Wednesday, April 30, 2008

Temenggung Jugah ke Final

Engker di belakang tu dah siap sedia...
Suasana Hari sukan

Assalamualaikum.....
Dalam kami dok kalut nak exam ni sempat lagi buat hari sukan, aku team Temenggung Jugah..Tak dak acara yang aku masuk sbb skang sibuk dok buat kelas ganti,, Jadi cuma join tarik tali ja..Mcm Nasib baik, geng2 aku ni bnyak badang2, jadi kami masuk final jumaat ni.. Jumpa di final jumaat nanti..
Kepada team2 aku, sempena hari pekerja esok, kita betapa la baik2 permantapkan strategi kita, buat team perahu maahad, aku pinjam yeel hampa bagi jadi yeel rumah sukan aku.
oliyo !!!.......Oh!
oliyoliyo!!!.... Oh! Oh!
Kesimpulannya, rajin2 lah bersukan....bagi badan ni tuff dan turun sket..minda cergas dan dapat simpan senjata untuk exam nanti..
OK..ADios!!!!


Tuesday, April 29, 2008

Training of trainers

Abu Saif dan Abu ?? (belum jadi abi lagi la), pertemuan dua blogger di medan yang berbeza namun bermatlamat sama...

Bahan yang dibekalkan

Pengisian yang mantop!



Ustaz Hazaruddin (Pengetua PLS) meyampaikan ucapan penangguhan


Abu Saif turut menggunakan medium multimedia..


Assalamualaikum..

BERBUNGA

Wah, berbunga hati ku, pada asalnya ust Izwan hnya minta aku sorg hadir TOT, kemudian aku minta tambah satu lagi, syahid, kemudian ust saiful (naqibku) pun nak pi juga. Ust Saiful ni merupakan anak usrah Ust Hasrizal masa di Izzuddin dulu. Semuanya dibenarkan dan ditaja JAKIM Sarawak. Dan aku pula anak usrah ustaz Saiful. Jadi apa hubungan aku dengan Ust Hasrizal.Kira dia tu pak menakan usrahaku la. Namun, sehari be4 pgram, ust saiful tak dapat pi, sek dia buat ganti hari sabtu, syahid pun tak dapat, nak tumpu exam hubungan Etnik hari Isnin. Tinggal aku ja, itu maslahah depa dan aku tak bleh paksa. Jadi aku ajak alifah (anak usrah aku dulu dan sekarang jadi sahabat seusrah-dah naik makam!).. Kesungguhan dia buat aku kagum kadang2, seorang pemuda berbangsa Melanau yang tinggal nun di pedalaman kampung Tian , Mukah, Sarawak. Jadi tempat masih kosong satu lagi, ajak ucop mantan YDP..Dia pula ada pgram dgn ex roommates dia…

Dalam 7.15 kami bertolak aku dgan alifah ja, naik Buroq aku..EX5 QKN 22xx. Pagi tu sejuk betul memandangkan hujan malam tu. Mudah ja kami sampai ke Kuching, jalan pun tak jame, kereta tak bnyak, si Alifah ni pula tunjuk tera, tidoq atas moto, terpaksa la aku guna hikmat menyeimbangkan moto sambil tangan tepuk paha dia..pah..pah..mangkit oi..jatuh satgi.

REUNION

Tengah pakir moto depan Tun Jugah, aku dah Nampak holiday Inn, Ust Izwan dah call Tanya di mana, ana kat bawah ni. Masuk ja hotel, pekerja dia pandang semacam ja..dah la bawa helmet, tu nak tumpang tandas la tu,pak guard dia dah mai, aku pla tak tau dewan kat mana, tiba2 staff JAKIM sapa aku, ust!, bila sampai, jom2, jom ana tunjuk tempat, seminar kita di atas kata dia sambil tolong bawa helmet, terpinga2 satff holiday Inn..Tak sia2 bantu JAKIM.

Bila sampai, aku tengok rakan dah sampai, semua otai ada, En Aziz pengerusi Yayasan Amal Sarawak (Akauntan ni), Ust Zamri, pengarah YADIM Sarawak, Ust Sarbini wakil Harakah Islamiah (HIKMAH), serta Hamid (Presiden PERKEPIS) dan ramai lagi, mcm Reunion pla. Depa ni antara orang yang buka ruang pada aku sepanjang bergerak di Sarawak ni. Alhamdulillah..Hatiku lagi berputik bila depa ingat nama aku serta sapa aku, aku nak sapa dulu, tengok2 depa mula dulu.

MULA BENGKEL

Bengkel pada hari tu ada 3 slot. Abu Saif mulakan dengan kongsi beberapa pengalamannya dulu terutamanya ketika menjadi imam di Belfast, Ireland. Aku harap aku mampu ke sana nanti, Kami bincang mengenai “The 7 Habits of Highly Efective Muslim”, yang sebenarnya diadaptasi dari nukilan Franklin Covey, dan dengar khabarnya syarikat buku di Indon dah dapat lessen untuk terbitkannya dalam bahasa Indon. Kami bincang satu persatu, diselangi soal jawab dan juga rehat (Isi kuliah akan ditulis di bawah). Hebat Ustaz Hasrizal ni hingga dipuji Ustaz Hazaruddin (pengetua Pusat Latihan Sarawak PLS), telah berjaya mengislamkan “The 7 Habits of Highly Efective Muslim”. Bahkan mencabar hadirin agar berusaha pula mengIslamkan buku yang ditulis Edward De Bono.

BULAN VIETNAM

Tibalah time rehat tengahhari, kami ke cafe di bawah hotel, rupa-rupanya bulan ni holiday Inn Kuching tema dia Vietnam, jadi makanlah kami makanan Vietnam, daging bakar Vietnam, ayam kukus Vietnam, sayur dia..kira sedap la..cuci mulut pun ok gak, aku cuma amik kegemaran aku, tembikai susu la. Alifah pula balun ja. Aku makan dengan geng-geng PEKEPIS, mesra depa ni, masa nak amik makanan besilih ganti disapa dan ditanya Pengarah Yayasan Amal, Pengarah YADIM dan Cikgu(aku lupa nama la)..Macam2 depa Tanya, soalan popular, bila nak habis? Ada jemputan ceramah ka? Bila posting nanti minta kat Sarawak ya.. Habis la aku, aku Cuma jawab, bulan 4 ni hanya awal bulan ja.Hujung bulan tak dapat, bulan hantar tugasan, bulan 5 pun tak boleh juga, bulan Exam, 23 Mei ana cuti 3 minggu, jadi ana akan terima program balik start 16 Jun nanti. Ala, lambat lagilah kami nak jemput ustaz, nak buat mcmana, ana pun tersepit ni, semua ketawa.
ISI PROGRAM

Berikut antara perkara penting la dalam program, namun disebabkan kesempitan masa, aku hnya bagi point ja la ya..

Faktor Kecemerlangan Manusia
- Ilmu
- Kemahiran
- Sikap (Terpenting)
- Maklumat

Mengenai tajuk pula, melayu panggil Sikap, English say Habit dan Islam terjemahkan sebagai Akhlak, jadi tajuk tu boleh diubah kepada “The 7 Akhlaks of Highly Efective Muslim”.

Pandangan Manusia
1. Pandangan Mata (ro a) – mudah ditipu
2.Pandangan akal-ilmu (nazoro)
3. Pandangan Nafsu-selalu menipu
4. Pandangan Hati (Basoro) – pandangan Hakiki kalau hati bersih

“The 7 Habits of Highly Efective Muslim”

Habit 1 : Be Proactive

- Mulakan perubahan dengan diri kita terlebih dahulu.
- Mencari atau menjadi? Kita bukan mencari dae yang baik, tetapi kita harus menjadi dae yang baik.
-Persoalan, antara memberi dan menerima yang mana lebih seronok? Jawapannya adalah memberi dengn syarat ikhlas dan bersungguh.

Habit 2 : Begin With the End Mind

-Memulakan sesuatu dengan melihat benda/perkara di akhir.
-Bila melakukan sesuatu, agakan kita tentang perkara yang akhir dah kena ada.
- Jika jiwa resah- baliklah ke asal, asal kita alam roh, pada masa itu roh kita berkomunikasi dengan Allah, maka bila ada masalah, kembalilah periksa kualiti komunikasi kita dengan Allah.
-Kita hari ni pun bila resah, kita akan pulang ke kampung jumpa keluarga, kita kembali juga kepada asal.

Habit 3 : Put First Things First.

- Sama makna macm tertib, yang dahulu di dahulukan.
- rujuk juga pembacaan kita dalam kitab fiqh al-auwlawiyat.
- Kekangan masa merupakan cabaran utama Muslim-pastikan ada perancangan bulanan-utamakan apa yang patut diutamakan.

Habit 4 : Think win-win

- Cara manusia berhubung
(1) Win/win – Mengutamakan maslahah dalam semua interaksi sesama manusia- Sika yang berprinsip.
(2) Win / lose – Paradigma bersaing saingan. Saya menang kamu kalah, authoritarian.
(3) lose/win – Mencari kekuatan melalui popularity berasaskan penerimaan orang.
(4) lose/lose – Apabila manusia obsess menjatuhkan orang lain, mereka tak kisah jatuh bersama.
-Islam meraikan perbezaan (al-Hujurat : 13)

Habit 5 : Seek First to Understand The To Be Understand.

-Berusaha untuk memahami orang lain, sebelum harap orang lain faham kita.
- Pendengaran hakiki
40% - Nada / Perasaan
7% - Perkataan
53% - Bahasa Tubuh

Habit 6 – Synergize

- Berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik.
- Tak dak manusia yang tak memerlukan orang lain.

Habit 7 : Sharpen the Saw

- Pembelajaran yang berterusan untuk memastikan habit berterusan.
- seorang penulis harus banyak membaca dari menulis- jika tidak, dia akan bankrupt.

Kesimpulan

- Setiap habit tak akan jadi akhlak jika tidak ada pengulangan.
- Istiqomah adalah penting
- Berusahalah bina jambatan, buka tembok halangan.

p/s barangkali yang dikongsi ni hanyalah 1% sahaja daripada program tersebut yang makan masa dari pagi hingga ke petang.

Monday, April 28, 2008

Seiring dan sejalan..




Beberapa hari yang lalu, ketika aku usai membaca khutbah Jumaat. Agak tergesa-gesa ke bilik nak tukaq baju, ada kuliah ganti petang ni…


“Assalamualaikum Ustaz”
“Wslam..ya abang A abang Z, mai masuk dalam bilik, awat ni?”
Berlakulah perbincangan antara aku dgn dua abg tu. Hasil daripada sembang2 kosong tu, depa habaq tak puas hati dgn teguran yang diberi oleh sahabat aku pada pasangan abg Z ni.


“Mana ada haram, saya bukan peluk dia, bukan romen dia, bukan cium dia, dia kena tinggal kawan2 mau ke desa ilmu, saya teman la, itu lagi baik dari dia jalan sorg2, jadi apa-apa ka? Siapa mau tanggung itu” (katanya dalam loghat Sabah)-budak pmpuan tu baru setahun jagung dan abg Z tu dah berumur. Pengganggur yang baru rasa nak jadi Cikgu. Abang A pun menambah,


“Ustaz, saya pun belajar agama juga, saya dulu kuliah bahasa, kusasteraan dan pendidikan Islam di UKM, saya tahu mana halal mana haram, al-halalu yabaiyinun wa haramu yaubaiyunin”
Ya Allah, berdebat guna agama la pula.Dia sambung lagi,


“Saya pun karaoke juga, ikut tempat la. Kalu ada minum2, nd saya pergi, mau berhibur sahaja, lepas tension.”


Setelah berbincang dgn lembut. Aku cuba sedaya upaya ambil hati serta menyatakan kebenaran. Kisah depa ni dah lama aku tau. Cuma tak berkesempatan bersuara.


“mcm ni abg, kita bersangka baik la, saya pun sngka baik kat abg, abg sngka baik kat saya, kita sangka baik kat sahabat saya yang tegur tu, sya rasa…saya rasa mereka tegur adik pmpuan tu sebb sayang kat dia, abg pun baru kat sini, saya tak nafi, abg lepasan Universiti, saya ni lepasan SPM saja, tapi satu benda yang abg tak bleh nafi , pengalaman saya di sini lagi lama dari abang, abg baru lebih 6 bulan ja. Saya dah 3 tahun, saya faham benar masalah yang berlaku di sini, apa perangai org sini, saya paham sngat, saya juga tau sejarah yang penah berlaku, tahun pertama kami di sini, saya dgn YDP pernah tangkap org couple dlm kancil di astaka, halau geng wayerless di teknopen, laptopnya satu. Orgnya dua. Saya pecaya dan yakin, yang bagi teguran tu tak mau benda tu berulang. Kebanyakkan KPLI bila couple dgn adik2, habis saja kursus setahun dia tinggal mcm tu ja. Saya tak kata abg couple, tapi suasana menunjukkan mcm tu, kita tegok langit hitam,Nampak mcm nak hujan,tp tak tau lagi, tapi kita tak bleh nafi itu tanda nak hujan, mcm tu juga kes abg.”


Muka depa dah semacam…


”kami pergi berdua, tapi kami balik ramai2..”


“ Abang kata abg jalan sebab dia kena tinggal, sekali mungkin betoi dan kami tak Nampak yang jalan ramai2 tu, tapi betoi ka sekali ja abg bejalan berdua?? Saya rasa lebih??”


Aku nak bagi depa berfikir terutamanya yang dok mengaku blajaq agama tu…


“Contoh kita minum arak,kita minum sebetol, haram, kita minum secawan haram, kita minum secamca ja…sikit ja,..nak rasa..apa hokum dia?? Tetap haram, itu bau al-halalu yabaiyinun wa haramu yaubaiyunin, setakat yang saya lepasan SPM mengaji la..”
“Islam tak benar laki pmpuan bercampur sebb islam salah satu asasnya adalag mencegah, mencegah lagi baik dari mengubat, kalu romen sungguh, kami pun malas dah nak mencegah..tak guna dah, masa ni la sahabat saya tu ada rasa nak cegah,”


“Kalau abg nak jalan juga, saya nak bagi satu cara yang quran ajaq, itupun mesti ada maslahah, mesti ada sebab, dia ada ramai lagi kawan pmpuan, tak dak masalah, lagpun laluan kita terbuka, org ramai, Insya Allah, tak da apa punya, Kita tengok cerita Nabi Musa, dia tolong anak nabi Syuib, dua orang, angkut ayaq bagi makan kambing depa, anak nabi musa ajak pi rumah, ya lah, dah tolong, jom pi rumah jumpa ayah depa, jadi depa jalan depan dan memang adat pun, kita nak tunjuk jalan kita la kat depan, tapi bila angin lalu, terselak kain sikit, kalau kita diam dah la, tengok free, tapi nabi musa ni akhlak mulia, dia rasa ada Tuhan, dia tau tanggungjawab pada gadis, kamu berdua jalan belakang, biar aku jalan depan, hampa tunjuk jalan ja. Tu cara Islam buat, abg buat la, jgn ada sembang, dengaq dia kena culik, baru abg tolong, tak dak sembang2, gelak2, makan pun jangan satu meja, payah nak buat, tapi tu la ajaran agama kita? Mcm saya sebut dalam khutbah tadi, surah azzariyat “tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk sembah aku”, kajian solat dari segi fizik, kajian solat 5 waktu, kajian tntang berkhatan, fadhilat berzakat dan bnyak lagi org dok kaji Islam dan sains, itu satu kajian, tapi yang Allah nak tengok mau dak kita perhamba kan diri kat dia dgn cara buat yang dia suruh dan tinggal apa yang dia larang”

“Silap org Islam hari ni dok buka pintu fitnah.org tak respect kat kita dan kita tak boleh cari. Saya rasa cukup sedih, abg tengok solat Jamaah di pusat Islam, asrama kita ni tepi dia ja, patutnya kalu semua muslim blok kita turun sembahyang, dok ada 6-7 saff tu, ni hnya ada 1 saff dan tak penuh pun. Kita nak jadi ckgu ni ikon masyarakat, org tengok kita, saya tengok hanya ada wakil 3 batch saja y pi smbahyang, batch saya, batch deakin dan batch alifah, saya tak Nampak langsung wakil KPLI batch abang, hatta yang seminggu sekali kita baca yassin tu pun tak Nampak juga? Tak gitu bg(pada yang blajaq agama tu)”

“Kita kena blajq sembahyang blakang imam, supaya tak ralat satu hari nak smbahyang depan imam, takut2 imam marah pula, kamu tu masa hidup tak penah mai smbahyang, bila mai terus duk depan aku, saya haraap la, abg minimakan bnda tu, haram tetap haram..”

“..Abg harus besyukur,dia pun harus bersyukur, Allah masih lontarkan dalam hati org lain bila Nampak kita silap untuk teguq kita, bila kita tak mau lagi org teguq, rasa marah org teguq, takut2, Allah terus haramkan hati org lain dari teguq kita, nauzubillah, terus la kita silap dan org buat tak Nampak ja nanti.”

“Baik ustaz, Cuma saya nak Tanya, knpa org pusat Islam ni senyum macam tak senyum ja..”

“Mcm saya kata, husnuzon, saya akan bagtau kawan2 yang lain, kita sngka baik la, org tu mungkin senyum kat kita tapi dah wajah dia tak Nampak mcm senyum nak buat mcmana??”

“saya ambil contoh saya, budak pmpuan pnah kata saya ni tak senyum, muka masam, saya penah terpikir dan cuba senyum depan cermin,Ya Allah, memang muka saya ni kalu senyum pun mcm tak snyum, tapi saya kena redha dah itu anugerah Allah, jadi kita husnuzon la, barangkali org tu ada asbabnya juga dia mcm tu ”

Hampir satu jam dan akhirnya selesailah perbincangan kami, Ya Allah, buka lah hati depa, bukan nak kata, benar kata Ust Mus, Islam Sabah Sarawak ni 20 tahun belakang apatah lagi penghayatan, hatta org agama sekalipun, masih segar ingatan aku ramadhan 2005, bagaimana ust saiful tangkap ust KDPM tak puasa, ustaz tu, tpi dia org Sarawak, namun aku tak boleh tanam sterotaip negative begitu yang menyebabkan aku prejudis pada org borneo, namun inilah yang aku lihat, harap Allah buang rasa yang mcm tu, sesunggunya kemulian di sisi Allah swt adalah takwa…Akhirnya aku lewat satu jam kelas hubungan etnik...

“Kencarkan dakwah mantapkan Ukhwah perkasakan Tarbiah dapat redha Allah”

Catatan ABu Saif di Sarawak

Peserta Muslimin bersama dengan Ustaz Hasrizal


Ust Izwan (Kanan) syukaran kerana sudi menaja ana menghadiri pgrm TOT



Pimpinan PERKEPIS Sarawak, aku penah di "pinang" untuk bersama mereka namun kerana terikatnya aku dgn akta yang ada baik buruknya, biarkanlah dulu, dakwah tidak mesti dengan jawatan.

Peserta Muslimat

Selalunya, setiap kali saya menziarahi bumi Sarawak, saya akan pulang dengan perasaan yang tidak betul. Ada rasa bersalah yang mengiringi perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.
Terasa begitu banyak dan luas peluang dakwah yang ada di sana.

Apatah lagi dengan kedudukan Muslim sebagai minoriti kecil, sedangkan Sarawak adalah di antara wilayah Borneo yang terawal menerima Islam.
Saya pernah menyertai program mengkursuskan kakitangan Dewan Bandaraya Kuching Utara, anak-anak yatim dan miskin melalui kerjasama PERYATIM - PERKIM, anak-anak ahli perniagaan Kuching yang sebahagiannya bersekolah di Australia dan New Zealand malah tidak lupa, program bersama pelajar sekolah melalui Task Force, program yang dikendalikan di bawah Jabatan Pelajaran di Miri, melalui sahabat saya Muhtar Suhaili.

Tetapi kunjungan kali ini sedikit berbeza. Perasaan bersalah itu tidak muncul dalam bentuknya yang lepas. Pastinya ia kesan daripada program kali ini. Saya pulang dengan rasa syukur dan puas kerana program kali ini bukan bersama mad’u, sebaliknya bersama da’ie, barisan pendakwah di Bumi Kenyalang.

Saya telah dijemput oleh Pusat Latihan Sarawak (PLS) yang dikendalikan oleh JAKIM Sarawak, untuk mengisi bengkel Training of Trainers (ToT). PLS di bawah kendalian Tuan Haji Hazaruddin Baharuddin selaku Pengarahnya, telah mengumpulkan panel penceramah mereka, pendakwah dari pelbagai NGO, kepimpinan persatuan pelajar dan mahasiswa Islam, wakil institusi pendidikan seperti UNIMAS, IKMAS dan ramai lagi. Boleh dikatakan, peserta kali ini adalah jentera penggerak dakwah yang utama di bumi Kuching, juga Sarawak.
Inilah program yang saya nanti-nantikan, kerana peluang seperti ini membolehkan proses duplikasi dilakukan dan meramaikan lagi pendakwah yang berkongsi hasrat, matlamat dan metodologi yang sama dengan apa yang saya lakukan buat masa ini.

Bengkel ini diisi dengan wacana ‘membedah’ buku The 7 Habits of Highly Effective People dengan keyakinan bahawa ilmu bukan hanya berkaitan dengan isi kandungan buku, malah presentation dan cara ilmu disampaikan juga merupakan suatu ilmu dan kemahiran yang perlu dipelajari. Inilah mesej program kali ini.

Saya berasa sangat gembira kerana berpeluang berkongsi pengalaman dan pandangan tentang dakwah, termasuk maklum balas saya tentang program-program yang pernah saya kendalikan sebelum ini di Sarawak, untuk dimanfaatkan oleh peserta yang juga merupakan pendakwah-pendakwah utama di sana.

Seperti kata Tuan Haji Hazaruddin semasa ucapan perasmian penutup, mungkin cabaran besar yang sedang membelenggu pendakwah semasa, ialah soal presentation. Bagaimana dakwah itu disampaikan agar efektif dan meninggalkan kesan yang baik.
Terima kasih kepada Ustaz Mohd Izwan Yusof yang mengusahakan kedatangan saya. Semoga Allah jua yang membalas segala usaha rakan-rakan di Sarawak ke arah menyebarkan Islam sebagai rahmat buat alam.
Terima kasih kepada peserta Bengkel ToT kerana melangsaikan buku AKU TERIMA NIKAHNYA. Terima kasih juga di atas kesempatan membawa saya mencari Kek Lapis di Kampung Gersik serta Terubuk Masin di Pasar Satok, buah tangan untuk Ummu Saif dan anak-anak.
Terima kasih kepada Abu Saif yang sudi bersama kami..Nukilanku bakal menyusul..

Saturday, April 26, 2008

2 Blogger berjumpa...


Assalamualaikum,
agak letih...nanti post bahan lagi..bahan hari ni..pgram dgn abu saif pagi tadi di holiday inn kuching..ok..adios..nak makan dan tidoq awai..

Friday, April 25, 2008

Lengkaplah aku memusingkan diri seluruh Malaysia..


Flight yang dah nak mendarat di airport KK

Assalamualaikum.

Sekadar nak kongsi pengalaman berjaulah dan bermusafir ke negeri sabah bumi di bawah bayu.

Peringkat dalaman.

Aku masuk pertandingan syarahan sempena Maal hijrah peringkat IPG. Alhamdulillah. Dapat Johan dan akan wakil IPG ku ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di IP Tawau, sabah. Wah! Dapat berjalan aku ke Sabah mcm ni. Tp bayaran untuk perjalanan percuma tu kna perform la kat sana. Aku wakil peserta lelaki, As, wakil pmpuan. Ustazah Saanah pensyarah pengiring kami.

Dari pandangan atas suasana Tawau..


Tiba di airport Tawau
Bertolak

Dalam bulan mei 2007, bertolak ke Sabah. Naik kapal terbang dari Airport Kuching dan Transit di airport Kota Kinabalu. Dalam flight depa bagi roti inti ayam, disebabkan penumpang tak ramai. Dia bagi 3 bungkus sorang. Mcm tau2 ja peramugari tu..Airport KK cantik. Dok tepi laut.Masa nak mendarat tu rasa mcm flight nak terjun dalam laut ja..dia makin rendah, makin rendah, makin rendah..Tup…turun atas landasan. Sampai juga aku ke Sabah. Transit di situ dlm 3 Jam.selepas selesai urusan Imegresen. Aku lepak la kat luaq dulu. Call ayah. Cek ada kat Sabah ni.. Yang bestnya Ustazah Saanah belanja makan KFC..makan nazmi..makan ja bagi kenyang..kita nak berjalan jauh ni.

Pas beberapa ketika, kami naik semula pesawat MAS untuk ke Tawau. Dalam 1 jam baru sampai. Mcm naik flight dari KLIA ke airport Aloq Staq la lebih kurang. Ramai juga wakil IP dari negeri lain yang turut bersama dengan kami dalam flight tu. Dari atas flight sblum mendarat aku dapati Tawau ni mukabumi dia banyak kelapa sawit dan terletak di tepi laut. Bila mendarat. Pas kuar dari airport. Kami di sambut Ust Wan KJ Japim IP Tawau. Naik la bas pi sana. Lama juga. Sejam..Tak tidoq.tengok ja kiri kana jalan ke IP Tawan. Sampai ja ke Apas Balung, nama daerah terletaknya IPTawau. Dah mula Nampak tempat yang dituju. Bila sampai check in. Aku duk sebilik dengan peserta/ust dari Kelantan.


Bersama Hajah Khamsiah(pegawai BPG dah la) di bandar Tawau
Di Bandar Tawau.

Apa? Ptg ni nak bawa kami pi berjalan badar Tawau. Set!ok!.Lawan esok. Jadi hari ni jalan2 dulu. Tawau ni famous dengan mutiara Sabah dia. Bleh kot bli something. Apa lagi, hello. Mak, cek nak pi tawau ni. Mak nak apa?? Cek nak bli.habaq terus kat mak.

Bertolak la kami pi sana. Bandar dia besaq juga. Ala-ala tanjung malim atau slim river. Jalan dengan bekas pensyarah aku Hjh Khamsiah (Sekarang pegawai BPG). Hehe. Bukan apa, aku ni tak pandai membeli. Apatah lagi memilih. Jadi jalan dengan seorang ibu tentu dia tau apa citarasa seorang ibu yang aku sayang yang ada di kedah.
“Brapa ni” (Sebut dengan laju untuk kena tiun dengan lahjah Sabahan)
“60 ringgit bang”
“aiiii, nda dapat kurang ka??”
“nda dapat”
“kau dengan aku pun mau bekira jua, selalu datang tawau ni, kasi kurang la”

Itulah dialog sabah aku, memandangkan dalam kelasaku ramai sabahan, jadi tau la sket2 dialek depa. Runding punya runding dapat la murah. Beli la dua tiga pasang. Kerongsan mutiara untuk mak, untuk adik, untuk kakak, butang baju untuk bang nip dan untuk ayah serta aku la. Pas tu g solat maghrib di masjid jamek tawau, makan kat pasar malam dia. Makan ayam panggang. Kami shet 4 orang bayaq. Pas tu g lepak depan hotel marco polo..marco polo penah pi sabah ka??? Satu persoalan la pulak. Balik IP Tawau pas tu..

Bersama wakil IP Ipoh dan Wakil IP Kota Bharu (Belakang)
Undian

Ust Wan zul nak jumpa semua peserta. Sebelum tu Pn Adzmah dari HEP bagi taklimat dulu. Mai time undi kena pi cabut sendri. Aku pun g la..Kena no last pun ok juga ni. Pas cabut. Ha. No 11.. awal tu..nak buat mcmana. Balik bilik ja terus hafal apa yang patut. Dalil, struktur ayat serta kemantapan suara. Ini bukan debat atau bahas, tapi syarah.lain sket. Ala2 khutbah jumaat je bersuarah ni kata ust Mus. Tp ust, ana klu khutbah jumaat pun, main tibai je. Dah bangsa sora langtang.Sora kuat la… Masa di bilik pun ok ja. Bual-bual dgn ust Kelantan ni. Ok gak la, Dia pun dah khawin. Jadi berkisar kepada hal munakahat ja la.



Dato Noh Omar yang rasmi
Mula bersyarah

Pagi tu bangun awal. Almaklumlah. Malaysia timur ni hujungnya Tawau. Hampa boleh baying la betapa awainya subuh dia. Klu posa tgok tv. Sabah. 5.55 ptg dah buka posa. Sahur kat kedah, bukak kat sabah. Cantik ja. Aku pakai la sut baju hijau aku.Hijau tua ka apa ka tak tau la pula. Pastu apa lg terus g dewan besar IP Tawau. Dato Noh Omar akan rasmi pembukaan. Aku duk kat blakang dengan geng2 yang baru dikenali. Sembang2 dan pasang strategi. Nta tajuk apa? Isi apa? Pnah masuk ka? Rata2 yang aku jumpa semuanya otai2 masa sekolah dulu. Pnah wakil sekolah. Aku?? Hanyalah pendatang baru yang tak tau apa dan main cakap ja.

Pas perasmian, ada rehat. Depa jamu nasi. Aku tak makan. Sebab nanti nak bercakap. Bahaya. Sama juga klu dijemput ceramah mahupun khutbah jumaat. Jarang sekali aku makan. Semput nanti. (Ada masa nak cite pengalaman ceramah).

Saja bagi pudar sikit gambaq ni..malu la org tengok

Masuk dewan balik. Apa lg. Mula la. Sorg demi sorg present. Sampai la turn aku. Tak letak matlamat tinggi. Cuma cukuplah aku nak menguji diri. Bersyarah tajuk yang diberi tanpa ada sebarang bantuan kertas di jari. Alhamdulilah.Aku berjaya. Tengok peserta lepas aku semuanya mcm berpidato. Berpantun. Bersyair. Dalam hati aku kata. Tak tau ka depa. Bersyarah lain pada pidato. Pidato pidato la. Bercakap tak sama dengan berbisik. Nampak ada gaya dan mengagumkan org lain. Tapi, markah aku rasa tak dak. Markah isi dapat la kot.
Habis ja turn aku, terus jumpa Ustazah Saanah yang bagi semnagat. Ustazah Zahiah zaujah ust mus pun ada juga. Kami g ke dewan satu lagi. Untuk lihat muslimat pula. Asmidar di situ. Turn dia pula. Pas tu aku g makan. Lapaq gila ni. Pi tengok pameran dan juga ronda2 di situ. Lbry depa mmg luas. Buku pun boleh tahan.Aku tengok buku sains politik dia satu rak tinggi. Klu la di IPTAR ada mcm tu. Mesti aku baca. D Maktabah IPTAR, buku sains politik hnya ada 12 buah dan semuanya dah habis kau baca. Buku Dato Chamil Wariya dah aku hadam, buku karya Prof Dr Ahmad Atory Hussein pun dah aku telan. Rasanya dah mampu bagi pandangan hubungan antarav etnik dan kaum, unik politik malasysia serta kontrak social dan krisis polti sarawal 1982-1992 dan Semenanjung 1987 dan 1998 dari perspektif akademik secara analitik.



Geng-geng aku di Tawau
Merempit ke tawau lagi.

Masa p tawau kemarin. Depa bli Amplang (makanan atau kerepek depa la). Aku tak bli lagi. Kawan2 di kelas duk tunggu apa buah tangan yang nak di bawa balik. Jadi petang tu dengan secara haram ala2 tabligh kami tahan van sapu dan trus p ke Bandar tawau. Tibai ja. Nak bli amplang punyai pasai. Tiba di pasar basah tawau. Masuk bli. Kami g tiga org. Berkotak2 juga la. Nak bawa balik rumah lagi, opsyen aku lagi, usrah aku lagi, usrah anak buah lagi…Wahhhh.. banyaknya hati yang perlu dijaga. Bila masa nak balik. Van sapu dah tak dak. Kami naik teksi ja. RM 40 dari tawau ke apas balung. Rasanya patut. Hampir satu jam baru sampai. Dalam teksi tu driver dia ramah.Blanja makan cucur pisang lagi. Tapi ckap sabah. Budak dua org y p dgn aku pening. Depa kan semenanjung. Mana nak paham. Aku pun apa lagi. Berkurapak la. Cmpur habis dialek yang aku tau. Skali dia Tanya..kau org kota belud ka??? Hah..punya campuq dialek. Dah jadi bajau aku dah. Bajau banyak di kota belud, jelapang padi Malaysia timur.

Bila sampai IP Tawau. Masih ada lg peserta yang bersyarah bagi sesi malam. Aku nak tidoq. Letih. Bagtau ustazah. Saya dah beli amplang. Ha?? Awat tak habaq(cuba dia cakap kedah wpun srawak), aku terus tepike..la.. awat aku tak habq kat dia tadi. Mesti bleh bli. Tapi tak pa.esok depa bawa p tawau lagi.

Cek Palsu ni.. Yang betul depa simpan


Jalan lagi- jalan ke Semporna

Pagi ni majlis penutup. Aku pakai baju batik ja. Dok dgan geng sekepala di blakang. Pengarah IP Tawau yang rasmi penutup. Lepas dia brucap ada persembahan nasyid yang hempeh. Ni kalu ada gandingan maahad mcm zul, che che mahupun pakdan ataupun gandingan team 4 sc 1 (4 sc sejarah)haha.hnya yang tau ja akan ketawa, lagi baik dari depa. Pas tu diumumkan sapa menang. Aku?? Percubaan yang baik barangkali. Pas tu bergambaq ramai-ramai, makan tengahari dan bersiap untuk solat Jumaat.

Cepat-cepat begambaq..bas nak jalan dah tu..


Solat Jumaat di apas. Masjid dia kecik ja. Tak dak tingkap. Dinding dia paras pinggang ja. Skali khatib cakap bugis da. Apa lagi, aku baca doa tidoq dan tidoq la.


Sudah tiba di semporna, Sabah..Restoran terapung..

Bergambaq di tepi Laut..
Petangnya kami di bawa berjalan-jalan lagi. G semporna. Ada pulau bum2 di situ. Sejam lebih baru sampai. Bandar yang cantik. Laut dia hijau. G ke restoran terapung. Tgok-tengok mutiara. Bli gak la tambah sket2. Bawa balik kat mak. Pas tu makan ikan bakaq ramai2. Masa balik dalam bas sembang dan tidoq ja.


Inilah Garai (Farizal ) kawan aku.. Blakang kami tu dah indon dah tu..


Di pasar basah Tawau..yang aku pegang tu la amplang..

Berjumpa Garai sebelum balik

Hari ni balik. Flight tengahari nanti dari Tawau. Kami g tawau semula atas permintaan depa yang tak cukup bli lagi. Aku tersu call garai (farizal) bekas stud tmpat aku. Pelatih KPLI, skang posting di Kalabakan. Daerah tepi tawau. Jumpa dia depan marco polo. G semula cari mutiara. Ternyata. Jalan dengan orang tempatan bnyak hikmahnya. Mutiara yang aku beli dapat harga yang murah juga. Pas tu g Bandar basah bli amplang tambah. G tepi laut, bukti aku smpai tempat paling hujung di Malaysia. Dari kejauhan nampak Negara indon.. Pas bersamalam aku naik bas ke airport. Sebelum smpai airport, kami berhenti makan dulu. Aku makan sup payau.. Sup daging rusa. Makan daging rusa lah aku. Di dalam flight modop(tidur ) ja. Dah kenyang.

Transit di airport Kota Kinabalu


Transit di KK..Ronda-rondi pasar Filipina

Ustazah saanah berpandangan jauh. Dia dah lewatkan tiket kami dari KK ke Kuching hamper 6 jam. Jadi malam la baru balik. Apa lagi. Kami pusing KK la. Kawan ustazah amik. Kiri ke Papar manakala kanan ke KK. Jadi amik kanan la. Aku call rakan aku, kak fauziana (KPLI 06). Dia posting di Sandakan. Kakak, saya di kk ni.berborak sakan la kami.

Dalam pasar Filipin

Sampai di pasar filipin terus masuk dan bli apa yang patut. Mutiara lagi. Mak tambah duit RM 200. Bli lah ami(panggilan manja mak pada aku-hampa jgn gelak), ramai lagi nak tu..ok..set mak..asaikan duit masuk. Pas tu bergambaq di waterfront KK. Banyak budak filipin situ. Depa pegang plastic. Jika kita bli barang, depa amik upah bawa, jadi dia pegang tangan kita ikut ja ke mana kita pi. Harga makanan laut yang elum dimasak memang murah tapi awas. Yang dah dimasak, mmg mahal.Bertoalak semula ke airport pas makan.

Di tepi laut Kota Kinabalu..

Disana aku buat date dengan Mak Ngah Nor(sedara jauh, anak tokngah) dia pegawai imegresen di sabah. Dia blanja apam balik. Sembang2 la kami sebelum chek in. Dalam Flight pla aku jumpa Tuan Timbalan Pengarah,Tanya khabar dan senyum ja la.. Pas tu aku tidoq..org tak ramai. Jadi 3 sit flight MAS tu aku punya bersama dengan makan malam

Makanan laut di sini murah-murah

Harap dapat ke Sabah lagi, bnyak tempat menarik yang boleh dilawati..

Ustaz Nazmi 25 April 2008
Kota Samarahan

Thursday, April 24, 2008

Dah jadi "Tun" dah..dah bersara..

Persidangan JPP Semalaysia yang diadakan di Bangi Selangor.. Ni masa lawatan ke Putrajaya.

Tengah makan selepas aksi paku memaku ketika bersidang di Jabatan Perdana Menteri..Barangkali ni la kot rasa jadi ahli Parlimen..

Istana Keadilan Putrajaya..NYDP dan YDP...


Wah..mcm taiko pula...ketika melawat pejabat BPG Putrajaya..


Assalamualaikum..

Hampir 2 tahun ½ memegang jawatan ini.. Bermula sebagai Naib Yang Dipertua (NYDP) Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bilamana aku menang pilihanraya awal 2006. Dan dipilih sebulat suara dalam opsyen pada pemilihan tahun 2007. Aku terus kekal dalam JPP. Namun pada tahun 2007, aku melepaskan jawatan NYDP kerana nak bagi tumpuan yang lebih sebagai pengerusi Pusat Islam. Jadi diberi kepada aku Biro Kebajikan sebagai wakil Muslim. Alhamdulillah, aku mudah berkerjasama dengan Edi Guyang kawan aku berbangsa Iban..

Banyak pengalaman yang diperolehi. Kerana JPP aku pernah diterbangkan ke Bangi untuk bermesyuarat JPP se Malaysia bagi penggal 2006. Kerana JPP juga aku pernah bertegang leher betapa bobroknya politik dengan reactor KUiTHO (Tak ingat nama) dan Dato Osman Desa (SU Sulit PM) di Dewan Taklimat Jabatan Perdana Menteri, Kompleks Pentadbiran Putrajaya. Aku bersama wakil IP Gaya dan juga IP Islam bertalu-talu kami menyerang mereka disamping menangkis serangan. Namun dah jadi kenangan.

Dalam isu pelajar, aku bersama YDP aku (Ucop), kami bersama-sama berjuang mempertahankan hak pelajar. Dalam isu konvo, isu air di asrama, kebajikan guru pelatih serta guru pelatih muslim. Ada yang berjaya dan tidak berjaya. Namun yang paling aku rasa berjaya ialah apabila aku menggunakan kuasa yang ada mempertahankan pendirian agar semua majlis rasmi haruslah diasingkan tempat duduk lelaki dan perempuan. Dan alhmdullillah. Semua itu kekal sehingga hari ini. Harap yang dapat jawatan akan terus kekalkan. Jika anda mengangkat maksiat semula.Jaga2, akan ku bangun semula sebagai come back menjatuhkan anda dalam politik kampus sebagaimana kami lakukan pada tahun 2006.

Dalam memimpin juga, banyak teman yang aku kenali. MPP dari UPM, MPP UKM, MPP UNIMAS, JPP IP Sultan Mizan, IP Kent, IP Tawau, IP Darul Aman (IPDA), IP Ipoh, IP Islam, IP Teknik, IP Tun Hussein On, IP Bahasa Antarabangsa, IP Tengku Bainun, IP Persekutuan Pulau Pinang dan bnyak lagi. Tak terkira nak tulis.

Harap aku mendapat banyak natijah yang positif hasil musafirnya aku dalam kepimpinan kampus. Sudab berakhir era Nazmi dan Ucop serta Asri.Kini era baru akan bermula. Pada kami nak memperjuangkan hak pelajar dan islam. Tidak mesti ada jawatan! Syukran Jazilan pada yang membantu. Pada yang menang pilihanraya 28 April ni. Pastikan anda laksanakan tugas dengan amanah. Aku?? Akan ku cari damai abadi…tak la..tumpu pada kerja2 pusat Islam..

Wednesday, April 23, 2008

Santai.. Jom Tukaq Gigi..

Nam he masterji..I'm a good dentist... Inilah doktor pakar di india.. sedia menukar gigi anda dengan fesyen terkini lagi berkualiti dengan harga yang murah....calo2...

U punya gigi kena tukaq ni..apa paten mau??

Harga boleh runding, kalu nak gigi fasha sanda mahai sket la.. saya ada juga simpan gigi beckham, zidane, evra...ferguson pun ada..tapi yang paling laku la adalah gigi firaun la..top sell...itulah kata masterji..


U nak gigi firaun?? I kena modifited dulu..almaklumlah..gigi U XL..dia punya XXXL...org zaman Nabi Musa..besaq2..


Ok..dah mantap dah..



Buka mulut..Cit ..Poorrah..! Dey Thamby...macam mulut rimau..



Tengok di cermin...wah..aku dah jadi firaun..

jap...nak bagi balance sket...
Assalamualaikum...
Saja ja ni...nak kongsi bahan...release sket..minggu menghantaq asinggment dan juga ganti kuliah serta habiskan muqarra memang amat meletihkan... ingat nak juga post something...tapi biar dulu la...tak lari gunung di kejar...
Ada juga sahabat2 yang minta aku postkan isi2 kuliah dan ceramah yang smpat aku hadir.Hmmm..cakap di mulut senang.Nak terjemah dalam penulisan ilmiah ni susah sket. Namun aku akan cuba. Sama2lah kita doakan kejayaan kita dalam exam yang bakal mendatang ni. Bagi berjaya dan jangan lupa keberkatan ilmu tu penting!
"SEMBAHYANGLAH ANDA DI BELAKANG IMAM SEBELUM ANDA DISEMBAHYANGKAN DIHADAPAN IMAM"

Tuesday, April 22, 2008

Konsep Ibadah dalam Islam

KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

Menurut Idris Ahmad (2002:1) Islam adalah satu agama yang syumul. Agama Islam tidak disandarkan kepada mana-mana individu mahupun manusia yang membawanya ataupun dinisbahkan kepada tempat asalnya. Sebagai contoh, agama Kristian disandarkan kepada Jesus Christ, agama Buddha disandarkan kepada Gautama Buddha. Begitu juga agama Zoroasterianism kepada Zoraster. Islam juga tidak dikaitkan kepada mana-mana tempat seperti agama Yahudi yang dikenali Judaism yang berasal dari nama tempat iaitu Jew (Judah Tribe), demikian juga agama Hinduism yang dinisbahkan kepada nama tempat iaitu Indus yang kemudiaannya bertukar sebutan menjadi Hindhu. Tetapi Islam dan akidahnya adalah dari Allah dan bukan dicipta manusia atau mana-mana individu berdasarkan falsafah dan pemikiran manusia yang dangkal.

Perkataan Ibadah atau Ibadat banyak takrifnya, berdasarkan kepada nadhar (penilikan) para ahli dan maksud yang dikehendaki ahli ilmu. Seorang penulis, Ahmad Mohd Salleh (2001 : 71) dalam bukunya Pendidikan Islam : Asas Dinamika Guru, Jilid 1 menyatakan Ibadah dari segi bahasa ialah merendah diri, tunduk, patuh dan taat. Dari segi syarak pula beliau berpendapat ibadah ialah pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah SWT. Turut disertakan di sini pendapat atau definisi Ulama tradisional.

Pendapat Ahli Bahasa.

Ahli bahasa mengertikan Ibadah sebagai taat, menurut, mengikut, tunduk. Mereka mengertikan juga dengan tunduk yang serendah-rendahnya dan dengan doa. Ini berdasarkan Firman Allah dalam surah Yassin ayat 60 :-


“Bukankah Aku Telah memerintahkan kepadamu Hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu"
Pendapat Ulama Tafsir, Tauhid dan Hadith.

Ulama tafsir, tauhid dan hadith pula menyatakan Ibadah ialah mengesakan Allah SWT dalam apa juga keadaan. Firman Allah SWT dalam surah Adz-Zaariyat ayat 56:-


“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.”

Pendapat Ulama Tasawuf.

Ulama Tasawuf pula mengertikan Ibadah sebagai, “Seseorang mukallaf mengerjakan” sesuatu yang berlawanan dengan keinginan nafsunya, untuk membesarkan Tuhannya”. Mereka turut mengertikannya sebagai Ubudiyah atau memperhambakan diri kepada Allah SWT. Dan beribadah menurut pengertian ahli tasawwuf terbahagi kepada tiga :

Pertama :
- Beribadah kepada Allah kerana mengharap benar akan memperoleh pahalaNya atau kerana takut siksaNya.

Kedua :-
Beribadah kepada Allah kerana memandang bahawa Ibadah itu perbuatan mulia, dan dilakukan oleh orang yang mulia jiwanya.

Ketiga :-
Beribadah kepada Allah kerana memandang bahawa Allah berhak disembah (diibadati), dengan tidak memperdulikan apa yang diterima atau diperoleh daripada-Nya.


Namun antara pengertian yang paling mudah untuk difahami mengenai Ibadah mengikut buku Panduan Ibadah Muslim yang disediakan oleh Jawatankuasa Penerbitan Pusat Islam Universiti Utara Malaysia (1998:viii) ialah ibadah merupakan ketundukkan, ‘Ubudiyah, ketaatan dan penyembahan kepada Allah.


Pengertian ini menjelaskan kepada kita bahawa ibadah adalah pengabdian atau pekerjaan yang dilakukan semata-mata untuk mencapai keredhaan Allah swt sama ada berbentuk perkataan atau perbuatan yang dilakukan secara terang atau secara sembunyi. Firman Allah swt:


Maksudnya: Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa pun… (Surah An-Nisa 4: 36)


Firman Allah swt juga dalam surah az-Zumar ayat 60 :-



“Dan pada hari kiamat kamu akan melihat orang-orang yang berbuat dusta terhadap Allah, mukanya menjadi hitam. bukankah dalam neraka Jahannam itu ada tempat bagi orang-orang yang menyombongkan diri?”



Ahmad Mohd Salleh (2001 : 72) menyatakan Ibn Taimiyyah berpendapat bahawa ibadah dalam Islam itu mengandungi unsur ketundukan / ketaatan yang digabungkan dengan unsur kecintaan. Ibadah dalam Islam mengandungi makna kemuncak ketundukan, kemuncak ketaatan dan kemuncak kecintaan. Beliau berkata lagi: Sesiapa yang tunduk kepada seseorang manusia dengan keadaan benci, dia tidak menjadi hambanya. Begitu juga jika dia mencintai sesuatu tanpa ketundukan kepadanya, ia juga bukan ibadah, seumpama cinta seseorang kepada anaknya dan kawan-kawannya. Oleh itu salah satu dari dua unsur tersebut (tunduk dan cinta) tidak cukup untuk dipanggil ibadah kepada Allah S.W.T. Seorang hamba mestilah mencintai Allah S.W.T. mengatasi segala kecintaan yang lain.

Kesimpulannya, Ibadah ialah keyakinan, sikap amalan dan keadaan yang memenuhi makna-makna yang disebutkan dalam hubungan manusia dengan Allah swt.


PEMBAHAGIAN IBADAH

Secara mudahnya ibadah terbahagi kepada dua iaitu ibadah umum dan ibadah khusus. Kebanyakkan daripada ibadah ini dilakukan oleh umat Islam. Namun kebanyakkan penganutnya tidak menyedari ibadah yang mereka lakukan itu terbahagi kepada umum dan khusus.

Ibadah dalam Islam mempunyai bidang yang sangat luas sebagaimana luasnya Islam itu sendiri. Pelaksanaan ibadah yang sempurna merupakan cara pengukuhan iman dan cara mendidik akhlak manusia ke arah yang lebih mulia.

Memandangkan semua perbuatan manusia yang berlandaskan syariat Allah swt dikira sebagai ibadah, para ulama telah membahagikan ibadah kepada dua jenis, iaitu ibadah khusus dan ibadah umum. Pembahagian tersebut dibuat mengikut tujuan dan cara amalan itu dilakukan.

1) Ibadah Khusus.

Ibadah Khusus ialah semua amalan khusus yang disyariatkan oleh Allah swt, samada fardhu atau sunat seperti solat, puasa, zakat, haji, doa, zikir, membaca Al-Quran, berdakwah, berjihad dan seumpamanya.


Ibadah khusus lebih merujuk kepada amal kebaikan yang melibatkan individu dengan Allah swt. Ibadah-ibadah ini wajib dan digalakkan ke atas setiap umat islam yang mukalaf. Apabila ibadah khusus dilaksanakan mereka akan diberikan pahala. Jika meninggalkan ibadah khusus yang diwajibkan, mereka akan mendapat dosa.

-- Ibadah yang merupakan kewajipan kepada setiap muslim. Contohnya; solat, puasa, zakat dan haji.


--Ibadah yang merupakan amalan-amalan sunat bagi setiap muslim. Contohnya; membaca Al-Quran, berzikir, berdoa dan bersedekah.

2) Ibadah Umum

Ibadah umum ialah semua amalan kebaikan yang disyariatkan oleh Allah swt bagi menghubungkan manusia dalam sesebuah masyarakat demi kebaikan dan keharmonian hidup bersama. Amalan kebaikan itu sama ada berbentuk fardhu ain, fardhu kifayah atau sunat seperti tolong-menolong, bekerjasama, bertimbang rasa, bekerja mencari nafkah, membangun serta memajukan negara, dan sebagainya. Contoh-contoh ibadah umum adalah seperti berikut:

Fardhu Ain : Menuntut ilmu dan bekerja
Fardhu Kifayah : Membuat penyelidikan, menggerakkan ekonomi Negara, memajukan bidang sains dan teknologi, mempertahankan Negara, berniaga dan seumpamanya.

Untuk lebih kefahaman lagi, Shukri Ahmad (1998 : xiv) dalam ucapan pendahuluannya menyatakan ibadah khusus juga dipanggil Hablumminallah iaitu ibadah yang dilaksanakan tertumpu skop perlaksanaannya hubungan manusia dengan Allah manakala ibadah umum dikenali sebagai Hablumminannas iaitu hubungan manusia dengan manusia dan alat.

Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani

20 April 2008

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)

Pendidikan Islam-Ulum Syar'iyyah-Ibadah

Monday, April 21, 2008

Re Union Mahaad SPM 04

Putera yang bergambaq sempoi..klu geng mesir balik lagi ramai ni..

Antara puteri Maahad yang hadir..Bukan dari kamera aku ni..


Nazmi, naif, non, rahim, pit cho dan lain-lain.. Satu nostalgia..

Aku dan Naif..Member kamcing tusyen Ummi dan Mr Hisham.. Ingat lagi malam2 pi pekena tosai di Nasmir. Dia la ajaq aku ni...



Tempah Kantin PU3


Aku tak ingat bila. Tapi cuti tahun lepas la hujung tahun. Din UIA call aku, nazmi, nta kena pi maahad juga minta kebenaran kita nak buat re union. Hal lain kami settle. Ala Din, ana di muassasah lagi ni.Pgram. Takpa lah, ana tolong takat yang mampu.


Aku karang surat apa yang patut, bila sempa skip pgram di KIDU aku terus ke Maahad. Disambut mesra cikgu Yuhanis yang kini PKHEM, kerani pun masih ada juga yang kenal aku. Beberapa kerani baru terpinga-pinga. Siapakah gerangan budak ni. Pas tu terus jumpa Cikgu Fauzi(PK juga). Bincang dan dia benarkan guna kantin. Dewan tak dapat. Batch 94 dah guna. Geng Ust Khairuzi tu..


Din! semua dah settle ana urus. Syukran Nazmi. Nanti kita jumpa..


Sehari sebelum Reunion.


Nta di mana nazmi??? Ana dari perak nak balik kedah ni. Awat?? Esok setiap wakil IPT akan bercakap.pas semua bercakap.Kami nak nta bagi pengisian. Bleh kot.? Takkan ana.Wakil UIA la. Antum paling ramai sana....Sudah aku pula yang kena..


Terus aku call ketua aku, aku ni timbalan ja. Ketua Pengawas. Sobri! Nta nak pi dak esok?? Depa wat reunion. Nta mai la. Depa minta bg pengisian. tak bleh nazmi. Ana tak da transport.. HMM.. Nampak gayanya akulah jawabnya..Boring nanti depa ni..


Re-Union


Buat di kantin Maahad puteri. Teringat era aku di sana.Abg nazri yang tokey.Sekarang tak tau la sapa pula. Mcm org baru ja. Pas daftar turus duduk semeja dgn Non, Naif dan Faiz. Geng lama juga ni. Puteri yg hadir lebih ramai.Putera makin pupuis gamaknya. Harap yang di Mesir tu cepat la balik..


Mcm2 perubahan dah berlaku, ada dah pakai sluaq jeans ketat, baju feet, tudung makin singkat, gelak makin kuat.. Biah Maahad dah terhakis, namun kepelbagaian ini harus aku raikan. Setidaknya aku ubat hati aku, masih menutup aurat depa ni. MAsih ada sebenarnya yang pakai tdung labuh, ketayap, jubah, serta bersopan. Masih ada... Perubahan ini merupakan ujian.berubah. Adakah aku berubah???? Aku pun tak tau. Tapi barangkali kata2 naif boleh dijadikan bukti :-


"Hang ni nazmi, aku tengok mcm dulu ja, pakai ketayap..tapi dulu ketayap raihan la..pen sebatang di paket dan buku nota ala diari..bawa tang mana saja hang pi.."


Mungkin itu aku sekarang. Secara peribadi aku sendiri pun dah bnyak berubah, secara fizikal, emosi, pemikiran serta bnyak bnda. Tempat baru bnyak mempengaruhi...


Sampai bhgian ucapan, Wahid jadi MC majlis. Setiap wakil IPT kena brucap. Seingat aku la yang berucap pit cho (wakil UKM), Faiz (Wakil Maktab Perguruan), Che Che (wakil Atma) dan ramai lagi yang aku lupa nama tapi masih ku ingat wajah mereka.


Sampi juga turn aku. Aku mulakan dgn ajak semua yang hadir puji Allah, besyukur, Allah bg peluang kita jumpa. Bnyak y ucap tadi tak buat mcm tu. Kemudian aku sentuh budaya hidup berjamaah serta betapa peri pentingnya kita join jamaah. Isu semasa seperti murtad serta fakta dari bumi sabah sarawak juga aku kluaqkan di samping mengukuhkan hukum kita benteras murtda aku gunapakai corak pemikiran ulama kotemporari Dr Mohamad Naim Yassin. Peri penting membumikan al-Quran sbgai landasan hidup.


Kemudian ada majlis kuiz. Yang ni aku tak stju. Apa rasional aku pun tak tau. Menggalakkan Ikhtilad dan terlalu bersuka ria. Namun aku raikan. Ada beberapa rakan mcm nak join. Tp bila lihat aku dan baragkali depa paham pendirian aku. Mcm nak tak nak ja.. Barangkali klu aku tak hadir tentu lagi meriah...


Bila habis kami makan dan juga begambaq. Masa balik lalu dewan, ust2 pun buat reunion. Masing2 pakat bawa anak dan zaujah. Wah, bahagia. Aku?? Tak tau la, wlaupun pernah bertiup kencang tentang aku suatu ketika dahulu. Tp bukan buat masa ni. Smpai msa, kita sama2 umumkan.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin