but saiz 10-nya juga menjadi terkenal. Kasut yang dibalingnya hampir mengenai kepala orang paling berkuasa di dunia - George W. Bush. Seluruh dunia Arab memuji keberaniannya yang teramat sangat. Penduduk Iraq, negara kelahirannya, keluar ke atas jalan raya menari-nari sambil mengangkat but yang sama seperti milik Muntadar itu.

Tindakan Muntadar, walaupun bukan satu amalan biasa bagi wartawan di Malaysia atau di mana-mana negara sekalipun, dianggap sebagai luar biasa. Ia adalah nilai berita terhebat setakat ini. Ia juga akan menjadi catatan year ender terhebat bagi tahun ini.

Muntadar mengambil kesempatan di sidang akhbar yang diadakan sempena 'lawatan perpisahan' Bush sebagai Presiden Amerika ke kota Baghdad itu, untuk meluahkan perasaannya yang amat berat dipendamnya selama ini.

Sambil melontar, Muntadar melaung ''ini kucupan perpisahan untuk kami anjing!'' Lelaki itu mengambil sebelah lagi kasutnya dan terus melontar sambil melaung ''ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq." Bush tangkas menunduk bagaikan pemain besbol mengelak bola lisut yang akan menghentam mukanya.

Laungan itu menterjemahkan betapa ribuan rakyat Iraq - wanita, kanak-kanak dan orang tua terkorban atau dilenyapkan dari muka bumi negara itu.

Jeritan Muntadar itu juga pastinya akan menjadi ikonik. Ia datangnya dari dalam hati nuraninya. Muntadar hanyalah insan biasa, seorang rakyat Iraq yang hanya mahu meluahkan perasaannya.

Dia bukanlah pengebom berani mati, yang mahu meletupkan dirinya sia-sia, tetapi mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Bush perlu diaibkan. Bagi orang Arab, membaling kasut ke muka seseorang adalah perkara yang paling hina.

Walaupun balingan itu tidak mengenai sasaran - namun aib telah dilemparkan. Bush tidak akan lupa kejadian yang menimpa dirinya itu, sampai mati.

Simbolik

Semasa menyatakan rancangannya akan ke Iraq, sebagai simboliknya sebelum meninggalkan White House, tertanya kita betapa egonya Presiden itu. Mengapakah perlu beliau pergi ke situ, setelah perbuatannya terhadap Iraq selama ini telah dikutuk satu dunia. Malah rakyatnya sendiri menolaknya mentah-mentah, sehinggakan calon partinya sendiri pun menjadi mangsa akibat badi Bush itu. Semuanya gara-gara serangan-penjajahan, arahan Bush ke atas Iraq.

Apa pun, Muntadar kini menjadi hero bagi rakyat Arab. Ternyata bukan puak Sunni sahaja yang membenci Bush, malah Syiah seperti Muntadar pun sama. Lawatan Bush itu diadakan beberapa hari sebelum rakyat Iraq memperingati dua tahun Saddam Hussein digantung sampai mati oleh rejim Iraq, boneka Bush.

Para wartawan Arab yang lain menyifatkan tindakan rakan sejawatan mereka itu sebagi satu manifestasi ''kebencian yang amat sangat terhadap Bush." Sementara laporan dari Washington pula memihakkan berita (slant) dengan menyifatkan Muntadar ''hanya mahu mendapatkan perhatian dan ia satu kes terpencil."

Majikan Muntadar, sebuah stesen televisyen, Al-Banghdadia berpangkalan di Mesir, mengeluarkan kenyataan mendesak pekerjanya itu dibebaskan daripada tahanan dengan alasan ''selari dengan demokrasi dan kebebasan bersuara yang mahu diterapkan oleh Amerika ke atas rakyat Iraq.

''Sebarang langkah ke atas Muntadar bolehlah dianggap sebagai satu tindakan oleh rejim diktator."

Ironinya, sebaik sahaja insiden itu berlaku media Barat dipercayai cuba menutup aib itu. Agensi berita menghantar gambar yang tertera nota kepada editor di bawah imej itu yang menegaskan bahawa gambar itu hanya untuk kegunaan editorial sahaja, dan bukan untuk tujuan lain termasuk ''pengiklanan, papan tanda…''

Namun, yang penting seorang insan wartawan bernama Muntadar Al-Zeidi - telah mencipta berita dunia.

rujuk di sini

Sudi menjadi isteri ke dua saya?

Gambar Hiasan-Perkahwinan Presiden PMIUM-Saudara Hafizuddin baru-baru ini..


“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

“Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fulanah mula sebak.

“Tak. Maksud saya…”

“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fulanah dengan kasar.

“Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu ‘Fulanah’ di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini.

Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya yang berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

“Ada hikmah,” bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang Muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai Muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fulanah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian.

Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fulanah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun.

Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tanpa segan silu.
“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.
“Err, err, betul ke ni?!” tergagap Fikri apabila menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

“Kenapa saya?” tanya Fikri ingin tahu.
“Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
“Baiklah,” jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
“Ye sayang?” jawab Fikri sambil memandu.
“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut hati kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

“Kita dah sampai,” Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, menghadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

“Itu isteri pertama abang,” Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.
“Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
“Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
“Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

“Perjuangan!!” jawab Fikri.
——————————————
Sedarlah semua kalian akan dimadukan!
Jika dirimu bakal seorang isteri…
Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan,
Bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini…

Tetapi anda adalah bakal isteri kedua!!!
Kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!!!

Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…
Kehadiran dirimu…
Adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan Islam
Bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu!
Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga dirimu…
Dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan Islam!

Jika dirimu bakal seorang suami…
Terimalah hakikat…
Anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya
Atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu!!!
Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya,
Kerana suami yang pertama bagi isterimu…
Ialah perjuangan Islam dan memartabatkannya!

Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai Islam dan memperjuangkan Islam.
Jika dirimu tidak sedemikian,
Sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu!
Bantulah isterimu dan kuatkanlah dia untuk teruskan perjuangan

----------------------
-Karya Abu Izz yang boleh dijadikan renungan..

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Teratak Bonda 17 Disember 2008

Akademi Fantasia Di Sekolah

Beberapa mata pelajaran bersifat akademik di sekolah rendah akan digugurkan dan digantikan subjek baru yang memberi penekanan terhadap latihan amali selaras dengan transformasi sistem pendidikan yang akan dilaksanakan mulai 2010.

Mata pelajaran baru yang akan diperkenalkan termasuk komunikasi dan subjek berteras kesenian, seperti drama serta tarian.

"Ia akan dimuktamadkan tidak lama lagi. Langkah memperkenalkan subjek baru bersifat praktikal ini bertujuan menilai kebolehan pelajar secara lebih menyeluruh serta adil dan bukannya berdasarkan peperiksaan semata-mata".

"Ia bagi menyamaratakan peluang antara pelajar bandar dan luar bandar mencapai kecemerlangan lebih seimbang, selain memastikan pelajar seronok mengikuti pembelajaran serta tidak dibebani pelajaran tidak perlu," katanya kepada pemberita, semalam.

Jadi untuk para ibu-bapa bolehlah menyiapkan anak-anak anda untuk sessi saringan peringkat pertama Akademi Fantasia antara sekolah-sekolah rendah.

Mana-mana ibu-bapa yang telah mendaftar anak-anak mereka untuk sessi persekolahan darjah 1 tahun depan dinasihatkan supaya menunda kemasukan anak-anak daripada tahun depan kepada tahun 2010. ini adalah untuk memberi lebih peluang kepada anak-anak ini bersaing dari darjah 1.

Ibu-bapa juga tidak perlu risau sekiranya anak-anak anda "bodoh", "bangang", "buta huruf", "bebal" atau apa-apa yang sewaktu dengannya kerana mengikut sukatan pelajaran semi Akademi Fantasia ini, kebolehan pelajar dinilai secara lebih menyeluruh serta adil dan bukannya berdasarkan peperiksaan semata-mata.

Maknanya jika anak-anak anda tidak lulus peperiksaan (0% / otak zero) mereka masih dianggap cerdik pandai dan juga berkebolehan sekiranya mereka handal dalam berlakon, menari atau apa-apa kebolehan lain atau "praktikal" (bodoh/bangang tak pe asal pandai berlakon/menari).

Mulai 2010 juga, para pelajar akan dipermudahkan lagi pembelajaran tanpa dibebani dengan "pelajaran tidak perlu"
Jika anak-anak tuan-puan atau tuan-puan sendiri merasakan ada beberapa mata pelajaran yang "tidak perlu dipelajari" (dalam sukatan matapelajaran sekolah rendah) maka tak payah belajar... jangan buang masa anak-anak anda.

Pihak kementerian pelajaran juga akan memastikan bahawa para pelajar akan berasa "seronok" dengan sukatan pembelajaran yang baru ini (mana la tak seronok kalau dah pi sekolah macam masuk Akademi Fantasi, tak payah belajar sangat mata pelajaran yang "tak perlu").

Luahan rasa pejuang agama…

::Dakwah Itu Perlu Hikmah::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Teratak Bonda 17 Disember 2008

Monday, December 15, 2008

Sajak Oh Melayu

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan

Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan

Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut

Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan

Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Makluman : Jemputan Walimah

Sebagaimana mesej yang diberikan kepada saya sebentar tadi…
---------

“Salam, saya Mohd Nazimi Zaim Bin Ismail @ Pak Su , berbesar hati menjemput saudara-saudari ke Majlis Walimatul Urus saya pada hari ISNIN-26/01/2009 (Raya Cina Pertama) di no.31, Batu 3 ¼ , Belakang Masjid Telok Cengai, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar , Kedah. Pada yang inginkan kad jemputan boleh mesejkan kepada saya(pak su), saya juga mewakilkan anda untuk sebarkan info ini sahabat2 kita yang lain. Terima Kasih”

----------
Nazimi Zaim @ Pak Su adalah senior saya di Maahad walaupun nama kami hampir sama (walimah ini bukan walimah saya ye). Ketika di Maahad merupakan Ketua Pengawas LPTT Maahad pada era kepimpinan tahun 2000. Meneruskan pengajiannya di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (APIUM). Sekarang merupakan pensyarah di Politeknik Kulim. Sentiasa menjadi rujukan saya, sobri dan sahabat2 lain ketika kami berada di Maahad dalam soal urus tadbir pengawas dan juga dakwah serta tarbiah.

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Teratak Bonda 15 Disember 2008

Makluman : Untuk SMPPA 1107

Subjek Sem depan untuk warga SMPPA 1107

- Strategi pengajaran dan profesionalisme Guru Bahasa Arab
- Tarannum al-Quran
- Penilaian dalam Pendidikan Islam
- Profesionalism Guru Pendidikan Islam
- Seni Dalam Pendidikan (SDP)
- Kokurikulum 5

------------------
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Teratak Bonda 15 Disember 2008

Gambar Hari Ini : Bush kena baling kasut

In this image from APTN video, a man, centre throws a shoe at US President George W. Bush, background left, during a news conference with Iraq Prime Minister Nouri al-Maliki, Sunday, Dec. 14, 2008, in Baghdad, Iraq. On an Iraq trip shrouded in secrecy and marred by dissent, President George W. Bush on Sunday hailed progress in the war that defines his presidency and got a size-10 reminder of his unpopularity
An Iraqi man throws a shoe at President George W. Bush during a new conference with Iraq Prime Minister Nouri al-Maliki on Sunday, Dec. 14, 2008, in Baghdad. A man threw two shoes at Bush, one after another, during the news conference. Bush ducked both throws, and neither man was hit. (AP Photo/Evan

In this image from APTN video, US President George W. Bush, left, ducks as a man throws a shoe at him, during a news conference with Iraq Prime Minister Nouri al-Maliki, Sunday, Dec. 14, 2008, in Baghdad, Iraq. On an Iraq trip shrouded in secrecy and marred by dissent, President George W. Bush on Sunday hailed progress in the war that defines his presidency and got a size-10 reminder of his unpopularity when a man hurled two shoes at him during a news conference. (AP Photo)

In this image from APTN video, an man throws a shoe at President George W. Bush during a news conference with Iraq Prime Minister Nouri al-Maliki on Sunday, Dec. 14, 2008, in Baghdad. The man threw two shoes at Bush, one after another. Bush ducked both throws, and neither man was hit. (AP Photo/APTN)

US President George W. Bush(2ndL), surrounded by security personnel, smiles after an Iraqi man threw his shoes at Bush during a joint press conference with Iraq's Prime Minister Nuri al-Maliki at Maliki's private office during an unannounced visit to Baghdad, Iraq, on December 14, 2008. The trip marks Bush's fourth visit to the country during his presidency. AFP PHOTO / Saul LOEB (Photo credit should read SAUL LOEB/AFP/Getty Images)
.US. President George W. Bush reacts to calm down after a shoe was thrown at him by an Iraqi reporter during a joint press conference with Iraqi Prime Minister Nuri al-Maliki (unseen) in Baghdad December 14, 2008. President George W. Bush made an unannounced farewell visit to Baghdad today, just weeks before he leaves his office to President-elect Barack Obama. AFP PHOTO/ Thaier al-Sudani -POOL (Photo credit should read THAIER AL-SUDANI/AFP/Getty Images)


Lawatan akhir Bush ke Iraq disambut balingan kasut

BAGHDAD: Kunjungan Presiden George W. Bush semalam sepatutnya menjadi lawatan terakhir ke Iraq sebelum meninggalkan White House bulan depan.

Beliau tidak menerima “cenderamata penghargaan” daripada rakyat Iraq, sebaliknya menerima balingan kasut ketika mengadakan sidang media bersama Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki.Seorang wartawan Iraq melemparkan dua kasut terhadap Bush tetapi tidak menepati sasaran kerana beliau sempat mengelak balingan.

Kasut itu kemudian mengenai dinding belakang.Nouri bagaimanapun cuba menyelamatkan Bush walapun balingan itu tidak mengena.

“Ini ciuman perpisahan untuk anda, anda anjing!” jerit wartawan berkenaan dalam bahasa Arab.

Dia kemudian dikenali sebagai Muntadar al-Zeidi iaitu koresponden bagi saluran televisyen Iraq, Al-Baghdadia yang berpangkalan di Kaherah, Mesir.

Kemudian Bush bergurau: “Ia (kasut) bersaiz 10.”

Kunjungan itu diadakan 37 hari sebelum Bush meninggalkan White House.Bush akan digantikan Barack Obama pada 20 Januari ini.Bush menggerakkan tindakan ketenteraan ke atas Iraq pada 2003 dalam usaha menggulingkan Saddam Hussein.Ketika Saddam digulingkan, pentadbiran Bush disanjung tinggi.

“Perang belum berakhir lagi,” kata Bush sambil menambah, perang itu akan mencapai kemenangan kelak.

Selepas itu Bush berlepas ke Afghanistan yang turut diserang Amerika Syarikat atas nama peperangan ke atas pengganas pada tahun 2001.

Thursday, December 11, 2008

Bersama 3 Piala....

Bersama Piala Malaysia..

Bersama Piala FA

Bersama Piala Liga Super

Khitbah Usia Muda

"Jika ada IPT yang hendak diberikan penghormatan mengenai usaha menggalakkan perkahwinan para penuntutnya, markah yang penuh wajar diberikan kepada UIAM. Semenjak dahulu lagi UIAM menggalakkan siswa dan siswi bernikah dengan memberikan saguhati kepada mereka. Mungkin jumlah yang diberikan itu tidak lah dapat menampung sepenuhnya mahar yang tinggi di Malaysia, namun ianya akan dapat menampung serba sedikit bebanan itu. Diharapkan agar saguhati yang diberikan itu dapat digandakan di masa-masa hadapan demi mengurangkan gejala maksiat di kalangan siswa dan siswi yang kini tidak mengenal sempadan. IPT-IPT lain juga wajar mencontohi UIAM di dalam hal ini"


Duit tak ada, tapi hati mahu kahwin!

Maszlee Malik

Sabda Rasulullah SAW: "Wahai orang-orang muda, sesiapa yang mempunyai kemampuan di kalangan kamu, hendaklah mereka berkahwin. Sesungguhnya ia lebih menjaga pandangan. Barangsiapa yang tidak mampu, hendaklah mereka berpuasa, sesungguhnya ia adalah perisai" (H.R. al-Bukhari)

Antara keluhan yang sering diluahkan oleh para siswa-siswi di IPT ialah tidak mempunyai kemampuan untuk berkahwin. Tuntutan naluri muda mereka menyeru mereka untuk berkahwin. Persekitaran yang diwarnai oleh kefasadan dan maksiat juga menuntut mereka untuk menghalalkan perhubungan berlainan jenis yang merupakan sifat tabi'i manusia. Kajian-kajian oleh sesetengah pihak dan juga laporan-laporan media membuktikannya. Samada hasil kajian yang pernah didedahkan oleh akhbar kosmo pada awal tahun 2006, mahupun apa yang telah dilaporkan oleh NST pada 18 Ogos 2006. Kesemuanya membuktikan kemelut yang sedang dihadapi oleh para siswa dan siswi di IPT-IPT. Sayang sekali, kemampuan material mereka tidak membenarkan pernikahan dilangsungkan di alam pengajian. Ibubapa moden yang berfikiran materialistik dan kolot juga menjadi penghalang utama. Bagi para ibubapa, anak-anak mestilah menghabiskan pengajian, mestilah mempunyai kerja yang tetap dan kukuh, membeli kereta, barulah anak-anak tersebut boleh berkahwin. Akhirnya, anak-anak di IPT bergelumang dengan dosa berpacaran dan berkhalwat yang dilarang oleh Allah SWT.

Adakah kemampuan untuk bernikah terletak pada kerjaya, segulung ijazah, kereta, ataupun gaji yang lumayan?

Menurut jumhur ulama, kemampuan yang dimaksudkan oleh hadis di atas adalah kemampuan untuk membayar mahar (mas kahwin dan bukan hantaran). Mahar boleh di dalam pelbagai rupa. Ada sahabat yang memberikan mahar hanya dengan sebentuk cincin besi sahaja. Malah ada yang memberikan mahar di dalam bentuk surah al-Quran yang mereka hafal. Apa yang menjadi persoalan utamanya, institusi kekeluargaan itu mesti dipopularkan. Usaha untuk memudahkan pembentukan sebuah institusi kekeluargaan itu adalah satu kewajipan di dalam mana-mana komuniti. Perhubungan secara halal akan dapat mengelakkan banyak masalah sosial yang dihadapi masyarakat. Sayang sekali jika usaha pembentukan mahligai yang suci ini sentiasa dihalangi oleh batas-batas material yang kita sendiri ciptakan.

Ibn al-Qayyim pula mempunyai pentafsiran yang lebih ekstrim berhubung "kemampuan" yang disebutkan oleh hadis tersebut. Bagi beliau, kemampuan yang dimaksudkan ialah "kemampuan fizikal". Oleh yang demikian, barangsiapa yang tidak mempunyai kemampuan "fizikal" untuk menjalankan tanggung jawab sebagai suami, hendaklah mereka berpuasa untuk menjana kekuatan "dalaman". Walau bagaimanapun, ini bukanlah pendapat yang popular. Pendapat jumhur ulama mengenai kemampuan yang ditafsirkan sebagai kemampuan untuk membayar mahar merupakan pendapat yang kuat.

Penentuan mahar


Antara persoalan yang mungkin timbul lewat perbincangan mengenai mahar ialah, milik siapakah "penentuan mahar" tersebut. Adakah ianya milik si dara, ataupun bapanya. Di dalam pengamalan masyarakat Melayu dari dahulu lagi, si bapalah yang menentukan kadar mahar si gadis. Jika mereka letakkan terlalu murah, nanti ada yang megatakan, anak gadisnya terlalu murah. Jika mereka letakkan terlalu mahal, nanti ada pula yang mengatakan, mereka menjual anak. Maka adat dan harga pasaran tempatanlah yang menjadi ukuran. Apa yang penting, mahar adalah hak mutlak si bapa untuk menentukannya. Lazimnya di Malaysia, orang utara terkenal dengan mahalnya mahar, orang Pantai Timur terkenal dengan mahar yang rendah, manakala orang di tengah dan selatan mengukurnya mengikut keadaan keluarga dan juga kebiasaan saudara mara. Adakah ini bertepatan dengan Islam?

Di dalam Islam, si gadislah yang mempunyai kuasa mutlak ke atas maharnya. Si gadis mempunyai kuasa penuh untuk menentukan jumlah mahar yang beliau kehendaki. Walaupun al-Quran dan al-Sunnah tidak menghadkan harga siling untuk mahar, namun Rasululah SAW menasihatkan anak-anak gadis agar tidak meletakkan mahar yang terlampau tinggi. Gadis-gadis yang menuntut mahar yang rendah dipuji oleh Rasulullah SAW. Perkara seumpama ini tidak berlaku di Malaysia kita, malah ianya juga tidak berlaku di kebanyakan negara-negara Islam. Uruf atau adat yang banyak memainkan peranan. Si bapa yang mempunyai kuasa dominan sering berperanan untuk menentukan jumlah mahar anak-anak gadis mereka. Kebiasaannya, ianya diukur menurut jumlah kos perbelanjaan perkahwinan yang terpaksa mereka tanggung.

Isu yang cuba diketengahkan di sini ialah, adakah perletakan mahar yang tinggi sesuai untuk warga IPT?, ataupun kita terus akur dengan adat lantas menghalang anak-anak di IPT daripada berkahwin, semata-mata kerana halangan mahar yang tidak mampu untuk mereka bayar?

Berterusanlah anak-anak di IPT di dalam gelombang maksiat di atas nama coupling dan kebebasan individu.

Cara mengatasinya

Jika benar para siswa dan siswi ingin mengelakkan diri dari melakukan maksiat dan berniat untuk menghalalkan perhubungan mereka, mereka hendaklah bernikah. Itulah sahaja penyelesaiannya. Seumpama tema NOKIA, "Nokia – connecting people", kita mengatakan "NIKAH – Connecting people". Alasan yang sering diungkapkan ialah "Duit tak ada, tapi hati mahu kahwin..."

Apakah tiada solusi yang praktikal di dalam hal ini?, tidak!, solusinya ada, Cuma kesungguhan yang tiada. Apakah solusinya?

1. Peranan Jabatan-jabatan agama dan pusat-pusat zakat


Salah seorang siswa pernah mengadukan kerenah birokrasi yang dihadapi beliau untuk bernikah di zaman pembelajaran. Jabatan-jabatan agama bagaikan tidak menggalakkan anak-anak IPT bernikah dengan mudah. Mungkin mereka lebih gemar untuk mengendap dan memberkas pasangan yang berkhalwat daripada menggalakkan anak-anak muda bernikah. Imam-imam dan para kadi juga nampaknya kurang "jantan" di dalam perkara ini. Majoriti mereka lebih takutkan prosedur dan juga apa yang termakstub di atas kertas berbanding dengan apa yang tertulis di dalam al-Quran dan sunnah. "Saya tidak ada kuasa, nanti saya yang akan kena dakwa!", merupakan ungkapan-ungkapan yang biasa didengari dari mulut para imam dan kadi yang diminta untuk memudahkan urusan perkahwinan anak-anak muda IPT yang tidak dapat melalui proses birokrasi yang konvensional.

Pernah berlaku, seorang muallaf yang ingin bernikah tetapi tidak mendapatkan surat pengesahan masuk Islam dari negara asalnya telah dihalang daripada berkahwin oleh seorang jurunikah di ibu negara. Muallaf tersebut telah membandingkan proses perkahwinan yang jauh lebih mudah di negaranya yang kafir melalui khidmat gereja berbanding dengan proses pernikahan di Malaysia "Darul Islam" ini. Bukan sekali, sepanjang umur saya yang masih muda ini, sudah dua tiga kali para muallaf mengadukan hal yang sama. Lebih parah, ada di antara juru nikah yang tidak berani menikahkan sepasang muallaf hanya kerana tiada surat sokongan dari bapa si gadis yang bukan Islam. Mungkin gambaran ini hanya segelintir kerenah yang terpaksa dihadapi oleh anak-anak muda bila berhadapan dengan kerenah birokrasi jabatan-jabatan agama dan juru nikah-juru nikah. Realitinya mungkin lebih banyak lagi masalah yang mereka hadapi. Tidak hairanlah mereka mengambil jalan yang mudah, iaitu dengan berzina atau bersekedudukan mahupun berpacaran yang jauh lebih mudah. Malangnya, di dalam kes mengendap dan mencekup pasangan yang berzina dan berkhalwat, personel-personel agama ini akan beriskap pro-aktif!

Sewajarnya jabatan-jabatan agama dan personel-personel agama ini memudahkan proses perkahwinan anak-anak muda. Lebih baik lagi jika disediakan satu pakej perkahwinan IPT di mana prosesnya dimudahkan dan diberikan bonus serta saguhati. Bukankah di dalam usul al-fiqh ada kaedah "fath al-dharai'" (membuka jalan-jalan kebaikan). Bukankah juga kaedah fiqh juga ada yang mengatakan "al-wasilah yak hudhu hukmu al-ghayah" (hukum kepada jalan yang membawa kepada sesuatu perkara adalah mengikut hukum matlamatnya). Rasulullah SAW juga ada bersabda: "Penunjuk jalan kebaikan akan mendapat pahala seperti pembuatnya".

Jabatan-jabatan agama juga sepatutnya tidak hanya mengadakan kursus-kursus perkhawinan, tetapi juga hendaklah menganjurkan kursus "promosi perkahwinan" dan juga "karnival nikah" seperti karnival membeli belah. Eksperiman Jabatan Agama Wilayah menganjurkan perkahwinan beramai-ramai patut dicontohi oleh semua jabatan agama di seluruh Malaysia. Pusat zakat juga sepatutnya bekerjasama dengan jabatan-jabatan agama agar dapat mengurangkan beban mahar yang terpaksa ditanggung oleh pasangan-pasangan muda ini. Upacara perkahiwnan beramai-ramai ataupun "karnival nikah" ini juga sepatutnya dijadikan upacara penarik pelancong. Laksanakan ia di Dataran Merdeka ataupun di dataran KLCC agar ianya benar-benar dijadikan sebagai karnival. Biarlah seluruh negeri melakukannya, biarlah ianya menjadi lebih hebat dari "Jom Heboh". Rasanya, kerjasama TV3 juga perlu, mungkin mereka juga boleh menjadikannya sebagai acara "Nikah Heboh". Karnival tersebut jangan hanya diserikan dengan acara nikah dan makan sahaja, tetapi pameran, forum perdana, ceramah, persembahan nasyid dan sketsa serta jualan murah barang-barang keperluan harian untuk keluarga juga patut dijadikan acara sampingan.

2. Peranan IPT

Jika ada IPT yang hendak diberikan penghormatan mengenai usaha menggalakkan perkahwinan para penuntutnya, markah yang penuh wajar diberikan kepada UIAM. Semenjak dahulu lagi UIAM menggalakkan siswa dan siswi bernikah dengan memberikan saguhati kepada mereka. Mungkin jumlah yang diberikan itu tidak lah dapat menampung sepenuhnya mahar yang tinggi di Malaysia, namun ianya akan dapat menampung serba sedikit bebanan itu. Diharapkan agar saguhati yang diberikan itu dapat digandakan di masa-masa hadapan demi mengurangkan gejala maksiat di kalangan siswa dan siswi yang kini tidak mengenal sempadan. IPT-IPT lain juga wajar mencontohi UIAM di dalam hal ini.

IPT-IPT juga wajar menganjurkan karnival nikah untuk mengurangkan perbelanjaan kenduri kahwin oleh para pasangan muda. Jadikan ia acara tahunan. Pusat zakat juga boleh memainkan peranan mereka untuk membantu IPT-IPT di dalam menjayakan hal ini. Saguhati atau bonus juga sepatutnya diberikan kepada pasangan-pasangan yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan mereka. Sebagai contoh, mereka yang mendapat CGPA melebihi 3.5, bonus daripada HEP akan diberikan. Melalui cara yang sedemikian, masalah penurunan prestasi belajar siswa dan siswi yang telah berkahwin akan dapat diatasi. Blok asrama untuk kelamin juga wajar diwujudkan untuk mengurangkan kos sewa rumah di kalangan pasangan-pasangan muda di IPT.

Yakinlah, jika perkara seperti ini tidak dilakukan, gejala maksiat akan semakin berleluasa di masa hadapan. Lebih ditakuti lagi, apabila maksiat sudah dipandang biasa dan sudah menjadi norma. Pada waktu itu, masyarakat yang wujud akan menjadi masyarakat yang bobrok serta punah. Jika IPT-IPT tidak mengambil inisiatif pun, akan sentiasa terdapat pasangan siswa dan siswi yang akan menggunakan cara lain untuk bernikah. Kelazimannya, Golok akan menjadi destinasi terkahir mereka untuk menghalalkan perhubungan cinta yang sudah tidak dapat dibendung dan dihalang.

3. Simpanan khas

Para siswa dan siswi tidak sewajarnya hanya mengharapkan pihak lain melakukan sesuatu sahaja. Mereka perlu bersikap pro aktif. Para siswa dan siswi sepatutnya telah mula merancang kehidupan mereka di masa hadapan semenjak hari mereka mengakhiri peperiksaan SPM. Satu akaun khas untuk kehidupan masa depan wajib diusahakan. Pastikan sejumlah daripada segala pendapatan bulanan dimasukkan ke dalam akaun khas tersebut. Lebih baik jika ianya dimulakan lebih awal daripada itu. Bukan hanya pihak siswa sahaja, malah pihak siswi pun sepatutnya juga mempunyai usaha yang sama. Pastikan segala duit perolehan hasil durian runtuh juga dimasukkan ke dalam akaun khas berkenaan. Usaha sebegini akan memberikan keyakinan kepada ibubapa bahawa anak-anak mereka sudah matang dan mempunyai wawasan.

Kebiasaannya ibubapa ragu-ragu tentang kematangan anak-anak. Mereka masih lagi risaukan tahap pemikiran dan kematangan anak-anak mereka. Turut silap juga ialah anak-anak juga yang tidak menunjukkan kesungguhan dan kematangan. Para ibubapa tidak dapat melihat bukti yang anak-anak mereka benar-benar mampu untuk berdikari. Perkara sebaliknya jika mereka mendapati anak-anak tersebut telah mempunyai perancangan dan mempunyai wawasan. Kematangan anak-anak akan segera dapat dihidu. Amat mengecewakan ramai di kalangan siswa dan siswi yang ingin berkahwin tetapi tidak mempunyai perancangan yang teliti dan boleh dipercayai. Lebih mengharukan lagi jika mereka hanya beriya-iya hendak kahwin di mulut sahaja, tetapi tidak bersikap matang di dalam tindakan. Di dalam hal ini jangan dipersalahkan ibubapa yang bersikap konservatif, salahkan diri sendiri dahulu. Moralnya, mulalah mengumpul duit dari sekarang!

4. Pendapatan sampingan

Di pasaran kini, buku-buku mengenai mencari duit tambahan akan laku seperti goreng pisang panas. Buku-buku karangan Robert Kiyosaki, Azizi Ali, dan lain-lain tokoh dalam dan luar negara menjadi "best seller". Mengapa?, kerana tuntutan hidup di era globalisasi ini memaksa kita mencari pendapatan sampingan. Begitu juga halnya dengan para siswa dan siswi. Apabila disebutkan pendapatan sampingan, jangan hanya terbayangkan restoran-restoran makanan segera sahaja. Zaman kini adalah zaman "outsourcing". Kebanyakan projek-projek yang dilaksanakan oleh syarikat-syarikat besar akan dibahagi-bahagikan kerjanya kepada syarikat-syrikat kecil yang lain. Bagi sesiapa yang pandai di dalam bidang grafik, reka bentuk, media, multimedia, peluang untuk mendapatkan pendapatan sampingan sentiasa terbuka luas. Hanya perlu rajin lebi sedikit sahaja.

Bagi yang pandai menulis dan melukis, mereka juga boleh menggunakan bakat tersebut untuk menjana pendapatan. Penjualan buku-buku, terutamanya novel dan cerpen kini menjadi begitu popular. Terokailah ia untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Bagi yang tidak mampu untuk melakukan perkara-perkara yang telah disebutkan di atas, ruang motivasi, tiusyen, dan banyak lagi kerja-kerja akademik yang boleh mereka lakukan. Bagi sesiapa yang lebih rajin, carilah pensyarah-pensyarah yang sedang melakukan pengkajian dan juga penyelidikan. Kebiasaannya para pensyarah tidak akan cukup dengan seorang pembantu kajian (research assistant). Tawarkan khidmat anda, mereka pasti akan gembira untuk mengupah anda bekerja. Peluang perniagaan melalui khidmat-khidmat juga ruang yang boleh dieksplorasi oleh para siswa. Terdapat juga di kalangan siswa dan siswi yang terlibat dengan perniagaan MLM, tetapi risikonya tinggi. Perkara yang sering berlaku ialah waktu mereka akan dihabiskan dengan banyak untuk tujuan berkenaan. Mungkin perniagaan insurans lebih ringan daripada MLM.

Apa yang penting di sini, para siswa dan siswi hendaklah mula mengumpul duit untuk berkahwin melalui pendapatan sampingan. Usaha ini akan membantu para siswa dan siswi membina keyakinan di hati para ibubapa. Jikalaulah mereka beralasan anak-anak tidak mampu lagi untuk berkahwin kerana kelemahan di bidang material, maka jika siswa dan siswi tadi sudahpun mempunyai pendapatan sampingan, mereka akan mati hujah. Pengalaman mencari duit di alam kampus juga akan membantu para siswa dan siswi di dalam alam kerjaya mereka. Mereka akan menjadi lebih berdikari, berpengalaman dan lebih berkeyakinan untuk menempuhi kehidupan pasca kampus. Jika mereka ikhlas, Allah akan sentiasa membantu. Apatah lagi jika kerja-kerja itu dilakukan untuk menyahut seruan Allah dan RasulNya.

Kesimpulan

Tiada masalah yang Allah berikan kecuali di sana ada jalan penyelesaiannya. Di sebalik semua ujian dan cabaran ada hikmahnya. Kelebihan anak-anak Adam yang tiada pada makhluk lain adalah akalnya. Lontaran ide-ide di dalam artikel ini hanyalah sebahagian dari cetusan minda seorang pendidik. Para siswa dan siswi tentunya lebih kreatif dan lebih mengetahui hal keadaan mereka. Seperkara yang penting, para siswa dan siswi Muslim harus sedar tujuan kehidupan kita diciptakan. Kemuncak kehidupan seorang hamba ialah jika mereka dapat memastikan setiap detik dan saat di dalam kehidupannya berlandaskan syariat Allah. Pastikan juga redha dan juga cinta Allah yang menjadi buruan. Pernikahan adalah sebahagian daripada usaha untuk mendapatkan keredhaan Allah dan RasulNya. Perkahwinan juga merupakan wasilah untuk seorang hamba menjauhi larangan Allah. Perkahwinan juga akan dapat membantu para hamba untuk melalui setiap langkah di dalam hidupnya di atas naungan kecintaan Allah. Mengapa bertangguh lagi?, ayuh segera mulakan langkah!

Rujukan Internet
-------------------------------
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Teratak Bonda 11 Disember 2008

Berhenti merokok suatu pengorbanan terbaik

Oleh DR. IRFAN MOHAMAD

DALAM kemeriahan menyambut hari Lebaran Aidiladha pastinya mimbar masjid tidak lekang daripada menyebut kisah pengorbanan agung yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim dan anak baginda Nabi Ismail. Juga peranan yang dimainkan oleh seorang ibu yang bernama Siti Hajar yang daripada keyakinannya kepada Allah dan kesetiaannya kepada suaminya menjadikan Mekah sebuah bandar yang berkembang pesat sehingga mencapai statusnya pada hari ini.

Entah mengapa seminggu dua ini isu rokok kembali segar dalam perbicaraan masyarakat, bermula daripada isu untuk mewartakan fatwa haram merokok yang telah diputuskan sejak 1995 oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, pensyarah dan pakar perubatan yang muncul dengan pelbagai penemuan kesan buruk akibat merokok, sehinggalah kepada soal penajaan syarikat rokok dalam mempengaruhi hala tuju perkembangan bola sepak kebangsaan.

Walau apa pun perbincangannya, dalam kapasiti individu, setiap orang antara kita lebih-lebih lagi seorang Muslim haruslah melihat isu rokok ini sebagai suatu yang mega serius dan bukan sekadar menyertai perbincangan secara di pinggiran.

Sudah penat rasanya menghebahkan tentang keburukan dan bahaya merokok, juga telah hampir habis ikhtiar oleh kerajaan yang dijalankan termasuklah kempen 'Tak Nak,' menaikkan cukai hampir setiap tahun, meletakkan gambar kesan rokok pada kotaknya, pengharaman merokok di tempat-tempat awam yang diwartakan dan sebagainya.

Namun ia sekadar menjadi seperti air banjir yang melanda yang akan surut kepada keadaan asal sehabis musim kehadirannya. Yang membezakannya ialah paras bilangan perokok ini tidak pula menunjukkan tanda-tanda turun, bahkan ia semakin naik setiap hari.

Kajian oleh sekumpulan penyelidik Amerika Syarikat yang diterbitkan dalam sebuah akhbar arus perdana baru-baru ini melengkapkan sedikit lagi kepada senarai bahaya merokok yang kian bertambah panjang saban tahun.

Wanita yang terdedah kepada asap rokok ketika zaman kanak-kanak dan remaja berisiko tinggi menghadapi masalah untuk hamil dan kerap mengalami keguguran berbanding wanita yang tidak menjadi perokok pasif ketika awal usia mereka.

Kerosakan

Kajian yang melibatkan 4,800 wanita itu juga turut menyatakan bahawa bentuk kerosakan yang berlaku dalam sistem tubuh adalah berbentuk kekal.

Dalam kerancakan pelbagai usaha dan ikhtiar pihak kedua atau ketiga untuk membantu golongan perokok ini daripada meneruskan tabiat mereka, faktor yang teramat penting yang sering kali kita terlepas pandang ialah kesanggupan dan 'insight' perokok itu sendiri.

Semua orang boleh menghulurkan tangan untuk membantu mereka yang terperangkap dalam amalan ini, namun jika perokok itu sendiri tidak turut sama-sama memberikan tangan mereka untuk ditarik keluar, maka sebanyak mana pun keringat dan bantuan yang dihulurkan ia akan menjadi suatu yang sia-sia sahaja.

Sambutan Aidiladha yang dirayakan setiap tahun seharusnya menjadi pembakar semangat untuk kita berhenti merokok, dan bukannya membakar batang rokok pada saat kita sedang melapah daging korban.

Mendengar sirah pengorbanan Nabi dan Rasul merupakan suatu yang indah, mengeluarkan sedikit wang untuk membeli seekor kambing atau satu per tujuh daripada bahagian lembu atau unta lagi indah. Namun membuktikan pengorbanan kita yang sebenar kepada Tuhan merupakan suatu yang paling indah jika ia dapat dilaksanakan.

Tidak perlulah kita menunggu untuk setiap negeri mewartakan fatwa haram rokok untuk dilaksanakan kerana ia hanyalah sekadar halangan teknikal sahaja.

Ulama seluruh dunia telah sepakat mengatakan ia haram, Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia yang terdiri daripada mufti-mufti negeri juga telah sepakat mengatakannya haram, para doktor telah membuktikan secara saintifik dan berasaskan bukti bahawa ia adalah membinasakan.

Allah telah mengatakan bahawa mencampakkan diri ke dalam kebinasaan adalah haram, maka siapakah kita untuk kekal mengatakan bahawa ia tidak haram.

Tidak malukah kita apabila ditimpa penyakit akibat rokok ini maka doktor yang menasihati kita itulah yang kita pergi jumpa, atau apabila nyawa di hujung halkum maka mufti itulah yang kita harapkan mengajarkan kita mengucap kalimah suci atau lebih hebat lagi jika kita meninggal dunia,

Allah yang mengamanahkan kita supaya menjaga kesihatan itulah yang kita jumpa dan memohon supaya dikasihani?

Dengan kemuliaan Aidiladha ini dan semangat pengorbanan yang kian memuncak ini marilah sama-sama kita membuktikan pengorbanan kita dalam apa jua kapasiti yang termampu agar kita menjadi hamba-Nya yang termasuk dalam golongan mereka yang sanggup berkorban demi-Nya dan bukannya mereka yang terkorban akibat mengingkari larangan-Nya.

Sesungguhnya sedikit perubahan dalam diri mungkin boleh menjadikan kita sebagai seorang manusia yang mulia pada pandangan-Nya seperti mana pada ejaan 'ROKOK' itu sendiri, dengan hanya mengubahkan 'O' kepada 'U', maka seorang makhluk Allah yang sentiasa merokok akan bertukar menjadi hamba yang rukuk (patuh) kepada kehendak-Nya.

Rujukan Utusan Malaysia
-----------------------
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Teratak Bonda 11 Disember 2008

Tuesday, December 9, 2008

Berani Mati vs Berani Bogel

Saya seperti malu sendiri apabila mendengar satu pasukan "berani bogel" oleh satu golongan yang mendakwa diri mereka adalah pejuang rakyat .

Memalukan dan sungguh mengaibkan , tambahan mereka rata - rata adalah beragama Islam . Hanya kerana memperjuangkan hak mereka sebagai rakyat yang didakwa tertindas dan tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan negeri Selangor lalu satu pasukan khas "berani bogel" ditubuhkan dan bila - bila masa akan tampil bogel dikhalayak ramai jika tuntutan mereka tidak ditunai.

Bila - bila pun saya hormat dan respek kepada golongan yang sanggup melakukan apa sahaja demi sebuah perjuangan . Tidak kira apa bentuk perjuangan dan apa pula matlamat yang ingin mereka capai , jika mereka sanggup untuk melakukan apa sahaja demi mencapainya maka saya kira mereka hebat .

Namun persoalannya terhenti diatas dua nokhtah yang perlu diambil kira kalaupun mahu berkorban demi sebuah perjuangan .

1. Apakah perjuangannya dan bagaimana matlamatnya ?
2. Bagaimana ia bertindak melunasi perjuangannya ?

Sebagai seorang muslim , mukmin yang mujaahid , kedua - dua nokhtah tersebut mestilah positif dan menepati kehendak syara' malah tidak bercanggah dengannya.

Tanpa menilai siapa yang benar dan salah dalam isu ini , dakwaan bahawa mereka memperjuangkan hak rakyat terindas yang dinafikan hak mereka adalah positif dan baik tetapi tidak semestinya kita bebas berbuat apa sahaja untuk mendapatkan hak kita .

Semangat mahu membela rakyat tiada siapa yang pertikai , justeru rakyat berhak mendapat bantuan dan pembelaan pada bila - bila masa apabila mereka dianiaya , tetapi tindakan mahu berbogel dikhalayak ramai adalah suatu yang negatif dan sangat mengaibkan . Malah ia juga tidak boleh dilihat atau dijamin berjaya .

Masih ada saluran yang lebih waras dan siuman untuk bertindak benteras kezaliman dan kekejaman . Berbogel adalah satu kezaliman ke atas diri sendiri yang sepatutnya dipelihara dan dijaga maruah nya. Berbogel pastinya tindakan tidak bertamadun dan mengundang penghinaan ummah ke atas pelakunya .

Saya tidak nampak kehebatan pejuang berani bogel untuk memperjuangkan hak rakyat melainkan apa yang saya nampak ialah satu kelucuan , satu kebodohan dan satu kelucahan melampau .

Kenapa tidak skuad "Berani Mati" ditubuhkan ?

Andai mereka benar - benar nekad dan merasakan mereka berada di pihak yang benar , saya kira mereka lebih dipandang mulia dan hebat jika mereka menubuhkan pasukan "berani mati" demi memperjuangkan hak rakyat yang tertindas .

Berani mati dilihat lebih serius dan ikhlas berkorban demi perjuangan dan rakyat tetapi berani bogel hanya dilihat tidak lebih untuk mencari publisiti murahan malah hina tanpa harga. Sekadar mencuri perhatian kerana siapa jua terserempak dengan orang berbogel , pasti sahaja pandangan teralih ke arahnya lalu beristighfar atau mengeluh mengenang punahnya harga diri anak bangsa .

Lihat sahaja beberapa orang pejuang berani mati yang sanggup mengorbankan darah dan nyawa mereka demi rakyat dan negara , biarpun pihak lawan mengutuk tindakan mereka , tetapi rakyat yang dibela memandang tinggi pengorbanan mereka . Terbaru kita boleh lihat bagaimana kebangkitan rakyat Thailand yang berani mati dalam menghadapi apa jua kemungkinan dengan berkampung di lapangan Terbang bagi mencapai cita - cita perjuangan mereka .

Rata - rata manusia biarpun mereka tidak bersetuju kerana tindakan pejuang berani mati itu menyusahkan orang lain dan mengorbankan mereka yang tidak bersalah , tetapi hati kecil mereka berkata , hebat sungguh rakyat Thailand sehingga sanggup mati demi perjuangan mereka dan mereka nekad sehingga jatuh sebuah kerajaan .

Berbeza dengan pejuang berani bogel , mereka kalaupun benar - benar nekad demi perjuangan mereka membela rakyat , mereka tidak dilihat hebat sebaliknya memalukan malah tidak berkesan kerana orang akan berkata pejuang - pejuang ini gila dan tidak waras serta tiada kemaluan.

Masih banyak aksi dan variasi yang boleh dipilih kalaupun pejuang - pejuang hak rakyat ini kreatif selain mewujudkan pejuang berani bogel .

Sehingga hari ini saya masih tersenyum sendiri , apakah rakyat negara ini mengalami hakisan maruah dan semakin lenyap kemaluannya.

Saya teringat bagaimana Allah swt mencabar orang Yahudi yang menganggap syurga adalah milik mereka sahaja . Hanya perjuangan mereka sahaja yang benar dan mereka sahaja yang berhak memasuki syurga Allah . Lalu Allah cabar , jika benar dakwaan kamu sila dambakan kematian ! nak tengok , agak - agak masuk syurga ke tidak ?


قل إن كانت لكم الدار الأخرة عند الله خالصة من دون الناس فتمنوا الموت إن كنتم صادقين

و لن يتمنوه أبدا بما قدمت أيديهم و الله عليم بالظالمين



Katakanlah Wahai Muhammad saw : Jika kamu hanya merasakan bahawa negeri akhirat ( syurga Allah ) hanya milik kamu semata - mata bukan hak orang lain , maka kamu mintalah kematian ( untuk kamu ) jika sekiranya kamu adalah orang - orang yang benar . Sekali kali mereka tidak ( berani ) mengharapkan kematian selama - lamanya lantaran apa ( dosa ) yang telah mereka lakukan . Sedang Allah swt Maha Mengetahui keadaan orang - orang yang zalim .

Surah al Baqarah . Ayat : 95 - 95

Jika kita yakin perjuangan kita benar sebagaimana para pejuang Islam pasti sahaja kita sanggup mati dan berani mati tetapi kita tidak sanggup berbogel apalagi untuk berani bogel sekalipun perjuangan itu dirasakan benar . Apalagi kalau perjuangan itu entahkan benar entahkan batil .
----------
- Rujukan di sini.
---------
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Teratak Bonda 9 Disember 2008

Makluman : Buat anak Kedah

Semua Mahasiwa Kedah di Jemput hadir.. Jangan lupa, hari raya ke empat..(11 Dis)
Makluman ke 2
Kuliah al-Adha oleh Tuan Guru Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki di dewan kuliah Kompleks al-Bukhari pada 10 Disember.. Semua di jemput hadir..

Tahniah..Ini Satu Amanah

Seorang yang mesra..Namun sayang, agak kurang berpeluang mengenalinya ketika di Maahad dulu..
Seorang yang tegas..banyak suka duka di kongsi bersama ketika bersama LPTTMM dan BDK Maahad dulu..Dalam tegas ada lembutnya..sekali tersenyum..terus terpesona..

Bersama di Maahad dalam kelas 4 Sc 1 dan 5 Sc 1.. Seorang yang lembut dan bersopan santun... Pejuang sejati BDK Maahad.. Tazkirah yang disampaikannya amat menyentuh hati...

Junior saya ketika di Maahad..Bakal pejuang masa depan...

Rakan sekelas di 1 Itqon Maahad..Bila bercakap dengannya..Jelas kelihatan bahawa betapa bersungguhnya ia nak menyampaikan sesuatu.. Anak Parlimen Pendang yang berwibawa..

Warga Maahad Yan kemudian Ke Maahad Induk...Rakan sekelas di 4 Sc 1 dan 5 Sc 1.. Seorang yang berterus terang dan pendengar yang baik.. Amat meminati kucing..Besar2 kucing dia..

Juga rakan sekelas di 1 Itqon..
cukup senang bergurau dan berbual dengannya..

Serba sedikit mengenai sahabat2 Maahad yang kini membarisi Saf kepimpinan Majlis Kebajikan Keluarga Kedah Mesir..Teruskan kegemilangan Tarbiah Maahad..

Dikenali sebagai cup kadiaq.. Manusia paling genius yang pernah saya jumpai.. Bersahabat baik sejak di tingkatan 1 hinggalah tingkatan 6..Anak selangor yang berdedikasi.. Bakal pemimpin masa hadapan..

Rakan sekelas di 4 sc 1 dan 5 sc 1.. Ketua kelas yang mantop..keslamberannya dalam mentadbir membuatkannnya disukai ramai..Namun jiwa pejuang tetap ada dalam dirinya..
Serba sedikit maklumat sahabat yang membarisi saf kepimpinan keluarga Selangor Mesir.. Moga mampu mentadbir dengan penuh amanah..
------------------------------
- Semua sahabat2 saya ini merupakan mahasiswa Islam di Universiti al-Azhar Mesir.. Amat rindukan suasana tarbiah dan dakwah yang pernah di lalui suatu ketika dahulu..sama2 kita permantapkan tarbiah dan ilmu..kita akan gegarkan persada dakwah negara dengan syiar Islam nanti..
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Teratak Bonda 9 Disember 2008

Sunday, December 7, 2008

Salam Aidil Adha


Selamat Hari Raya Aidul Adha kepada semua pengunjung Blog ini..
Moga kita semua berada dalam keredhaan Allah
Hj Abdul Ghani Bin Ali Amin
Hjh Habesah Binti Omar (HBO)
Zainab Binti Abdul Ghani
Mohd Hanif Bin Abdul Ghani
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Azimah Binti Abdul Ghani

Ibadat korban mengikut sunah

Oleh MOHD. YAAKUB MOHD. YUNUS

ULAMA ahli sunnah wal jamaah telah menetapkan satu kaedah asas dalam menentukan sama ada amal ibadah kita diterima atau ditolak oleh Allah. Adalah penting bagi kita untuk benar-benar memahami kaedah asas ini agar kita tidak melakukan amalan yang sia-sia kerana ia tidak diterima oleh Allah. Kaedah yang dimaksudkan oleh penulis adalah amal ibadah tersebut hendaklah dikerjakan semata-mata ikhlas kerana Allah dan mengikuti (ittiba') sunnah Nabi SAW.

Firman Allah SWT: Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Berkuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat). (al-Mulk: 2).

Menurut Fudhail bin 'Iyaadh r.h: "Maksud amalan yang lebih baik ialah yang paling ikhlas dan paling benar. Mereka bertanya: Wahai Ali (nama gelaran untuk Fudhail bin 'Iyaadh)! Apakah yang dimaksudkan dengan paling benar dan yang paling ikhlas? Jawab Fudhail bin 'Iyaadh: Sesungguhnya amal itu apabila dikerjakan dengan ikhlas tetapi tidak benar nescaya tidak akan diterima dan apabila amal itu dikerjakan dengan benar tetapi tidak ikhlas juga tidak akan diterima sehingga amal itu dikerjakan dengan ikhlas dan benar. Yang dimaksudkan dengan ikhlas ialah amal itu kerana Allah dan yang dimaksudkan dengan benar ialah amal itu di atas dasar sunnah". - Dinukil daripada kitab al-Masaa-il (Masalah-Masalah Agama), karya Abdul Hakim bin Amir Abdat, Darul Qalam, Jakarta 2002, jilid 2, ms. 258.

Betapa ramai umat Islam di seluruh pelosok dunia yang mengerjakan suatu amalan yang dianggap baik serta ikhlas kerana Allah. Namun, realitinya ia tidak menepati sunnah Rasulullah SAW. Oleh itu, sewajarnya dalam melaksanakan ibadah korban bersempena dengan perayaan Aidiladha ini, kita berusaha sedaya upaya mencontohi sunnah- sunnah Nabi seperti berikut:

Waktu pelaksanaan ibadah korban

Menyembelih binatang korban hanya boleh dilaksanakan setelah selesai solat hari raya Aidiladha dan berlanjutan sehingga akhir hari Tasyriq, iaitu tiga hari selepas solat hari raya Aidiladha.

Oleh itu, penyembelihan haiwan korban boleh dilaksanakan pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Sabda Rasulullah SAW: "Seluruh hari Tasyriq merupakan waktu penyembelihan". (riwayat Ahmad di dalam Musnadnya, no: 16151).

Haiwan korban tersebut tidak memiliki kecacatan

Kita hendaklah pastikan bahawa haiwan yang hendak kita korbankan tersebut adalah dari jenis baka yang baik serta tidak memiliki kecacatan seperti buta, tempang, kurus, tanduk patah, telinga terkoyak, lemah dan penyakit lain.

Sabda Rasulullah SAW: "Empat jenis binatang yang tidak dibolehkan dalam ibadah korban: Buta sebelah matanya yang jelas butanya, sakit yang jelas sakitnya, tempang yang jelas bengkoknya, tidak berdaya berjalan dan yang tidak mempunyai lemak (kurus)". (riwayat Abu Daud di dalam Sunannya, no: 2420).

Tidak menggunting rambut dan memotong kuku

Bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban, dia tidak boleh menggunting rambut dan memotong kukunya semenjak tarikh 1 Zulhijjah sehingga dia melaksanakan ibadah korban tersebut.

Sabda Nabi SAW: Jika telah masuk 10 hari pertama bulan Zulhijjah dan salah seorang antara kamu semua ingin menyembelih korban, janganlah memotong rambut dan kukunya walau sedikit. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1977).

Larangan memotong rambut ini termasuk juga mencabut mahupun mencukur atau apa-apa cara yang boleh menghilangkan segala jenis rambut dan bulu di badan.

Menurut Imam al-Nawawi r.a: "Yang dimaksudkan dengan larangan memotong kuku dan rambut adalah larangan menghilangkan kuku dengan memotong, mencabut atau dengan cara lain (secara sengaja). Termasuk juga larangan menghilangkan rambut baik sama ada mencukur, memendek, mencabut, membakar, menggunakan sesuatu untuk menghilangkan rambut dan apa jua cara sama ada pada bulu ketiak, misai, bulu ari-ari, rambut atu bulu-bulu lain di bahagain anggota badan yang lain". (Rujuk Kitab Syarh Muslim karya Imam al-Nawawi, jil. 13, ms. 138-139. Dinukil dari kitab Ahkaam al-'Iedain fis Sunnah al-Muthaharah karya Syeikh 'Ali bin Hassan al-Halabi al-Atsari, Pustaka Imam asy-Syafie, Jakarta (2005), ms. 98).

Bagi mereka yang sengaja atau tidak sengaja memotong kuku ataupun rambut sebelum melaksanakan ibadah korban, memadai dia memohon keampunan kepada Allah dengan bersungguh-sungguh. Dia tidak dikenakan fidyah (tebusan atau denda).

Seekor unta atau lembu boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian

Jabir r.a berkata: Kami pernah menyembelih (haiwan korban) bersama Rasulullah ketika di Hudaibiyah. Seekor unta untuk tujuh orang dan menyembelih lembu untuk tujuh orang bersama-bersama Rasulullah SAW. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1318).

Boleh berkorban untuk diri sendiri serta ahli keluarganya

Seseorang dibenarkan berkorban serta berkongsi pahalanya bagi dirinya sendiri serta bagi pihak keluarganya sekalipun jumlah yang ramai dan hanya dengan seekor kambing atau sebahagian dari tujuh bahagian itu.

Atha' bin Yassar pernah bertanya kepada Abu Ayyub al-Ansori tentang cara berkorban pada zaman Rasulullah lalu Abu Ayyub menjawab: "Dulu seseorang berkorban seekor kambing untuk dirinya dan keluarganya lalu mereka memakannya dan membahagikannya kepada orang lain". (riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 1425).

Ibadah korban dilaksanakan di musolla

Menurut sunnah Nabi SAW solat sunat Aidiladha mahupun Aidilfitri dilaksanakan di musolla, tempat terbuka (seperti padang) sehingga khatib dapat melihat semua hadirin.

Dalil disunnahkan solat sunat hari raya di musolla adalah sebuah hadis daripada Abu Sa'id al-Khudri r.a, dia berkata: Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah keluar menuju musolla. Ketika itu yang pertama baginda lakukan adalah solat hari raya. (riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, no: 956).

Sunnah menyembelih sendiri haiwan korban

Sunnah dan afdal mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban tersebut agar menyembelih haiwan korban dengan tangannya sendiri.

Anas r.a berkata: Nabi pernah berkorban dengan dua ekor kambing biri-biri yang bagus lagi bertanduk. Baginda menyembelih kedua-duanya dengan tangan baginda sendiri. (riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 5565).

Namun, dibolehkan juga bagi mereka yang ingin berkorban mewakilkan penyembelihan kepada orang Islam yang lain.

Menyembelih haiwan korban mengikut sunnah

Hendaklah menyembelih haiwan korban menggunakan objek yang tajam seperti pisau dan dilakukan dengan cepat agar haiwan tersebut mati dengan serta-merta.

Sebelum upacara menyembelih diadakan, baringkan haiwan korban tersebut pada sebelah sisi kirinya agar mudah memegang pisau dengan tangan kanan dan memegang atau menahan lehernya dengan tangan kiri. Ketika menyembelih hendaklah membaca Bismillahir Rahmanir Rahim. Anas r.a berkata: Nabi SAW pernah berkorban dengan dua ekor kambing biri-biri yang bagus lagi bertanduk. Baginda menyembelih kedua-duanya dengan tangan baginda sendiri dengan menyebut nama Allah dan bertakbir seraya meletakkan kaki baginda pada lambung kedua-duanya. (riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 5565).

Ketika menyembelih kita hendaklah mengerat salur udara, kerongkong dan saluran darah leher haiwan tersebut tanpa mengerat gentian saraf di dalam tulang belakang. Darah dari anggota badan haiwan korban tersebut hendaklah dialirkan keluar sepenuhnya sebelum melapahnya.

Daging korban tersebut boleh dimakan, disedekah dan dihadiahkan

Sunnah bagi keluarga yang melakukan ibadah korban turut memakan sebahagian daging, menghadiahkan sebahagiannya kepada orang lain dan menyedekahkan sebahagian yang lain. Malah, mereka juga boleh menyimpan daging tersebut. Sabda Nabi SAW: Makan dan simpanlah serta sedekahkanlah (daging korban itu). (riwayat al-Muslim di dalam Sahihnya, no: 1971).

Tidak boleh mengupah tukang sembelih dengan daging korban

Menjadi lumrah bagi masjid-masjid di Malaysia memberi tukang sembelih daging korban tersebut sebagai upah bagi kerjanya. Perbuatan ini bertentangan dengan syarak dan dilarang keras oleh Rasulullah.

Upah kepada tukang sembelih hendaklah diberikan menggunakan harta sendiri dan bukannya dari hasil daging binatang korban itu.

Ali r.a berkata: Nabi SAW pernah menyuruhku menyempurnakan seekor unta milik baginda kemudian menyedekahkan daging, kulit dan pelindung yang dikenakannya serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1317).

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin